omniture

Wavecell Lantik Cyril Billot sebagai Pengurus Besar dan Mempercepatkan Pengembangan Antarabangsanya di Eropah untuk Menyokong Perkembangan Ketara Pasaran Mudah Alih

Wavecell
2013-02-22 22:07 212

SINGAPURA, 22 Februari 2013 /PRNewswire/ --

  • Pengurus Besar yang baru dilantik untuk menyokong pertumbuhan syarikat dan strategi global
  • Pertumbuhan aktif di Eropah dengan pembukaan pejabat London
  • Memperkenalkan portfolio penyelesaian mudah alih global untuk memenuhi keperluan perkembangan baru pasaran mudah alih.

Wavecell Pte Ltd., penyedia perkhidmatan mudah alih berlesen bagi penyedia telekom dan servis, pengiklan dan jenama, telah melantik En. Cyril Billot sebagai Pengurus Besar dan telah membuka pejabatnya yang pertama di London sebagai langkah terkini syarikat tersebut dalam rancangan pengembangan globalnya. Komited terhadap strategi globalnya untuk menyokong pasaran pesanan, pemasaran dan pembayaran mudah alih, dan sebagaimana yang dibentangkan di Kongres Dunia Mudah Alih di Barcelona pada 25 – 28 Februari 2013, Wavecell mengetengahkan portfolio penyelesaian mudah alih yang komprehensif yang bersesuaian dengan perkembangan pasaran mudah alih yang baru dan membangun.

"Aktiviti Wavecell telah meningkat dengan mendadak dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan kami sungguh berbesar hati En. Cyril Billot menyertai pasukan kami, kerana beliau membawa begitu banyak pengalaman dalam mengurus operasi dan konsultasi perkhidmatan mudah alih," kata En. Olivier Gerhardt, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Wavecell Pte Ltd.

Mengulas mengenai pembukaan pejabat Eropah, En. Gerhardt menambah, "Eropah merupakan salah satu daripada pasaran paling aktif dalam perkhidmatan mudah alih dan telahpun menjadi sebahagian penting aktiviti kami. Membuka sebuah pejabat di London merupakan satu langkah yang bertepatan dan logikal ke arah pengembangan antarabangsa syarikat kami, dan bakal membawa Wavecell lebih dekat lagi kepada para pelanggan dan rakan kongsi Eropah kami."

Dengan pelantikan beliau sebagai Pengurus Besar, En. Cyril Billot, yang berpangkalan di Singapura, akan bekerjasama erat dengan pasukan Wavecell untuk menyokong strategi global syarikat itu dan mempercepatkan pertumbuhannya.

"Wavecell telah membina infrastruktur awan yang termaju dan portfolio penyelesaian yang komprehensif yang membolehkan penyedia telekom dan servis, atau pengiklan dan jenama untuk mengoptimumkan penghantaran mesej mudah alih dan kos mereka, meningkatkan kadar keuntungan mudah alih, dan mempertingkatkan Pulangan atas Pelaburan (ROI) pemasaran mudah alih mereka. Saya sungguh gembira kerana diberi peluang untuk menyumbang kepada pertumbuhan syarikat dan teruja untuk bekerja bersama pasukan untuk membawa Wavecell melangkah lebih jauh lagi," Kata En. Cyril Billot, Pengurus Besar Wavecell Pte Ltd.

Sebelum memegang jawatan barunya, En. Billot merupakan Pengurus Global unit Telekomunikasi/Perniagaan Rangkaian Teras di Gemalto, di mana beliau bertanggungjawab terhadap perkhidmatan mesej pukal dan pengehosan rangkaian teras selama tiga tahun. Beliau telah mengumpul pengalaman selama lebih sepuluh tahun dari pelbagai jawatan pengurusan dengan syarikat-syarikat ternama, memberikan konsultansi produk dan perkhidmatan mudah alih serta strategi mudah alih kepada pengendali dan syarikat telekomunikasi di seluruh dunia.

Pesanan Mudah Alih: Menghadapi evolusi sistem pesanan mudah alih, Wavecell memungkinkan penghantaran ke seluruh dunia pesanan mudah alih ataupun interaksi dua hala melalui beberapa cara: SMS, MMS, Internet tolak Mudah Alih, notifikasi App.

Pemasaran Mudah Alih: Wavecell memberi panduan kepada syarikat dan pengiklan melalui strategi penjenamaan, pemerolehan dan pengekalan, dan kempen dengan konsultansi amalan-terbaik, perkhidmatan pesanan atau applikasi telefon pintar.

Pembayaran Mudah Alih: Wavecell mengetengahkan portfolio lengkap penyelesaian pembayaran transaksi dan bil mudah alih, membolehkan syarikat-syarikat mendapatkan bayaran daripada perkhidmatan dan kandungan, atau menjana keuntungan.

Mengenai WAVECELL

Wavecell merupakan penyedia perkhidmatan berlesen dengan operasi di Asia, Eropah dan Amerika Syarikat, mengendalikan pesanan mudah alih, pemasaran mudah alih dan khidmat pembayaran mudah alih untuk pengendali telekomunikasi dan perkhidmatan seluruh dunia, pengiklan dan jenama, dengan mengoptimumkan masa ke pasaran, kualiti perkhidmatan dan pulangan atas pelaburan melalui akses serta merta kepada infrastruktur awannya untuk penghantaran pesanan mudah alih dua-hala yang bersepadu.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.wavecell.com atau contactinfo@wavecell.com

Ibupejabat Asia

Pejabat Eropah

Wavecell Pte Ltd.

Wavecell Ltd.

20 Cross Street, #02-11/12

78 York Street

China Court

London W1H 1DP

Singapura 048422

United Kingdom

Tel: +65 6221 1521

Tel: +44 20 7692 8342

Fax: +65 6227 9038

Fax: +44 20 7692 8343



Hubungan akhbar:


How Hwee Yin / Crystal Kung


PR Communications Pte Ltd


Telefon: +(65) 6227 2135


E-mail: hweeyin@prcomm.com.sg / crystal@prcomm.com.sg




Source: Wavecell
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Corporate Expansion Personnel announcements Trade show news