NEW YORK, 16 Jun 2016 /PRNewswire/ --
Maison Mumm dengan bangganya mengumumkan pelancaran rasmi Mumm Grand Cordon di AS, botol champagne baharu yang revolusioner. Bertepatan dengan motonya, - "Berani. Menang. Raikan." - Syarikat Champagne yang menjadi perintis industri ini dilihat sebagai penghantaran champagne paling berani yang tiada tandingan, dengan kehadiran botol baharu di Manhattan dengan gaya yang mengagumkan…
Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/uk/7860051-mumm-grand-cordon-arrives-in-the-us/
MENAKJUBKAN
Maison Mumm secara rasminya memperkenalkan botol Mumm Grand Cordon yang revolusioner di Lightbox, lokasi teknologi kreatif yang utama di New York. Botol baharu itu diperlihatkan menerusi turutan menakjubkan, yang beralih daripada filem digital kepada botol sebenar, dan turut menampilkan pelakon terkenal Kellan Lutz dan juga Pakar Membuat Wain Mumm Didier Mariotti. Maison Mumm menyediakan pengalaman yang mengasyikkan kepada orang awam yang seakan-akan pada masa sebenar Kellan Lutz mengejar masa untuk menghantar botol tersebut ke lokasi majlis. Pada turutan terakhir dalam filem tersebut, para hadirin menyaksikan Kellan Lutz menunggang motosikal dan tiba di destinasi yang dituju, serentak dengan kemunculan sebenar beliau di pintu masuk utama bersama botol tersebut dengan menunggang motosikal ke majlis tersebut untuk penghantaran champagne paling berani yang tiada tandingannya.
TERKINI
Daring Delivery itu dirakam menggunakan teknik-teknik terkini - khususnya Sudut Pandangan diri pertama - bagi mewujudkan pengalaman mengasyikkan yang mampu menarik perhatian penonton bagi menyaksikan aksi tersebut dari awal. Para penonton dibawa menyusuri perjalanan yang ditempuh oleh Kellan dan Didier, serta benar-benar merasai apa yang dirasai oleh Didier Mariotti apabila beliau membuat terjunan udara yang nekad, satu aksi yang pertama dilakukan di dunia oleh pakar membuat champagne! Begitu juga perasaan yang dirasai oleh Kellan Lutz apabila beliau menyusuri jalanraya di Manhattan dengan menunggang motosikal.
"Saya menganggap diri saya sebagai seorang yang amat berani. Saya sering mendaki permukaan batu dan menunggang motosikal. Maka, apabila Mumm meminta saya untuk mengambil bahagian dalam misi penghantaran champagne yang paling berani, saya serta merta menyahut cabaran tersebut!" kata Kellan Lutz. "Saya cenderung mencari projek-projek yang dapat mencabar diri saya agar dapat menerobos sempadan diri. Dengan itu, projek Daring Delivery ini dapat memberi saya dengan pengalaman baharu yang belum pernah saya lakukan sebelum ini, seperti aktiviti parkour di seluruh bumbung Brooklyn dan memandu bot laju menyusuri pelabuhan New York."
SAMBUTAN
Bagi meraikan peristiwa penghantaran yang hebat ini pada majlis sambutan tersebut, Syarikat ini menjemput lebih 120 VIP, termasuk supermodel Chanel Iman, DJ/model Alexandria Richards, DJ Chelsea Leyland dan atlet serta selebriti New York yang lain. Sekali lagi Maison Mumm memperhebatkan saat penghantaran ini apabila kakitangan berpura-pura ketiadaan stok champagne sehinggalah Kellan Lutz muncul pada majlis tersebut dengan membawa botol champagne. Majlis pada malam itu menunjukkan komitmen berterusan Maison Mumm terhadap saat yang tidak terduga dan mendebarkan, dengan penyertaan eksklusif DJ Chelsea Leyland, dan memperkenalkan botol paling inovatif dalam sejarah pembuatan champagne.
"Daring Delivery" yang ini dibintangi oleh Kellan Lutz kini boleh ditonton melalui YouTube, yang membolehkan penonton merasai semula cabaran penghantaran yang berani ini sendiri.
REVOLUSIONER
Mumm Grand Cordon merupakan rekaan paling inovatif dalam sejarah Maison Mumm sepanjang 189 tahun.
Memecah tradisi, botol tersebut tidak mempunyai label di hadapannya. Sebaliknya, tanda tangan G.H. Mumm dan lambang helang dicetak dengan emas pada permukaan kaca tersebut. Satu lagi ciri menarik daripada rekaan ini ialah bentuknya, yang memerlukan satu siri inovasi yang menyeluruh terhadap proses pengeluaran champagne tradisional.
Ciri yang paling menarik perhatian pada botol Mumm Grand Cordon ini ialah penafsiran semula selempang berwarna merah Cordon Rouge yang terkenal, yang meraikan ulang tahun ke-140nya tahun ini. Pada botol Mumm Grand Cordon, selempang merah tersebut diubah menjadi reben merah sebenar yang dimasukkan ke dalam kaca tersebut menggunakan teknologi terkini.
Botol Mumm Grand Cordon dicipta oleh pereka yang memenangi pelbagai anugerah, Ross Lovegrove, yang pernah berkolaborasi dengan Maison Mumm sebelum ini menerusi pedang edisi terhad.
PERINTIS
Melalui pelancaran botol baharu yang berani ini, Maison Mumm bersedia untuk mendapatkan semula kedudukannya sebagai peneraju pasaran AS pada tahun 1980-an. Syarikat ini merupakan perintis bagi champagne di Amerika Utara dan penghantaran pertama dibuat pada tahun 1830, hanya tiga tahun setelah syarikat ini diasaskan. Pada tahun 1881, label Cordon Rouge, berserta selempang berwarna merah yang menyerong, didaftarkan di New York, manakala pada tahun 1900, Syarikat ini melancarkan slogan iklannya yang terkenal "Mumm's the Word". Ia menempa kejayaan yang hebat, sehingga menjelang tahun 1913, Mumm menjual satu juta botol champagne di AS - satu jumlah yang mengagumkan.
Untuk menghidupkan kembali pengembaraan Daring Delivery ini: https://youtu.be/IKG2TQ5i2LI