omniture

Cerut Ultra Premium Gurkha Mendominasi Asia

Gurkha Cigars
2016-06-08 08:00 759

Cerut Bukan Berasal Dari Cuba yang Mementingkan Kualiti dan Ketekalan mendapat Permintaan Tinggi

FORT LAUDERDALE, Florida, 8 Jun 2016 /PRNewswire/ -- Apabila membincangkan tentang jenama-jenama mewah yang amat premium dan syarikat-syarikat berprestij, nama-nama seperti Louis Vuitton, Moet Hennessey, Patek Philippe, Chanel dan Rolls Royce akan diperkatakan. Namun begitu, jika perbincangan di Asia beralih kepada cerut, hanya satu nama sahaja yang akan disebut. Gurkha! Permintaan terhadap cerut yang terbaik di dunia dan sentiasa mengekalkan kehebatannya dalam suatu pasaran, yang menghargai dan mengiktiraf kemewahan serta kualiti mencetuskan permintaan terhadap cerut premium Gurkha yang amay dihargai. Di Asia, terdapat satu pepatah yang berbunyi, "Jika anda adalah seorang jutawan, anda menghisap cerut Davidoff, tetapi jika anda adalah seorang 'billionaire', anda menghisap cerut Gurkha", dan Gurkha Cigars mula menembusi pasaran Asia serta meraih kejayaan yang pantas.

"Kami telah lama mempertimbangkan untuk menembusi pasaran Asia dan akhirnya, kami mengambil risiko itu. Kebanyakan warga Asia yang kaya tahu mengenai rokok yang baik dan mereka dengan mudah tertarik kepada cerut kami. Kami menyaksikan peningkatan jualan yang hebat," kata Kaizad Hansotia, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Gurkha Cigars. "Selain itu, memandangkan budaya Asia amat mengutamakan sifat menghormati orang lain dengan menghadiahkan cerut yang mahal dan mewah buat individu yang mereka kagumi, Gurkha Cigars menjadi hadiah kegemaran paling premium yang diberikan oleh ahli-ahli perniagaan Asia yang berkedudukan tinggi."

Sejak 10 tahun lalu, cerut bukan berasal dari Cuba menjadi semakin popular di Asia kerana kualiti tembakau dan hasil pembuatan cerut. Para penggemar cerut sebenar sedia maklum bahawa cerut Cuba tidak lagi menjadi standard atau penentu kepada cerut yang hebat.

"Syarikat-syarikat cerut yang terkemuka seperti Gurkha, Davidoff, dan, Flor Dominicana, kesemuanya mengeluarkan cerut premium yang mampu menonjol dan bersaing dengan cerut Cuba pada bila-bila masa," kata Hansotia. "Cerut Cuba hanya mempunyai satu dimensi bagi asas rasa mereka. Cerut ini tidaklah serumit cerut yang dicampur. Tembakau pada cerut itu tidak ditanam di tanah yang berbeza, selain negara-negara yang menanam tembakau lain yang terkenal seperti Republik Dominican, Nicaragua atau Honduras, antaranya. Kawalan kualiti di luar kawasan Cuba adalah 10 kali lebih baik berbanding di Cuba. Cerut yang digulung sendiri adalah satu seni dan permintaan terhadap penggulung cerut yang berkemahiran akan meningkat."

Turut memberi kesan terhadap kualiti cerut Cuba ialah kesediaan negara-negara lain untuk membayar lebih, membolehkan mereka menarik pekerja-pekerja yang bagus dari kilang-kilang di Cuba. Rejim Komunis telah meninggalkan kesan ke atas pekerja selama separuh abad. Pemencilan dan pengabaian Negara Pulau itu mungkin telah memusnahkan tanaman yang suatu ketika dahulu adalah benar-benar unik. Gaji pekerja masih lagi rendah. Keadaan buruh masih rendah dan pekerja buruh juga tidak bermotivasi. Cuba turut berhadapan dengan khabar angin bahawa negara mereka sudah tidak sesuai lagi untuk tujuan pertanian. Kesemua faktor ini menyumbang kepada kejayaan Gurkha di Asia. Cerut bukan Cuba juga semakin mendapat perhatian hasil pendedahan oleh majalah-majalah seperti Cigar Journal, Robb Report dan Esquire, yang kesemuanya menjadi bacaan pilihan golongan profesional Asia yang bijak.

Gurkha Cigars juga kini terkenal di seluruh Asia sebagai Rolls Royce dalam kategori cerut. Maka, tidak hairanlah cerut ini menjadi cerut yang paling dicari-cari dalam pasaran baharu ini. Gurkha mengeluarkan lapan juta cerut setiap tahun yang dijual di lebih 58 buah negara seluruh dunia. Memandangkan Gurkha terkenal dengan nilai eksklusifnya, ia memiliki hampir 105 jenama hebat bagi cerut premium buatan tangan yang sempurna, dihasilkan dengan pelbagai tahap kepekatan, profil rasa dan harga. Walau apa pun citarasa anda, terdapat cerut Gurkha yang sesuai dengan selera anda.

Gurkha Cigars kini boleh didapati di Hong Kong, China, Thailand, Malaysia, Singapura, Taiwan, India dan Malaysia yang harga cerut dianggap sepadan dengan tarafnya. "Dan pasaran ini masih lagi membangun," kata Hansotia.

 Ibu Pejabat Antarabangsa Gurkha Cigars dengan tekun membawa tradisi kecemerlangan berusia seabad lamanya dengan menghasilkan cerut terbaik kepada para penggemar cerut yang dibuat dari kemudahan khas yang dibangunkan di Florida Selatan. Gurkha ialah cerut yang perlu dimiliki oleh setiap penghisap cerut dan setelah anda mencuba salah satu cerut yang paling memikat sensasi dan rasanya, anda tidak lagi akan menghisap mana-mana cerut lain. Cerut ini benar-benar madu dewa-dewa. Harga Gurkha Cigars bermula pada harga $15.00 bagi sebatang cerut kepada $50,000 sekotak HMR yang dianggap sebagai cerut paling mahal di dunia. Pada tahun 2011, item pengumpul vintaj Gurkha bagi satu kotak cerut terunggul dijual melebihi $868,000, yang sekali lagi menjadikan Gurkha sebagai cerut paling mahal di dunia. Sebarang maklumat tambahan, layari www.gurkhacigars.com

Source: Gurkha Cigars
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Tobacco