omniture

Bintang Sukan Badminton Saina Nehwal, Vivian Kah Mun Hoo, Goh Liu Ying, Lai Pei Jing and Chen Qingchen Menikmati Festival Vivid Sydney Menjelang Kejohanan Badminton Terbuka Australia XIAMENAIR

Destination NSW
2016-06-08 09:12 519

SYDNEY, 8 Jun 2016 /PRNewswire/ --

Image tambahan boleh dimuat turun di sini: https://www.dropbox.com/sh/qhnm46b9z2olxyc/AACBsQwkZwFWjRw475kdnS5xa?dl=0

Lai Pei Jing, Goh Jin Wei, Chen Qingchen_Aus Badminton Open Vivid Sydney Harbour Cruise 2016_Destination NSW
Lai Pei Jing, Goh Jin Wei, Chen Qingchen_Aus Badminton Open Vivid Sydney Harbour Cruise 2016_Destination NSW

 

Saina Nehwal_Australian Badminton Open Vivid Sydney Harbour Cruise 2016_CREDITDestination NSW_005
Saina Nehwal_Australian Badminton Open Vivid Sydney Harbour Cruise 2016_CREDITDestination NSW_005

Bintang-bintang sukan badminton tiba ke Sydney untuk bersaing dalam salah satu perlawanan badminton paling berprestij di dunia, Kejohanan Badminton Terbuka Australia XIAMENAIR yang akan berlangsung mulai 7-12 Jun 2016 di Taman Olimpik Sydney.

Barisan pemain antarabangsa yang hebat termasuk Saina Nehwal (India) serta Pemain No. 1 Dunia kini Chen Long (China) bakal bersaing bersama Pemain No.2 Dunia Ratchanok Intanon (Thailand) di Sydney. Turut serta dalam barisan pemain yang hebat ini ialah pasukan Beregu Wanita No.1, Misaki Matsutomo dan Ayaka Takahashi (Jepun) dan Juara Dunia bagi Beregu Lelaki kini Hendra Setiawan dan Mohammad Ahsan (Indonesia).

Semasa perlawanan tersebut, beberapa pemain terbaik berpeluang menikmati Vivid Sydney, festival cahaya, muzik dan idea terbesar di dunia. Lebih 90 pemasangan lampu dan tayangan menerangi bandar tersebut sempena festival Vivid Sydned, memancarkan seni cahaya yang berwarna-warni pada Jambatan Pelabuhan Sydney yang terkenal di dunia, Panggung Opera Sydney dan seluruh bandar. Para pemain turut mengambil peluang menyusuri Pelabuhan Sydney bagi melihat Vivid Sydney dari kawasan perairan, termasuk Goh Liu Ying (Malaysia), Goh Jin Wei (Malaysia), Chen Qingchen (China), Lai Pei Jing (Malaysia), Vivian Kah Mun Hoo (Malaysia), Saina Nehwal (India) dan Yip Pui Yin (Hong Kong).

Menteri Perdagangan, Pelancongan dan Acara Utama serta Menteri Sukan, Stuart Ayres berkata, "Ini merupakan suatu yang hebat apabila dapat menyaksikan para pemain terbaik badminton di NSW minggu ini, bagi menikmati Vivid Sydney di Pelabuhan kami yang hebat. Kejohanan Badminton Terbuka Australia ialah salah satu acara utama bagi beberapa siri aktiviti sempena musim sejuk NSW, dan menerusi acara yang disiar secara langsung ke lebih 200 juta kediaman di seluruh dunia, Sydney dan Vivid Sydney mampu mencapai lebih ramai khalayak."

Kejohanan Badminton Terbuka Australia ialah salah satu daripada 12 perlawanan dalam jelajah Siri Super Persekutuan Badminton Dunia, menawarkan hadiah wang tunai berjumlah US$750,000 selain peluang untuk para pemain mendapatkan mata kelayakan sempena Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro.

Ketua Pegawai Eksekutif Destination NSW dan Penerbit Eksekutif Vivid Sydney Sandra Chipchase berkata, "Badminton memiliki profil yang tinggi dan diikuti oleh negara-negara seperti China, Malaysia, India, Korea dan Indonesia. Perlawanan seperti Kejohanan Badminton Terbuka Australia XIAMENAIR dan festival Vivid Sydney kami merupakan pendorong utama bagi industri pelancongan antarabangsa dan faktor yang membuatkan Sydney dan NSW mengalu-alukan kedatangan 3.6 juta pengunjung luar negara* dalam tempoh 12 bulan," kata beliau.

*

Kajian pelancongan Australia, Kaji Selidik Pelawat Antarabangsa YE Mac 2016.

Untuk maklumat lanjut tentang butiran perlawanan, jualan tiket dan banyak lagi, sila layari www.australianbadmintonopen.com.au.

Untuk mendapatkan maklumat media tentang Sydney, sila ke www.sydney.com

Bagi mengakses pustaka imej dan memuat turun gambar, sila ke http://images.destinationnsw.com.au/.

Maklumat Perhubungan Media:

Laura Kelly, Destination NSW 
E-mel: laura.kelly@dnsw.com.au 
Tel:+61 2 9931 1164 
Tel. Bimbit:+61 439 131 011

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160607/8521603617-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160607/8521603617-b

Source: Destination NSW
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Leisure/Travel/Hotels Sporting Events Sports Travel New products/services