Sistem JUPITER membolehkan penyedia perkhidmatan yang kian maju menawarkan akses data peribadi yang menjimatkan kos dan berkelajuan tinggi serta Internet jalur lebar kepada pelanggan
GERMANTOWN, Maryland, 2 Jun 2016 /PRNewswire/ -- Hughes Network Systems, LLC (Hughes), penyedia utama bagi penyelesaian dan perkhidmatan satelit jalur lebar, hari ini mengumumkan penyedia perkhidmatan SEANET Myanmar memilih Hughes untuk membekalkan Sistem JUPITER™ yang meraih anugerah bagi penyediaan perkhidmatan Internet satelit yang andal dan berkelajuan tinggi untuk pelanggan perniagaan ke seluruh negara. SEANET berhasrat untuk melancarkan rangkaiannya ke seluruh negara pada Jun 2016.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20110112/NE29456LOGO
SEANET (Southeastasianet Technologies Myanmar Co Ltd.) akan mengendalikan Sistem JUPITER untuk memperluas akses Internet ke kawasan yang kurang mendapat liputan di Myanmar disebabkan oleh halangan dari segi jarak dan geografi menjadikan usaha menghubungkan infrastruktur Internet di darat sukar atau mustahil. Rangkaian satelit jalur lebar baharu ini akan memberi peluang untuk menyediakan liputan kepada syarikat-syarikat telekomunikasi, agensi-agensi kerajaan, pasaran korporat umum dan juga perusahaan bersaiz kecil dan sederhana. Aplikasi SEANET merancang untuk menyediakan perkhidmatan termasuk jalur lebar berkelajuan tinggi dan juga data jalur sempit, VoIP (Suara melalui Protokol Internet), VPN (Rangkaian Peribadi Maya) dan angkut balik untuk pengendalian selular GSM.
"Terdapat sejumlah besar permintaan yang terhalang bagi mendapatkan perkhidmatan Internet dalam kalangan komuniti perniagaan Myanmar," kata Pengerusi SEANET Pyone Maung Maung. "Sistem JUPITER Hughes memberikan kami instrumen yang hebat untuk menyediakan perkhidmatan ini dengan pelan berkesan kos yang dapat menyediakan perkhidmatan Internet berkelajuan tinggi dan jalur lebar. Jalinan kerjasama dengan Hughes juga memberi kami akses kepada pengalaman perangkaian satelit dengan sumber yang lebih luas dan mendalam yang terbukti menjadi amat penting dalam usaha perluasan perkhidmatan Internet ke seluruh Myanmar."
Sistem JUPITER Hughes ialah salah satu daripada platform Internet satelit yang paling hebat dan digunakan secara meluas di dunia. Ia merangkumi seni bina gerbang laluan yang fleksibel dan mantap berserta operasi menerusi kawalan jauh, antara muka udara IPoS yang dipertingkat bagi menjamin kecekapan dan prestasi jalur lebar serta terminal dengan daya pemprosesan yang tinggi. JUPITER membolehkan operator untuk mencapai kapasiti dan kecekapan tertinggi bagi mana-mana operasi pelaksanaan jalur lebar satelit. Teknologi asasnya ialah Sistem melalui Cip (SoC) JUPITER yang hebat, pemproses VLSI (Integrasi Berskala Amat Tinggi) yang direka khas, yang menggunakan seni bina berbilang teras serta menyediakan daya pemprosesan 100 Mbps pada setiap terminal dalam sistem JUPITER.
"Myanmar sedang mengorak langkah menuju kemajuan dalam memperluas akses Internet kepada syarikat dan komuniti bagi setiap kelompok," kata Ramesh Ramaswamy, naib presiden kanan Antarabangsa, Hughes. "Sistem JUPITER diwujudkan bagi membantu menyediakan perkhidmatan ke dalam talian dengan pantas dan menjimatkan, yang dapat membantu mencapai objektif SEANET untuk menghubungkan segmen komuniti perniagaan Myanmar yang bersaiz besar kepada akses Internet yang andal serta berprestasi tinggi."
Latar Belakang Hughes Network Systems
Hughes Network Systems, LLC (Hughes) ialah peneraju global jalur lebar satelit untuk kediaman dan pejabat, menyediakan penyelesaian yang inovatif dan himpunan perkhidmatan terurus HughesON™ yang komprehensif untuk syarikat dan kerajaan di seluruh dunia. HughesNet® ialah perkhidmatan Internet satelit berkelajuan tinggi #1 dalam pasaran, dengan tawaran yang sesuai bagi setiap peruntukan. Sehingga kini, Hughes telah menghantar lebih 5 juta sistem kepada pelanggan di lebih 100 buah negara, yang merupakan kira-kira 50 peratus daripada bahagian pasaran. Produk-produk yang ditawarkan menyediakan piawaian global yang diluluskan oleh organisasi TIA, ETSI dan ITU, termasuk IPoS/DVB-S2, RSM-A, serta GMR-1.
Beribu pejabat di luar Washington, D.C., di Germantown, Maryland, AS, Hughes mengendalikan pejabat jualan dan sokongan di seluruh dunia dan merupakan sebuah anak syarikat milik penuh EchoStar Corporation (NASDAQ: SATS), penyedia penyelesaian operasi satelit dan TV digital global yang utama. Bagi mendapatkan maklumat tambahan tentang Hughes, sila layari www.hughes.com.
Latar Belakang EchoStar
EchoStar Corporation (NASDAQ: SATS) ialah penyedia penyelesaian penghantaran satelit dan video global yang utama. Beribu pejabat di Englewood, Colo., dan menjalankan perniagaan di seluruh dunia, EchoStar ialah perintis bagi teknologi komunikasi yang selamat menerusi segmen perniagaan EchoStar Satellite Services, EchoStar Technologies Corporation dan Hughes Network Systems. Untuk maklumat lanjut, sila layari echostar.com. Ikuti @EchoStar melalui Twitter.
©2016 Hughes Network Systems, LLC, sebuah syarikat EchoStar. Hughes dan HughesNet ialah tanda dagang berdaftar manakala HughesON ialah tanda dagang Hughes Network Systems, LLC.