AUSTIN, Texas, 12 Jun 2016 /PRNewswire/ -- Mozido, penyedia global bagi penyelesaian perdagangan dan pembayaran secara digital yang dipercayai, hari ini mengumumkan syarikat ini akan mempertingkatkan perkhidmatan kiriman wang antarabangsa untuk pengguna dompet mudah alih di Sri Lanka.
Mozido menjalin kerjasama dengan MoneyGram, salah sebuah syarikat kiriman wang yang terkemuka di dunia, bagi penyediaan perkhidmatan yang terbaharu ini. Pengguna mudah alih bagi Dialog, Etisalat dan Hutch di Sri Lanka yang mendaftar dengan eZ Cash, perkhidmatan wang mudah alih saling boleh kendali yang pertama di dunia, kini boleh menerima kiriman wang antarabangsa melalui dompet mudah alih eZ Cash mereka. Kaedah ini menyediakan kemudahan yang tiada tandingan buat 14 juta bakal pelanggan eZ Cash.
Michael Liberty, Pengasas dan Pengerusi Perhubungan Strategik Global, Mozido berkata: "Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan MoneyGram dan Dialog untuk menyediakan penyelesaian yang inovatif ini di Sri Lanka. Dengan memanfaatkan teknologi pembayaran mudah alih MoTEAF daripada Mozido serta perkhidmatan kiriman wang MoneyGram memberikan pengguna eZ Cash perkhidmatan dengan ciri-ciri kefleksibelan dan kemudahan yang tiada tandingan. Kami berharap dapat menjalin hubungan dengan rakan strategik global kami bersama pihak pembekal di Sri Lanka dan Asia Tenggara bagi mencapai matlamat yang sama."
Pengarah Urusan Mozido di Sri Lanka, Rienzie Martinesz berkata: "Misi Mozido adalah untuk menyediakan perkhidmatan kewangan yang inklusif kepada orang ramai di serata dunia yang tidak mendapat akses kepada perkhidmatan perbankan biasa. Gabungan teknologi kami mampu mewujudkan peluang baharu buat berjuta-juta pengguna eZ Cash. Jalinan kerjasama dengan MoneyGram bagi membangunkan penyelesaian untuk eZ Cash ini adalah satu langkah penting bagi mencapai matlamat ini."
"Memandangkan kelancaran perkhidmatan untuk pelanggan menjadi keutamaan kami, kami memberikan mereka pilihan cara menerima wang dari seluruh dunia," – kata Pengarah Kanan Serantau MoneyGram, Asia Selatan & Negara GCC, Kaushik Roy. "Hasil daripada jalinan kerjasama dengan Mozido dan Dialog, pelanggan kami di Sri Lanka kini dapat menerima bukan sekadar wang tunai, bahkan mereka juga boleh menerima wang terus daripada telefon pintar mereka. Saluran khidmat layan diri digital kami terus meningkat melebihi 60% berbanding tahun sebelumnya, dan mampu mengeratkan hubungan pelanggan bersama rakan-rakan serta keluarga mereka," kata Roy.
"Menerusi jalinan kerjasama dengan Mozido dan MoneyGram, kini kami berpeluang untuk menyediakan kaedah yang lebih mudah agar pelanggan kami dapat menerima kiriman wang antarabangsa yang lebih baik berbanding sebelum ini," kata Naib Presiden, Pembayaran Mudah Alih, Dialog Axiata PLC, Fariq Cader. "Perkhidmatan yang merintis industri ini memberi peluang kepada syarikat kami untuk terus membina nama bagi perkhidmatan pembayaran dan penggunaan wang mudah alih di seluruh Sri Lanka."
Latar Belakang Mozido
Mozido menyediakan penyelesaian pembayaran dan perdagangan digital yang dipercayai ke seluruh dunia menerusi penyelesaian berasaskan awan yang menjimatkan yang dijenamakan untuk pelanggan. Dengan ciri saling kendali yang amat tinggi, penyelesaian Mozido dapat berfungsi dengan hampir mana-mana penyedia perkhidmatan tanpa wayar dan peranti mudah alih, selain mudah disepadukan dengan iklan, tawaran dan produk lain yang disediakan oleh pihak ketiga. Pengaruh Mozido di seluruh dunia dan tawaran global yang disediakan melibatkan operasi-operasi di AS, China, India, Afrika, Sri Lanka, Timur Tengah, Eropah dan juga Amerika Latin yang membantu orang ramai mengurus wang, pembayaran dan perkhidmatan lain menggunakan telefon bimbit mereka. Untuk maklumat lanjut, kunjungi kami di mozido.com. Ikuti kami melalui Twitter: @Mozido.
Maklumat Perhubungan Media:
Van Leigh
Naib Presiden Kanan Bahagian Pemasaran
Mozido, Inc.
+1-512-518-2200