omniture

Dream Hotel Pilih Doha, Qatar dan Umumkan Pelan Pembesaran Enam Hotel di Lokasi Baharu

Dream Hotel Group
2016-06-16 08:07 649

Dream akan Buka Hotel di Nashville, Dallas, Palm Springs, Times Square, Long Island City dan Doha, Qatar

NEW YORK, 16 Jun 2016 /PRNewswire/ -- Sebuah jenama dan syarikat pengurusan hotel tenama, Dream Hotel Group LLC, membangunkan hotel pertama mereka di Timur Tengah bersama-sama Al Alfia Holding yang berpangkalan di Qatar untuk membangunkan Dream Hotel di Doha, ibu negeri Qatar.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160613/378677
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160603/375219LOGO

Bagi mengakhiri hari bersejarah ini, Dream Hotel Group mengambil peluang tersebut untuk mengumumkan sebuah pembangunan hotel baharu bernilai $1.5 bilion, termasuklah di Doha dan lima lokasi yang lain, bersama-sama rakan kongsi bebas pembangun hotel. Lokasi di A.S yang masih dalam perancangan adalah di Nashville, Dallas, Palm Springs, dan dua di bandaraya New York iaitu di Times Square dan Long Island City.

"Kami teruja bahawa jenama perhotelan Dream, yang terkenal dengan tawaran aktiviti malam dan makanan yang menarik, telah masyur di serata tempat," kata Ketua Pegawai Eksekutif Dream Hotel Group, Jay Stein. "Enam pembangunan baharu ini melipatgandakan kehadiran jenama kami dan memberi peluang kepada para tetamu kami menerokai diri mereka sendiri."

Lokasi-lokasi yang diumumkan itu menandakan satu lembaran baharu dalam Dream Hotel. Sebagai jenama yang membolehkan tetamu merasai gaya hidup mewah, falsafah itu telah meletakkan mereka sebagai penginovasi dalam sektor hospitaliti. Dream Hotel kini berada di landasan yang betul dan akan membuka lima hotel di bandar-bandar utama A.S. menjelang 2019 di samping pembukaan sebuah hotel di Doha, Qatar, yang merupakan hotel pertama Dream Hotel di Timur Tengah.

"Kami akan mengumumkan beberapa hartanah baharu beberapa bulan lagi untuk terus mengukuhkan portfolio kami," tambah Stein. "Peluasan kami ini adalah satu manifestasi kesungguhan pasukan Dream saban hari untuk membawakan pengalaman yang beraneka kepada tetamu kami."

"Kami sentiasa yakin terhadap jenama Dream dan berasa teruja melihat ramai rakan pembangun kami yang turut sama mempercayainya lantas merealisasikan impian kami bersama," ujar David Kuperberg, Ketua Pegawai Pembangunan, Dream Hotel Group.

Pengumuman itu dibuat sejurus Dream Hollywod, hasil rekaan David Rockwell yang dinanti-nantikan, diuar-uarkan bakal beroperasi pada musim luruh ini di 6417 Selma Ave, persimpangan Selma Avenue dan N. Cahuenga Boulevard di tengah-tengah kota Hollywood.

Dream Hollywood dijangka akan memacu pertumbuhan semula Hollywood.  Hotel ini menyediakan 179 bilik dan suit, lima restoren dan lokasi hiburan malam yang terletak dalam kawasan ataupun berhampiran dengan hotel, serta kawasan lapang di atas bumbung hotel seluas 11,000 kaki persegi. Dibangunkan oleh FC Development dengan kerjasama Dream Hotel Group, hotel itu dijangka akan mula beroperasi pada September 2016.

Dream Nashville yang memiliki 169 bilik akan dibangunkan di tengah-tengah tapak bersejarah bandar Nashville. Hotel yang direka oleh Meyer Davis itu dijangka beroperasi pada pertengahan 2018 dan dibangunkan oleh pembangun tempatan, 4PANT LLC yang diterajui oleh Royal Investment and City Development dengan kerjasama Dream Hotel Group.

Akan mula beroperasi pada separuh tahun terakhir 2018, Dream Dallas merupakan satu pembangunan 260 bilik Dream Hotel Group.

