omniture

RS Components Sokong Prototaip Pantas dengan Papan Aplikasi Mbed Baru

RS Components
2013-02-26 10:00 159

 

KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 Februari 2013 /PRNewswire/ --

Pek papan aplikasi mbed baru dengan pilihan berhubungan dan penderiaan yang tidak terhingga bagi pelbagai projek kejuruteraan yang tidak terhad

RS Components (RS), jenama dagangan bagi Electrocomponents plc (LSE:ECM), pengedar perkhidmatan tinggi bagi produk elektronik dan penyenggaraan terkemuka di dunia mengumumkan papan aplikasi mbed baru kini berada di pasaran.

(Gambar: http://www.prnasia.com/sa/2013/02/14/20130214150908105994.html )
(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )

Direka berdasarkan platform pereka mbed, papan aplikasi mbed baru ini termasuk sebilangan penyambung dan antara muka luaran, yang tidak lagi memerlukan papan tambahan dan seterusnya mengurangkan masa rekaan yang berharga bagi para jurutera.

Papan aplikasi baru ini bersaiz sebesar kad kredit (54mm x 86mm) dan direka khusus untuk digunakan dengan modul mikrokawalan mbed NXP LPC1768.  Menyediakan keupayaan multifungsi, papan baru ini membolehkan bilangan maksima bagi eksperimen dan projek yang boleh dilaksanakan dan pada masa yang sama mengekalkan penggunaan tapak papan yang minima.

Papan aplikasi mbed menawarkan kepelbagaian ciri yang mengagumkan termasuk LCD grafik 128 x 32; akselerometer 3 paksi, pengesan suhu, kepala motor servo; LED kawalan PWM; soket ZigBee, penyambungan Wi-Fi dan Bluetooth tanpa wayar; Ethernet dan penyambung USB; dan pembesar suara dan bicu I/O audio.

"Papan aplikasi baru ini merupakan tambahan penting bagi keluarga mbed yang membolehkan para jurutera mengalami pemprograman berasaskan teknologi ARM®'" ujar Mark Cundle, Ketua Pemasaran Teknikal RS Components.  "Direka khusus bagi kegunaan bersama-sama NXP LPC1768, modul ini menjimatkan banyak masa para jurutera dalam pembangunan projek, dan memberikan banyak pilihan penyambungan yang memberikan ruang kepada penggunaan pelbagai aplikasi 'Internet-of-Things' (IoT)."

Sila klik mbed application board untuk maklumat lanjut dan untuk belian daripada stok RS.

Mengenai RS Components

RS Components dan Allied Electronics merupakan jenama dagangan Electrocomponents plc, pengedar perkhidmatan tinggi bagi produk elektronik dan penyenggaraan terkemuka di dunia.  Beroperasi di 32 buah negara, kami menawarkan lebih 550,000 produk melalui internet, katalog dan kaunter niaga kepada lebih sejuta pelanggan, membuat penghantaran 46,000 bungkusan sehari.  Produk kami yang diambil daripada 2,500 pembekal terkemuka termasuk elektronik, kawalan dan automasi, penilaian dan pengukuran, serta komponen elektrik dan mekanik.

Electrocomponents disenaraikan di Bursa Saham London dan pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2012 dengan pendapatan sebanyak GBP1.27 bilion.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web www.rs-components.com.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan berikut:

Twitter: @RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS
RS Components di Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components

Pautan berkaitan:

Electrocomponents plc
www.electrocomponents.com

RS Components
www.rs-components.com

DesignSpark
http://www.designspark.com

RS Components
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam - Asia Pasifik
Email: soochun.tan@rs-components.com
Tel: +65-6391-5745

The Hoffman Agency
Rasheed Abu Bakar
Eksekutif Kanan Akaun
Email: rscsg@hoffman.com
Tel: +65-6361-0250

Source: RS Components
Related Stocks:
LSE:ECM OTC:EENEY
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Electronic Components Semiconductors New products/services