omniture

Syarikat Teknologi Baharu Bermatlamat untuk Mengubah Kebergantungan Terhadap Peranti Mudah Alih

PassTask, LLC
2016-06-13 20:00 438

Memperkenalkan TOPs Balance, Kaedah Buka Kunci Baharu dan Platform Pertama yang Mendorong Pembelajaran Tambahan

HARVARD, Massachusetts, 13 Jun 2016 /PRNewswire/ -- PassTask, LLC, sebuah syarikat teknologi yang berpangkalan di Massachusetts, hari ini memperkenalkan platform TOPs Balance (Kata Laluan Berorientasikan Tugasan), yang bertujuan untuk mengimbangi trend penggunaan berlebihan peranti mudah alih yang terus menular selain penggunaan oleh kanak-kanak dan remaja. Menurut NBC News, kanak-kanak menghabiskan masa selama sembilan jam di hadapan skrin peranti, manakala kanak-kanak berusia lingkungan 8-12 tahun menghabiskan masa selama enam jam.1 Bagi menangani isu yang kian menular ini, TOPs mengimbangi penggunaan peranti mudah alih secara berlebihan ini menerusi ilmu pengetahuan yang disediakan sepanjang hari, setiap kali pengguna ingin membuka kunci pada peranti mudah alih mereka.

Kaedah buka kunci TOPs yang baharu dapat mengubah peranti mudah alih dengan berkesan sebagai sistem penyampaian pengetahuan yang hebat dan santai. Setiap kali pengguna mengambil peranti mudah alihnya, kaedah buka kunci peranti secara alternatif akan mengaktifkan "Knowledge Burst" selama 10 saat. "Knowledge Burst" ialah penyediaan kandungan berpendidikan khusus mengikut gred yang perlu dilepasi oleh pengguna sebelum dapat mengakses skrin utama. Kandungan yang berkisarkan peristiwa penting dalam sejarah, perbendaharaan kata dan sains, semuanya digabungkan menerusi imej yang dramatik dan hasil kerjasama bersama peneraju kandungan seperti Encyclopaedia Britannica, Merriam Webster dan Getty Images. Versi iOS TOPs turut menyediakan fungsi "bacaan melalui audio".

Pertama sekali, ibu bapa dan pengguna perlu menyesuaikan kadar intensiti pembelajaran dengan memilih sama ada penyampaian Knowledge Bursts secara pilihan atau wajib. Kemudian, pengguna akan diberikan Knowledge Bursts setiap kali peranti diaktifkan, seterusnya mengimbangi kadar penggunaan peranti mudah alih yang berlebihan.

  • Cara penyampaian mengikut pilihan (intensiti rendah) memberikan pengguna dengan pilihan Knowledge Burst selama 10 saat yang unik sama ada secara segera atau persuasif setiap kali skrin diaktifkan.
  • Cara penyampaian wajib (intensiti tinggi) merupakan strategi keseimbangan yang lebih khusus dan perlu menyempurnakan Knowledge Burst selama 10 saat setiap kali telefon dibuka kuncinya sebelum mengakses skrin utama.

Dibangunkan oleh usahawan Fred Curtis Jr., aplikasi tersebut merupakan aplikasi pertama seumpamanya dan diwujudkan untuk memanfaatkan penggunaan peranti mudah alih bagi melengkapi pembelajaran dan pendidikan secara berterusan. "Ketika membesarkan enam orang anak dalam dunia mudah alih yang serba baharu, saya melihat dengan jelas bahawa banyak masa dihabiskan pada peranti mudah alih dan saya menyedari cabaran sukar yang perlu dihadapi," kata Fred Curtis Jr., pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif PassTask, LLC. "Saya perlu melakukan sesuatu untuk mencipta lebih manfaat terhadap masa. Menerusi TOPs, kita dapat mengimbangi masa yang dihabiskan pada skrin dengan kandungan berpendidikan yang menarik, yang dipersembahkan secara santai setiap kali mereka menggunakan peranti mudah alih mereka."

"Kandungan portfolio kami yang luas telah sekian lama sinonim dengan pendidikan dan pembelajaran, bagi membantu meluaskan pandangan terhadap dunia dan asas pengetahuan kanak-kanak serta orang dewasa di seluruh dunia," kata John Russell, Pengarah Pembangunan Perniagaan, Encyclopaedia Britannica. "Kami teruja kerana dapat menyediakan kandungan kami untuk platform TOPs yang unik bagi membantu menyemai rasa ingin tahu, semangat pengembaraan dan pencarian ilmu dalam golongan muda."

Demonstrasi melalui video disediakan di Topsbalance.com. Muat turun "TOPs Balance" dengan harga $2.99 USD melalui App Store atau Google Play Store.

Latar Belakang PassTask: 
PassTask, LLC, ialah sebuah syarikat teknologi yang berpangkalan di Massachusetts yang menghasilkan perisian pembelajaran mudah alih tambahan yang mengubah industri untuk kanak-kanak dan golongan muda. Syarikat tersebut ditubuhkan oleh Fred Curtis, Jr., Peniaga Perniagaan Kecil-kecilan Terbaik Massachusetts oleh Pentadbiran Perniagaan Kecil-kecilan A.S. dan seorang bapa kepada enam orang anak. Matlamat syarikat itu adalah untuk memberikan instrumen yang hebat kepada ibu bapa dan anak-anak yang dapat membantu mengimbangi penggunaan peranti mudah alih yang berlebihan menerusi pembelajaran. Syarikat ini memperkenalkan TOPs Balance untuk peranti Android dan iOS pada tahun 2016. Sebarang maklumat lanjut, atau bagi mendapatkan demonstrasi melalui video, sila layari Topsbalance.com dan ikuti Twitter (@PassTask) serta Facebook.

1Teens Spending 'Astounding' Nine Hours a Day in Front of Screens, oleh Maggie Fox dan Erika Edwards, NBC NEWS

Source: PassTask, LLC
Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services