Dijangka mula dibuka pada 2018, Dream Palm Springs akan menyediakan 175 bilik dan akan dibangunkan oleh Praetor Investments/Selene Developments dengan kerjasama Dream Hotel Group.

Pembukaan hotel pertama daripada dua perancangan hotel di New York, Dream Times Square akan dibuka pada separuh kedua 2018. Dengan bantuan pereka Meyer Davis, hartanah 239 bilik itu letaknya di destinasi hiburan ikonik bandaraya New York. Ia akan dibangunkan oleh SoHo Properties dengan kerjasama Dream Hotel Group.

Dream Long Island City bakal menyaksikan kemunculan hotel gaya hidup syarikat di daerah Queens Borough yang kurang menerima tempias pembangunan. Ia akan menyertai dua lagi hartanah Dream Hotel di Midtown dan Downtown. Hotel dengan 254 bilik itu dijangka akan beroperasi pada 201, dibangunkan oleh Barone Management dengan kerjasama Dream Hotel Group. Hotel di Times Square dan Long Island City akan menggandakan kehadiran Dream Hotels di New York menjadikan jumlahnya sebanyak empat buah di bandaraya tersebut.

Dream Doha, satu projek pembangunan bersama Al Alfia Holding dengan rekaan Meyer Davis, akan dibuka akhir 2019. Hotel 325 bilik dengan sembilan lokasi jamu selera dan hiburan malam, adalah hotel pertama di Timur Tengah buat jenama itu dan merupakan satu langkah peluasan yang signifikan kepada mereka. Selain Drem Phuket Hotel & Spa dan Dream Bangkok di Thailand, Dream Doha adalah hartanah antarabangsa ketiga kumpulan itu.

Ditubuhkan pada 2004, teras Dream Hotel adalah untuk memberi peluang kepada seseorang untuk menerokai sisi lain diri sendiri dengan menyediakan satu lokasi untuk mereka berbuat demikian. Dengan asas yang kukuh dalam menyediakan satu pengalaman menginap bertaraf tinggi kepada pelawatnya, setiap hartanah mempunyai kemudahan yang terbaik, perkhidmatan yang cemerlang dan teliti, tawaran hiburan malam yang terbaik, dan suasana yang unik hasil asimilasi hotel dengan aura persekitaran daripada bandar-bandar terbaik dunia. Bukan sekadar menyediakan tempat tidur untuk anda melabuhkan kepala semalam dua, Dream Hotels menawarkan pengenalan kepada diri anda yang lain.  Penciptaan persona baharu bagi semua yang menginap di hartanah mereka, pengunjung Dream Hotels melangkaui sempadan jangkaan mereka terhadap penginapan hotel.  Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau menempah penginapan anda, sila layari www.dreamhotels.com.

Tentang Dream Hotel Group
Dream Hotel Group adalah satu jenama dan syarikat pengurusan hotel yang memiliki 30 tahun pengalaman menguruskan hartanah dalam persekitaran perhotelan paling sengit di dunia. Mengelolakan jenama Dream Hotels, Time Hotels, The Chatwal dan Uncripted Hotels, Dream Hotel Group merangkumi tiga bidang perniagaan: Jenama Proprietari, Pengurusan Hotel dan Restoran, dan Hiburan Malam. Syarikat ini komited kepada falsafah pengalaman rekaan, perkhidmatan dan pengalaman tetamu yang berpandangan ke hadapan patu disediakan di seluruh segmen pasaran. Dream Hotel Group memberikan penumpuan dalam menawarkan pelawatnya satu keterhubungan yang unik dengan destinasi yang mereka pilih melalui pendekatan yang asli.

Selepas timbang tara menyeluruh, dan demi memanfaatkan jenama antarabangsa Dream Hotel, Syarikat itu berkeputusan untuk meninggalkan nama Hampshire Hotels Management dan Debut Hotel Group. Perubahan kepada Dream Hotel Group akan membolehkan mereka menggunakan aset paling terkenal syarikat itu untuk meningkatkan  kesedaran dalam kalangan tetamu, pemilik hotel, dan pembangun hotel terhadap mereka. www.dreamhotelgroup.com

Source: Dream Hotel Group
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Corporate Expansion