omniture

Konsep Reka Bentuk dan Penyertaan Perlumbaan Kereta Seni BMW ke-18 dan ke-19 Diperkenalkan: Cao Fei dan John Baldessari

BMW Group
2016-06-15 16:00 496

MUNICH, 15 Jun 2016 /PRNewswire/ --

Para artis, Cao Fei dan John Baldessari memperkenalkan konsep pertama untuk Kereta Seni BMW yang ke-18 dan ke-19. Dengan matlamat untuk mengetengahkan BMW M6 GT3 bagi setiap satunya, kedua-duanya akan tampil sebaris dengan artis-artis yang hebat seperti Andy Warhol dan juga Jeff Koons.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160613/378292 )
     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160613/378293 )

Harald Krüger, Pengerusi Lembaga Pengurusan BMW AG:

"Kami berbesar hati kerana dapat menjalin kerjasama dengan dua orang artis yang paling inovatif dan berpengaruh, Cao Fei dan John Baldessari bagi mencipta dua buah Kereta Seni BMW yang baharu. Jeff Koons melaksanakan tugas yang hebat menerusi Kereta Seni terdahulu dan kami berharap dapat mencipta suatu yang lebih canggih dan menarik. Sifat ingin tahu Fei dalam semua aspek, serta ciri-ciri minimalisme John yang intuitif bakal mencipta suatu produk yang hebat untuk koleksi kami yang tiada tandingan."

 "Tema pada abad ini ialah kita menerokai 'suatu landskap yang bebas, tanpa sempadan', seperti kereta dan pesawat pandu sendiri serta realiti maya. Saya ingin memperluaskan konteks 'kereta'masa kini dan menggunakan kaedah baharu untuk mengekspresikannya."
Cao Fei

 "Ini merupakan kali pertama saya terlibat dalam satu jalinan kerjasama. Saya tidak menyediakan rekaan untuk kereta tersebut, sebaliknya saya bekerjasama dengan para pereka kereta. Saya berpendapat penggunaan titik berwarna saya adalah suatu siri yang ikonik, dan saya merasakan perlu memasukkan elemen tersebut."
John Baldessari

#18 oleh Cao Fei:  
Pameran perdana sedunia: di muzium utama, musim panas 2017
Di litar lumba: perlumbaan utama di Asia, 2017

#19 oleh John Baldessari:  
Pameran perdana sedunia: Art Basel di Pantai Miami, 30 November 2016
Di litar lumba: Daytona, Januari 2017

#BMWArtCar

http://bmwartcars.tumblr.com/

Facebook: https://www.facebook.com/BMW-Group-Culture-925330854231870/

Instagram: https://www.instagram.com/bmwgroupculture/

@BMWGroupCulture
#BMWGroupCulture

Dr Thomas Girst
Bahagian Hal Ehwal Korporat dan Antara Kerajaan BMW Group
Ketua Bahagian Hubungan Kebudayaan
Telefon: +49-89-382-24753
http://www.press.bmwgroup.com;
Emel: presse@bmw.de

Sumber: BMW Group

Source: BMW Group
Keywords: Auto Transportation