Memperkenalkan Liberty Island—wangian Musim Panas '16 yang menarik dan penuh semangat daripada Bond No. 9, sempena meraikan pulau paling terkenal di dunia, yang menempatkan simbol kebebasan paling diraikan di dunia, iaitu Tugu Kebebasan yang memegang obor.
NEW YORK, 7 Jun 2016 /PRNewswire/ -- Bond No. 9 yang berpusat di New York mempunyai tradisi pelancaran musim panas wangian bak pulau dan pantai yang segar dan berangin. Coney Island merupakan produk pertama diperkenalkan, diikuti dengan Fire Island, Montauk, Hamptons dan Shelter Island. Namun begitu, bagi musim panas tahun 2016, kami membawakan satu perubahan yang berbeza dan bagi memberi penghormatan kepada sebuah destinasi pulau dengan ciri-ciri yang sama sekali berbeza. Dilancarkan serentak dengan Hari Kemerdekaan, kami dengan penuh bangganya memperkenalkan Liberty Island - sebuah pulau yang paling terkenal di dunia, dikunjungi oleh empat juta pengembara yang cintakan kebebasan setiap tahun. Benar, eau de parfum yang penuh kegirangan, sebagai penghormatan kepada sebuah kawasan seluas 12 ekar yang amat dimuliakan di Upper New York Bay, yang menempatkan tugu bermahkota, sambil memegang obor dan setinggi 151 kaki, tidak lain tidak bukan, Tugu Kebebasan Franco-Amerika.
Terokai Hebahan Berita Multimedia yang interaktif di sini:
http://www.multivu.com/players/English/7853051-bond-no-9-liberty-island/
Liberty Island, wangian eau de parfum, merupakan adunan wangian musim panas dengan haruman buah-buahan dan bunga yang girang serta bersemangat dan boleh digunakan oleh golongan wanita dan lelaki, bagi mengekalkan idea demokrasi. Wangian nota pembukanya - intisari bergamot bersitrus dan juga intisari mandarin, berserta haruman blackcurrant yang masam - mampu menarik perhatian anda. Kemudian disusuli dengan nota teras yang memikat hati, ekstrak wangian bunga dengan proses orange blossom absolute serta melur, yang hakikatnya diadunkan untuk menggoda. (Apatah lagi, sekarang musim panas.) Ini diikuti dengan haruman yang tahan lama, dengan kandungan kasturi menyegarkan yang tinggi, diadunkan dengan manisan marshmallow - perisa untuk bersantai, seandainya wujud perisa sedemikian.
Botol superstar Liberty Island daripada Bond No. 9 diukir dengan warna biru kobalt yang berkilau dan separa lutsinar. Hiasan yang bertaburan secara rawak pada permukaan botolnya ialah bintang-bintang berwarna putih yang kelihatan cukup menarik dan girang, dipilih berdasarkan bendera Amerika Syarikat (Star-Spangled Banner) dan tapak berbentuk bintang yang tidak sekata pada Tugu Kebebasan.
Liberty Island akan mula dijual pada Jun 2016.
Disediakan di Butik Bond No. 9 New York, Saks Fifth Avenue di seluruh negara, rangkaian Bloomingdales yang terpilih, Harrods UK, dan juga www.bondno9.com
Harga: 100ml, $295; 50ml, $220