omniture

Occlutech Peroleh Kelulusan Tanda CE Eropah untuk Okluder LAA

Occlutech
2016-06-03 16:44 284

SCHAFFHAUSEN, Switzerland, 3 Jun 2016 /PRNewswire/ -- Occlutech, penginovasi terkemuka bagi implan dalam rawatan penyakit jantung struktur, hari ini mengumumkan ia berjaya memperoleh Kelulusan Tanda CE Eropah untuk okluder Apendiks Atrium Kiri (LAA). Alat tersebut merupakan implan yang direka khusus untuk tujuan penutupan invasif yang minimum terhadap LAA, satu prosedur yang mengurangkan risiko serangan strok pada pesakit yang mengalami fabrilasi atrium.

Tor Peters, Ketua Pegawai Eksekutif Occlutech Group, mengulas: "Kami amat berbesar hati kerana mampu menyediakan produk yang inovatif ini untuk pesakit serta pakar kardiologi dan berharap okluder LAA kami ini dapat menyediakan dan menambah baik dengan signifikan pilihan terapi yang disediakan untuk pesakit."

Okluder LAA Occlutech ini merangkumi jaringan wayar nitinol yang fleksibel berserta teknologi penambat gegelung yang unik selain ciri-ciri pelekatan. Alat dengan reka bentuk khas ini juga mempunyai ciri-ciri yang dapat meningkatkan kefleksibelan serta kebolehsesuaian, dan ini mampu menghasilkan kadar penutupan akut yang tinggi.

Latar Belakang Occlutech

Occlutech ialah peneraju global dalam membangunkan produk yang inovatif bagi rawatan penyakit jantung struktur. Syarikat ini menjual dan memasarkan okluder ASD, PFO, PLD, VSD, PDA dan LAA, serta pelbagai peranti dan juga aksesori oklusi khusus di lebih 80 buah negara seluruh dunia. Occlutech mempunyai pelbagai produk inovatif yang sedang diusahakan serta turut mengendalikan kemudahan di Jerman, Turki dan Sweden. Untuk mendapatkan maklumat tambahan, sila lawati laman sesawang Occlutech di http://www.occlutech.com.

Source: Occlutech
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Health Care/Hospital Medical Equipment