omniture

Tech Mahindra bakal Memodenkan Jabatan Kenderaan Bermotor Negeri Nevada, AS

Tech Mahindra
2016-06-03 14:21 298

DALLAS, 3 Jun 2016 /PRNewswire/ --

Kontrak Selama 5 tahun Bernilai $75 Juta Diberikan kepada Syarikat selaku Penyepadu Utama Projek SysMod 

Tech Mahindra, pakar dalam transformasi digital, khidmat runding dan pembangunan semula perniagaan, hari ini mengumumkan ia dipilih oleh Jabatan Kenderaan Bermotor (DMV) bagi Negeri Nevada untuk menjadi penyepadu sistem utama bagi Pemodenan Sistem atau projek "SysMod", satu inisiatif yang membawa perubahan bagi tujuan memodenkan operasi DMV.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130625/623008)

Penyelesaian Tech Mahindra yang memenangi anugerah, MOVES™ akan menjadi elemen asas dalam inisiatif transformasi ini. Penyelesaian ini akan dipindahkan kepada rangkaian teknologi Oracle dan akan menyediakan pengalaman khidmat pelanggan yang sebenar menerusi pelbagai saluran. Penyelesaian digital yang dicadangkan ini akan memberikan khidmat pelanggan yang lebih baik, mengurangkan tempoh pemprosesan transaksi, dan meningkatkan tempoh pemasaran bagi produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh DMV NV. Jumlah keseluruhan bagi kontrak tersebut, termasuk infrastruktur dan perkhidmatan adalah melebihi $70 Juta bagi tempoh lima tahun.

"Kami berharap dapat menjalin kerjasama dengan Tech Mahindra bagi membawakan DMV masa depan," kata Pengarah Jabatan Kenderaan Bermotor Terri L. Albertson. "Ini bukan sekadar usaha menaik taraf teknologi. Kami akan mewujudkan sebuah agensi kenderaan bermotor yang tiada tandingan bagi menyediakan perkhidmatan yang pantas dan cekap untuk orang awam. Usaha ini juga memperlihatkan satu contoh hebat inovasi dan kepekaan kerajaan negeri di bawah Rangka Kerja Perancangan Strategik Nevada oleh Gabenor Brian Sandoval dalam tempoh lima tahun akan datang."

"Tech Mahindra amat teruja kerana dapat menjalin kerjasama dengan Jabatan Kenderaan Bermotor Nevada untuk membangunkan dan melaksanakan DMV Masa Depan," kata Arvind Malhotra, Ketua Kluster Akaun Strategik. "Kami akan mengguna pakai penyelesaian tersebut secara berperingkat dengan memanfaatkan kaedah Agile dan seni bina IT yang amat moden."

Latar Belakang Tech Mahindra  

Tech Mahindra mewakili dunia yang terhubung dengan menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian teknologi maklumat yang inovatif dan berpusatkan pelanggan, bagi membolehkan Perusahaan, Syarikat Bersekutu dan Persatuan untuk Rise™. Kami merupakan sebuah syarikat bernilai USD 4.0 bilion yang memiliki lebih 105,400 ahli profesional yang berada di 90 buah negara bagi membantu lebih 800 pelanggan global kami termasuk syarikat-syarikat Fortune 500. Platform inovasi dan aset boleh guna semula kami dapat menghubungkan pelbagai teknologi dengan tujuan memberikan nilai perniagaan yang ketara kepada pihak berkepentingan kami. Tech Mahindra juga merupakan antara syarikat yang tersenarai dalam 'Fab 50' di Asia mengikut Senarai Forbes 2015.

Kami merupakan sebahagian daripada Mahindra Group yang bernilai USD 16.9 bilion, menggajikan lebih 200,000 kakitangan di lebih 100 buah negara. Syarikat ini beroperasi dalam pelbagai industri penting yang memacu pertumbuhan ekonomi dan menerajui kepimpinan bagi segmen traktor, kenderaan utiliti, pasaran alat ganti, teknologi maklumat dan pemilikan percutian.

Kenali kami melalui: http://www.techmahindra.com

Saluran Media Sosial Kami: FacebookTwitterLinkedInYouTube

Latar Belakang Nevada DMV 

Jabatan Kenderaan Bermotor Nevada mengeluarkan lesen memandu, nombor pendaftaran kenderaan serta plat lesen di Nevada (Silver State). Jabatan ini turut memberi lesen, mengawal dan mengenakan cukai kepada kenderaan, kenderaan pengangkutan bermotor dan juga industri bahan api.

Objektif DMV ialah untuk memodenkan dan membentuk semula perkhidmatan DMV melalui teknologi, inovasi, khidmat pelanggan dan latihan, selain mengawal masalah penipuan dan melindungi orang awam yang memandu melalui amalan pelesenan serta intervensi, di samping menjamin perlindungan maklumat peribadi rekod DMV.

Jabatan tersebut memiliki lebih 1,100 kakitangan dan meraih pendapatan tahunan melebihi $1 bilion yang dapat membantu membiayai projek-projek lebuh raya, perkhidmatan kerajaan tempatan dan kawasan sekolah. DMV turut mengumpul dana untuk pertubuhan amal menerusi program plat lesen istimewa.

Layari laman sesawang DMV di http://www.dmvnv.com.

Sebarang pertanyaan lanjut:
Rajat Mittra
Bahagian Perhubungan Media Global
RM00461765@TechMahindra.com

Kevin Malone
Pegawai Maklumat Awam
kmalone@dmv.nv.gov  

Source: Tech Mahindra
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Contracts Licensing/marketing agreements