Utiliti negara Malaysia dan Vietnam raih anugerah menerusi projek yang mengguna pakai Platform Komunikasi Pintar Trilliant
BANGKOK, 9 Jun 2016 /PRNewswire/ -- Dua projek infrastruktur tenaga utama yang mengguna pakai Platform Komunikasi Grid Pintar Trilliant meraih anugerah tertinggi sempena Minggu Utiliti Asia 2016. Trilliant diberi pengiktirafan menerusi Ho Chi Minh Power Corporation di Vietnam (EVNHCMC) bagi kategori "Projek Transformasi Digital Terbaik" di rantau tersebut. Trilliant turut dipilih oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) Malaysia dan rakan kerjasama lain sebagai "Pelaksanaan Infrastruktur AMI Dengan Nilai Pengguna Terbaik".
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150127/171757LOGO
"Memandangkan pertumbuhan ekonomi di Asia Tenggara meningkatkan keperluan terhadap penyelesaian tenaga pintar, kami memuji usaha yang dibuat oleh utiliti utama seperti TNB dan EVNHCMC dalam menyediakan asasnya," kata Bryan Spear, pengarah urusan APAC. "Ini merupakan satu penghormatan atas peluang untuk memberi sumbangan dan menyaksikan penyelesaian kami diiktiraf menerusi anugerah yang diraih tahun ini."
Persidangan Minggu Utiliti Asia berjaya menarik lebih 2,000 pengunjung manakala majlis makan malam sempena anugerah tersebut pula meraikan 250 ahli profesional industri yang paling terkemuka.
Tenaga Nasional Berhad merangkul anugerah bagi kategori "Pelaksanaan Infrastruktur AMI Dengan Nilai Pelanggan Terbaik". Kerja-kerja pemasangan akan dimulakan tahun ini di negeri Melaka sebagai sebahagian daripada usaha penaiktarafan selama beberapa tahun oleh TNB terhadap meter pintar/AMI, seperti yang diumumkan pada tahun 2014, demi memberikan kawalan yang lebih hebat buat pelanggan atas penggunaan tenaga mereka.
Anugerah ini meraikan pencapaian yang diraih tahun lalu bagi Infrastruktur AMI dan pelaksanaan grid pintar atau percubaan sistem bersepadu yang komprehensif melibatkan meter pintar, rangkaian komunikasi dan sistem pengurusan data. Para hakim menilai faktor-faktor berikut dalam membuat keputusan:
Projek EVNHCMC Trilliant berjaya meraih anugerah bagi kategori "Projek Transformasi Digital Terbaik". Anugerah ini meraikan pencapaian yang diraih tahun lalu bagi segmen transformasi digital utiliti yang mampu meningkatkan prestasi utiliti yang menjimatkan berdasarkan matlamat utama organisasi termasuk penjanaan hasil, prestasi rangkaian, penyepaduan sumber boleh diperbaharui secara besar-besaran, peningkatan tahap pengurusan tenaga kerja, kemampuan menarik pelanggan, peningkatan tahap kecemerlangan operasi serta penambahbaikan kecekapan tenaga.
Bagi projek ini, Trilliant menyediakan platform komunikasi jejaring RF yang menyeluruh untuk Bandar Raya Ho Chi Minh, memastikan rangkaian yang selamat bagi menghubungkan infrastruktur pemeteran EVNHCMC bersama pihak-pihak yang paling penting daripada firma teknologi global di Saigon Hi-Tech Park.
Latar Belakang Trilliant
Trilliant menawarkan satu-satunya Platform Komunikasi Pintar dalam industri tenaga yang meliputi perusahaan bagi tujuan menghubungkan internet semua benda (IoT) melalui penyelesaian yang selamat, berasaskan piawaian, pelbagai teknologi dan berspektrum terbuka. Menerusi pengalaman selama tiga dekad berserta penyelesaian paling terbukti di lapangan dan sesuai untuk seluruh dunia, Trilliant memaksimumkan pelaburan dalam grid pintar serta bandar pintar dan memastikan operasi yang disediakan mampu mendepani masa depan. www.trilliantinc.com