omniture

Cambium Networks Mengumumkan E500 cnPilot™, Titik Akses WiFi Kawasan Luar Berkapasiti Tinggi Menyediakan Ketersambungan Rangkaian untuk Kawasan Tinggi Ketumpatan Dalam Keadaan Mencabar

Cambium Networks
2016-06-06 19:00 362

- E500 menawarkan pemprosesan berkuasa tinggi untuk sebarang persekitaran luar dengan kefleksibelan pengurusan rangkaian berasaskan awan yang menyeluruh -

ROLLING MEADOWS, Illinois, 6 Jun 2016 /PRNewswire/ -- Cambium Networks™, penyedia global utama bagi penyelesaian jalur lebar tanpa wayar, hari ini memperkenalkan E500 cnPilot, iaitu pengawal berkapasiti tinggi bagi mengurus titik akses WiFi kawasan luar yang menyediakan fungsi ketersambungan untuk keadaan yang mencabar. IP67 gred 802.11ac jalur berkembar AP yang menyokong 16 SSID dan sehingga 256 pengguna adalah sangat sempurna untuk Perusahaan, Penyedia Perkhidmatan dan pengguna Perindustrian yang mencari penyelesaian WLAN yang mampu milik, andal dan berprestasi tinggi.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prn/20140613/117974

E500 cnPilot menyediakan ciri-ciri yang biasa didapati pada titik akses yang dua kali ganda harganya. Dilengkapi kuasa penghantar yang tinggi sehingga 29 dBm, keupayaannya untuk menghubungkan kuasa melalui PoE daripada port bagi memberi kuasa kepada kamera keselamatan atau nod pautan angkut balik tanpa wayar, penapis LTE yang turut disertakan bagi menyaring gangguan LTE sel kecil yang berdekatan, E500 dapat menyokong sejumlah besar pengguna di kawasan luar yang mencabar, sesuai untuk sebarang lokasi yang memerlukan Titik Akses WLAN 802.11ac kawasan luar yang berprestasi tinggi. E500 boleh diurus dengan mudah melalui cnMaestro™, pengawal WiFi berasaskan awan atau pada premis daripada Cambium Networks.

Ciri-ciri utama E500 termasuk:

    • Direka untuk keadaan berkapasiti tinggi, menyokong sehingga 256 pengguna aktif dan 16 SSID
  • IP67 dengan kualiti pengudaraan tekanan – direka agar mampu bertahan dalam persekitaran luar yang mencabar, mampu bertahan terhadap angin, pasir dan hujan, serta menghalang kerosakan dalaman akibat pengumpulan kelembapan
  • Keupayaan fungsi angkut balik dalam jaringan untuk pelaksanaan yang mudah di kawasan luar
  • Radio paling sesuai untuk titik harga, menawarkan penyelesaian yang andal dan berkapasiti tinggi pada harga yang lebih rendah berbanding produk pesaing yang setara
  • Mudah dilaksana dan disepadukan, disokong oleh keupayaan pengawal cnMaestro

"E500 terbukti mampu menyokong keperluan rangkaian yang luas bagi WiFi awam dan peralatan keselamatan awam," kata Brian Magnuson, Presiden Cascade Networks, Washington, AS. "Radionya ditempatkan di kawasan yang mengalami persekitaran luar yang melampau serta keadaan RF, dan rangkaian tersebut terbukti menunjukkan prestasi yang andal tanpa mengira keadaan. Produk tersebut amat mudah digunakan dan memberikan fungsi ketersambungan yang amat diperlukan serta kuasa pemprosesan untuk kawasan lain yang sukar mendapat liputan."

"Pelaksanaan Luar berkapasiti tinggi memerlukan kuasa kefleksibelan angkut balik apabila rangkaian berwayar tidak diperoleh dan E500 cnPilot menyediakan dua pilihan," kata Vibhu Vivek, Naib Presiden Kanan Produk untuk Cambium Networks. "Produk ini boleh dikonfigurasikan untuk diangkut balik oleh penyelesaian ePMP, PMP atau PTP Cambium yang terbukti bagi jarak yang lebih jauh, atau digunakan dalam konfigurasi jejaring yang membolehkannya mewujudkan pautan tanpa wayar dengan sebarang titik akses Wi-Fi luar dan dalaman."

Cambium Networks akan mengadakan sidang webinar tentang E500 dan penyelesaian WiFi lain pada 8 dan 9 Jun. Klik di sini untuk mendaftar. E500 cnPilot kini disediakan melalui rangkaian pengedaran Cambium Networks.

Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian produk penyelesaian Wi-Fi cnPilot daripada Cambium, layari komuniti pengguna kami di http://community.cambiumnetworks.com/t5/cnPilot/ct-p/WiFi atau http://www.cambiumnetworks.com/products/wifi/.

Latar Belakang Cambium Networks:

Cambium Networks ialah penyedia global yang utama bagi penyelesaian jalur lebar tanpa wayar yang menghubungkan dengan mereka yang tidak terhubung. Melalui portfolionya yang luas yang terdiri daripada platform titik-ke-titik (PTP) dan titik-ke-berbilang titik (PMP) jalur lebar tanpa wayar yang andal, boleh diskala dan selamat, Cambium Networks membolehkan semua penyedia perkhidmatan; perusahaan; agensi kerajaan dan ketenteraan; syarikat minyak, gas dan utiliti; penyedia perkhidmatan Internet; serta rangkaian keselamatan awam untuk membina rangkaian komunikasi  lestari yang berkuasa. Kini, syarikat tersebut mempunyai lebih lima juta akses dan perkhidmatan angkut balik radio digunakan dalam beribu-ribu rangkaian yang mencabar di lebih 150 buah negara. Beribu pejabat di luar Chicago dan dengan pusat-pusat R&D di A.S, Ashburton, U.K. dan Bangalore, India, Cambium Networks menyediakan perkhidmatan melalui rangkaian pengedar global yang dipercayai. Untuk maklumat lanjut, lawati: www.cambiumnetworks.com dan www.connectingtheunconnected.org.

Hubungi

Golin untuk Cambium Networks – Cyrus Hedayati
+1 415 318 4377
chedayati@golin.com

Source: Cambium Networks
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Wireless Communications New products/services