omniture

Huawei Raih 4 Anugerah Acara Terbaik sempena Interop Tokyo 2016

Syarikat memperkenalkan penyelesaian yang inovatif dan menegaskan semula komitmen bagi membangunkan sistem yang saling menguntungkan
Huawei
2016-06-10 12:48 554

TOKYO, 10 Jun 2016 /PRNewswire/ -- Sempena Interop Tokyo 2016, acara ICT terbesar di Jepun yang diadakan bermula pada 8 hingga 10 Jun, Huawei menggariskan strateginya selain memperkenalkan penyelesaian yang inovatif bagi memungkinkan transformasi digital untuk perusahaan, yang bertema "Menerajui ICT Baharu, Membina Dunia yang Terhubung Lebih Baik".

Yan Lida, Presiden, Enterprise Business Group, Huawei (kanan) menerima Anugerah "Grand Prix" Acara Terbaik Interop Tokyo 2016 bagi Pelayan Misi Kritikal 9032 KunLun Huawei daripada wakil Jawatankuasa Interop Tokyo (kiri).
Yan Lida, Presiden, Enterprise Business Group, Huawei (kanan) menerima Anugerah "Grand Prix" Acara Terbaik Interop Tokyo 2016 bagi Pelayan Misi Kritikal 9032 KunLun Huawei daripada wakil Jawatankuasa Interop Tokyo (kiri).

Penyelesaian utama yang diketengahkan semasa acara tersebut termasuk penyelesaian Internet Semua Benda (IoT), Awan Hibrid, Rangkaian Tentuan Perisian (SDN) serta Komunikasi Awan Tertumpu daripada Huawei, kesemuanya menyediakan ciri yang menyepadukan awan-kabel-peranti bagi mempertingkat inovasi dan nilai perniagaan. Antara penyelesaian yang diperkenalkan itu, Pelayan Misi Kritikal 9032 KunLun Huawei, Penyelesaian Kabel Keras IP Huawei dan Penghala Perkhidmatan Universal NE40E-X2-M8A Huawei merangkul Anugerah "Grand Prix" Acara Terbaik menerusi tiga kategori dalam inovasi ICT perusahaan; dan Huawei, selaku penyedia penyelesaian ICT terkemuka berjaya meraih Anugerah "Grand Prix" ShowNet Interop.

Semasa acara itu juga, Huawei memperlihatkan komitmennya untuk membangunkan ekosistem ICT yang terbuka dan mantap di Jepun bersama rakan strategik globalnya, Intel dan SAP, selain rakan kongsi Jepun iaitu CyberAgent, Hanshin Electric Railway, JBS, serta Softbank.

Anugerah Acara Terbaik Mengiktiraf Inovasi Teknologi Perusahaan Huawei
Anugerah Acara Terbaik yang diterima sempena Interop Tokyo 2016 itu dihakimi oleh barisan panel yang terdiri daripada pakar-pakar industri, yang mengiktiraf inovasi terkini menerusi tiga kategori teknologi perusahaan. Pelayan Misi Kritikal 9032 KunLun Huawei meraih Anugerah "Grand Prix" Acara Terbaik bagi Kategori Pelayan dan Storan hasil daripada rekaan dengan ciri-ciri Keandalan, Ketersediaan dan Kebolehkhidmatan (RAS), keupayaan peningkatan yang inovatif serta seni bina terbuka. Penyelesaian Kabel Keras IP Huawei pula meraih Anugerah "Grand Prix" Acara Terbaik bagi Kategori Perangkaian Perusahaan/SMB hasil daripada ciri-ciri pengasingan kabel fizikal, kependaman yang rendah, keandalan yang tinggi, visualisasi Perjanjian Aras Perkhidmatan (SLA) dan juga pengendalian dan penyelenggaraan (O&M) yang mudah. Penghala Perkhidmatan Universal NE40E-X2-M8A Huawei merangkul Anugerah "Grand Prix" Acara Terbaik bagi Kategori Perangkaian Pembawa/ISP menerusi kapasiti penghantaran 480gdps yang tinggi, rekaan yang kompak serta fungsi sokongan perkhidmatan yang bersifat universal.

