--Merancang pengembangan & menambah tenaga kerja di semua pasaran penting Asia Tenggara pada tahun hadapan
SINGAPURA, 24 Februari 2013 /PRNewswire/ -- Vserv.mobi, peneraju global dalam rangkaian pengiklanan mudah alih untuk pembangun aplikasi, penerbit dan pengiklan, telah mengumumkan peningkatan permintaan sebanyak 6 kali ganda sejak memulakan operasi di Asia Tenggara pada April 2012. Ini berlaku setelah syarikat itu membentuk perkongsian dengan penerbit premium seperti Okezone, Kompas, Viva News, Antara News, Metro TV News, Utusan (Malaysia), Cosmopolitan (Indonesia).
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120725/546333 )
Syarikat ini telah menyaksikan pertumbuhan yang meyakinkan dalam operasi globalnya, dengan 65% keuntungan datang dari pasaran di luar India. Vikas Gulati, Naib Presiden – Pembangunan Perniagaan Asia Tenggara Vserv.mobi berkata "Kami telah mengatasi penanda aras keuntungan kami dan terus menumpukan perhatian terhadap memperluaskan jejak kami di rantau ini. Setelah membina rangkaian pengiklan dan penerbit yang kukuh di pasaran membangun seperti Indonesia & Vietnam, kami akan meluaskan kehadiran kami di pasaran lain seperti Malaysia, Filipina & Thailand pada tahun yang mendatang. Tahun ini juga bakal menyaksikan pelancaran platform AudiencePro kami melalui rakan kongsi telekomunikasi kami di seluruh dunia."
eMarketer meramalkan bahawa industri mudah alih di Asia Pasifik akan berkembang sehingga $6.1 bilion pada 2016. Ia memberikan peluang besar kepada semua yang terlibat dalam pasaran mudah alih untuk memperolehi nilai yang baik bagi jenama dan pelbagai ciri aplikasi mereka. Dengan beberapa pengiklan dan penerbit ternama, dan pertumbuhan yang pesat dalam inventori Androidnya, Vserv telah mengukuhkan namanya dengan cepat di rantau ini. Antara jenama premium yang menggunakan rangkaian Vserv.mobi antara lainnya ialah P&G, Unilever, Nestle, Adidas, Aveo, Samsung, Nokia, GM,Telkomsel, Pizza Hut & Axis.
Ditubuhkan pada 2010, Vserv.mobi merupakan Rangkaian Pengiklanan Mudah Alih yang memenangi anugerah, setelah dinamakan "Syarikat Media Terbaik Tahunan" di MMA Smarties 2012 dan disenaraikan antara Anugerah 100 Teratas Red Herring. Syarikat ini menawarkan nilai menarik untuk pengiklan jenama, penerbit premium, pembangun aplikasi, dan penyedia perkhidmatan telekomunikasi dengan dua platform revolusionarinya, AppWrapper dan AudiencePro.. Appwrapper merupakan platform Penjana Keuntungan Paling Ringkas di Dunia – ia membolehkan model pengiklanan premium & penentuan harga inovatif dalam sebarang aplikasi, tanpa kod dan hanya dengan satu klik. Platform AudiencePro pula menggabungkan keluasan rangkaian global pengiklanan Mudah Alih Vserv.mobi dengan data pengguna yang komprehensif daripada syarikat telekomunikasi yang dapat merevolusikan bagaimana pengiklan mencapai audiens sasaran yang tepat dalam semua platform mudah alih.
Hubungi:
Binay Tiwari
+91-22-29275128
press@vserv.mobi