Aplikasi Pengalaman Balai Cerap Percuma, Inovatif dengan Wi-Fi Percuma Kini Tersedia
NEW YORK, 16 Jun 2016 /PRNewswire/ -- Balai Cerap Bangunan Empire State (ESB) hari ini mengumumkan pelancaran Aplikasi Pengalaman Balai Cerap Bangunan Empire State rasminya, yang dapat memberi panduan kepada pengunjung melalui pameran luar biasa ikon dan paparan berserta maklumat tambahan yang terperinci berkaitan sejarah bangunan tersebut. Dicipta oleh peneraju industri Antenna International, aplikasi percuma ini disediakan melalui Apple Store serta Google Play dan bakal menggantikan jelajah multimedia yang memerlukan peranti dan panduan kendiri yang sebelum ini diberikan buat setiap tetamu apabila memasuki Bangunan Paling Terkenal di Dunia ini.
Ketika pengunjung menerokai bangunan tersebut, aplikasi ini dicipta agar dapat menjamin penglibatan pengunjung dalam seluruh pengalaman mereka ini, dengan menjadi pendamping audio dan video bagi empat kawasan khusus: Pameran Kelestarian, Pameran "Dare to Dream" berkaitan sejarah dan pembinaan bangunan tersebut selain Balai Cerap tingkat ke-86 dan ke-102 yang terkenal di dunia ini. Selain itu, video, galeri foto, kuiz dan bahagian "Maklumat" berserta peta yang menunjukkan lokasi menarik, dapat memberi pas masuk ke seluruh ESB kepada pengguna, serta kedudukannya dalam budaya pop dan dunia. Aplikasi tersebut disediakan dalam bahasa Inggeris, bahasa Sepanyol, bahasa Perancis, bahasa Itali, bahasa Mandarin, bahasa Portugis, bahasa Jepun, bahasa Korea dan juga bahasa Jerman.
"Kami berusaha meluaskan pengalaman yang sudah pastinya tidak boleh dilupakan ketika mengunjungi Balai Cerap kami yang terkenal di dunia ini dengan menawarkan akses kepada jelajah melalui audio menerusi peranti peribadi dan juga Wi-Fi percuma kepada berjuta-juta pengunjung dari serata dunia," kata Anthony E. Malkin, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT).
Pengunjung dapat memuat turun aplikasi tersebut sebelum mengadakan lawatan, atau hubungkan kepada Wi-Fi percuma ketika mula menerokai Bangunan Empire State. Untuk membuat pembelian tiket secara dalam talian sebelum mengunjungi ESB, layari http://www.esbnyc.com/buy_tickets.asp.
Latar Belakang Bangunan Empire State
Tersergam setinggi 1,454 kaki di Midtown Manhattan (dari tapak ke antena), Bangunan Empire State, yang dimiliki oleh Empire State Realty Trust, Inc., merupakan "Bangunan Paling Terkenal di Dunia." Dengan pelaburan baharu dalam kecekapan tenaga, prasarana, kawasan dan kemudahan awam, Bangunan Empire State telah menarik penyewa kelas pertama daripada pelbagai industri di seluruh dunia. Teknologi penyiaran bangunan pencakar langit yang mantap menyokong semua stesen televisyen dan radio FM utama dalam pasaran metropolitan New York. Bangunan Empire State diiktiraf sebagai bangunan kegemaran Amerika dalam satu kaji selidik yang dijalankan oleh Institut Arkitek Amerika, manakala Balai Cerap Bangunan Empire State merupakan salah satu daripada tarikan paling digemari di dunia dan sebagai destinasi pelancongan nombor 1 di rantau itu. Untuk maklumat lanjut tentang Bangunan Empire State, sila lawati www.empirestatebuilding.com, www.facebook.com/empirestatebuilding, @EmpireStateBldg, www.instagram.com/empirestatebldg, http://weibo.com/empirestatebuilding, www.youtube.com/esbnyc atau www.pinterest.com/empirestatebldg/.
Latar Belakang Empire State Realty Trust
Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT), dana pelaburan harta tanah (REIT) yang terkemuka memiliki, mengurus, mengendalikan, mengambil alih, dan menetapkan semula kedudukan harta tanah pejabat dan perniagaan di Manhattan dan kawasan metropolitan besar New York, termasuk Bangunan Empire State, bangunan paling terkenal di dunia. Beribu pejabat di New York, New York, portfolio pejabat dan perniagaan Syarikat itu meliputi 10.1 juta kaki persegi ruang boleh sewa, setakat 31 Disember 2015, terdiri daripada 9.4 juta kaki persegi ruang boleh sewa bagi 14 harta tanah pejabat, termasuk sembilan di Manhattan, tiga di Fairfield County, Connecticut dan dua di Westchester County, New York; serta kira-kira 723,000 kaki persegi ruang boleh sewa bagi portfolio perniagaan runcit.
Kenyataan Jangkaan
Siaran media ini mengandungi "kenyataan jangkaan". Kenyataan jangkaan boleh dikenal pasti dengan penggunaan perkataan seperti "percaya", "menjangka", "mungkin", "bakal", "patut", "ingin", "kira-kira", "berniat", "merancang", "pro forma", " menganggarkan", "mempertimbangkan", "menyasarkan", "terus", "akan" atau "menjangkakan" atau maksud berlawanan bagi semua perkataan dan frasa ini atau perkataan atau frasa yang serupa. Faktor-faktor berikut, antara lainnya, boleh menyebabkan keputusan sebenar dan kejadian masa hadapan berbeza dengan ketara daripada yang dinyatakan atau dipertimbangkan dalam kenyataan jangkaan itu: faktor-faktor ini terkandung dalam (i) Laporan Tahunan Syarikat dalam Borang 10-K bagi tahun berakhir 31 Disember 2015, termasuk yang dinyatakan di bawah tajuk "Faktor Risiko," "Perbincangan dan Analisis Pengurusan tentang Keadaan Kewangan dan Keputusan Operasi," "Perniagaan," dan "Harta Tanah" dan (ii) laporan berkala masa depan yang difailkan oleh Syarikat di bawah Akta Sekuriti dan Pertukaran 1934, seperti yang dipinda. Walaupun kenyataan jangkaan mencerminkan kepercayaan dan keyakinan Syarikat, ia tidak menjamin sebarang prestasi masa depan. Syarikat menafikan sebarang tanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula secara umum mana-mana kenyataan jangkaan bagi mencerminkan perubahan dalam andaian atau faktor-faktor tersirat, atau maklumat, data atau kaedah baharu, kejadian masa depan atau perubahan lain selepas tarikh siaran media ini, kecuali jika diwajibkan oleh undang-undang. Bagi perbincangan lanjut tentang hal ini dan faktor-faktor lain yang boleh memberi kesan kepada keputusan, prestasi, atau urus niaga masa depan Syarikat, lihat seksyen bertajuk "Faktor Risiko" dalam Laporan Tahunan Syarikat pada Borang 10-K bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 dan risiko-risiko lain yang dijelaskan dalam dokumen yang difailkan selepas itu oleh Syarikat dari semasa ke semasa dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran. Bakal pelabur tidak seharusnya terlalu bergantung kepada mana-mana kenyataan jangkaan, yang dibuat hanya berdasarkan maklumat sedia ada pada Syarikat (atau kepada pihak ketiga yang membuat kenyataan jangkaan itu).