Selain itu, Huawei turut menyertai Interop ShowNet, satu demonstrasi teknologi internet Interop Tokyo yang komprehensif, menerusi enam suis pusat data dan penghala termasuk CE12800, CE8860, CE6800, NE5000E, NE40E dan NE20E Huawei, serta Pengawal Tangkas Huawei.  Prestasi yang tinggi bagi penyelesaian-penyelesaian ini dalam ujian kesalinghubungan EVPN/VXLAN membolehkan Huawei memenangi Anugerah ShowNet Terbaik Interop.

Huawei meraih Anugerah Acara Terbaik di Interop Tokyo sebanyak empat kali berturut-turut dan ini memperlihatkan komitmen syarikat dalam membangunkan penyelesaian berprestasi tinggi yang melangkaui batas sempadan inovasi ICT agar dapat memenuhi keperluan khusus dalam pasaran Jepun.

Menerajui ICT Baharu, Memperkasa Revolusi Perindustrian Baharu 
Teknologi yang inovatif seperti IoT, awan dan data besar kini menggiatkan transformasi digital dan akan mendorong pembangunan perniagaan serta masyarakat dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Menerusi ucapan dasar bertajuk "Menerajui ICT Baharu, Memperkasa Revolusi Perindustrian Baharu", En. Yan Lida, Presiden Enterprise Business Group, Huawei, mengulas, "Untuk menjamin kejayaan dalam persaingan pada masa kini, perusahaan memerlukan platform perniagaan dan analisis masa sebenar bagi mendorong transformasi digital. Teknologi ICT baharu termasuk IoT, awan dan data besar akan menjadi amat penting dalam sistem pengeluaran perniagaan, bagi memungkinkan transformasi ini. Berdasarkan inovasi yang menampilkan ciri awan-kabel-peranti, Huawei komited untuk membangunkan platform yang terbuka, fleksibel dan selamat bagi membantu pelanggan menghasilkan aplikasi yang dapat memenuhi keperluan sebenar perniagaan mereka. Platform tersebut juga dapat membantu membangunkan ekosistem yang lestari serta saling menguntungkan."

En. Yan turut menegaskan semula komitmen Huawei terhadap usaha inovasi secara kolaboratif dan menggalakkan pembangunan ekosistem awan yang hebat di Jepun. Beliau berkata, "Kami fokus untuk menggalakkan pelanggan Jepun kami, rakan kongsi serta kakitangan untuk memanfaatkan inovasi ICT baharu yang utama bagi menggiatkan usaha transformasi digital selain menggalakkan pembangunan ekosistem awan yang mantap."

Membina Ekosistem Awan yang Hebat bersama Penggiat Industri ICT di Jepun 
Semasa acara tersebut, Huawei mengadakan aktiviti bersama rakan industri dan para ilmuwan bagi berkongsi pandangan serta amalan terbaik dalam membangunkan ekosistem awan yang hebat dan saling menguntungkan. Khususnya, Profesor Ezaki Hiroshi daripada Universiti Tokyo dan Profesor Nakamura Osamu daripada Universiti Keio berkongsi pandangan mereka untuk mempertingkatkan usaha pembangunan dan penggunaan SDN serta awan.

Peralihan seni bina IT bagi perusahaan sedia ada kepada seni bina berasaskan awan memerlukan kerjasama dalam kalangan pihak berkepentingan industri ICT demi membangunkan ekosistem yang terbuka. Sempena Interop Tokyo yang diadakan tahun ini, Huawei menjalin kerjasama dengan Jawatankuasa Interop Tokyo serta Projek WIDE bagi tujuan menganjurkan Kongres Awan Tokyo pertama yang akan menghimpunkan para penggiat industri yang terkemuka bagi membincangkan trend masa depan serta berkongsi amalan terbaik berkaitan perpindahan kepada awan.

Reruai Huawei di Interop Tokyo 2016 terletak di 5Z32, Makuhari Messe. Sebarang maklumat lanjut tentang Huawei di Interop Tokyo 2016, sila layari http://enterprise.huawei.com/topic/interop2016_jp_en/index.html

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160609/0861605642

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment