omniture

Torchlight ll Versi Asia akan dilancarkan di Asia Pasifik

Beijing Perfect World Network Technology Co., Ltd.
2013-02-26 14:23 223

BEIJING, 26 Februari 2013 /PRNewswire/ -- Versi Asia bagi Torchlight ll  yang telah dikaji dan dibangunkan oleh anak syarikat Perfect World iaitu Runic Games, akan dilancarkan tidak lama lagi.

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2009/04/16/200904161852.jpg )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130224/CN64691  )

Torchlight ll merupakan antara permainan aksi PRG berbayar yang dibangunkan oleh Runic Games, iaitu anak syarikat kepada Perfect World. Sebagai sebahagian daripada siri permainan Torchlight, Torchlight ll bukan sahaja mengekalkan gaya yang unik serta aksi-aksi yang penuh menarik seperti sebelumnya, malah ia juga telah mengembangkan jejak global permainannya dan menambahkan sedikit sebanyak fungsi-fungsi baru, termasuklah bermain secara berkumpulan menerusi web atau LAN. Rekaan yang kreatif Torchlight ll terdiri daripada raksasa dan harta karun, peluang untuk mendapatkan pelbagai set kemahiran yang lebih besar dan luas, serta elemen novel yang dialami secara rawak, sememangnya telah meluaskan alam semesta kumpulan pemain.

Torchlight ll telah mendapat sambutan yang amat baik daripada pemain di seluruh Amerika Utara sejak pelancarannya di wilayah itu. Sejurus selepas pelancaran, Torchlight ll telah dipilih sebagai "Permainan Lakon Peranan Terbaik Tahunan" dalam kedudukan permainan PC terbaik 2012 yang diadakan oleh lembaga media Amerika Syarikat, IGN.

Perfect World dan Runic Games akan merasmikan pelancaran Torchlight ll versi Asia, termasuklah versi-versi dalam Cina tradisional, Cina dan Jepun mudah, dan dalam masa terdekat, elemen-elemen lain akan diperkembangkan lagi alam semesta para pemain yang akan berpeluang menikmati keseronokan permainan ini. Versi-versi tersebut akan dikeluarkan oleh subsidiari dan rakan-rakan kongsi Perfect World di seluruh Asia.

Dalam masa yang sama, Torchlight ll versi Asia ini akan memasukkan kandungan yang baru dan menarik untuk dijadikan sebahagian daripada pek pengumpul. Apabila permainan ini berada dalam talian secara rasmi, pek pengumpul global terhad sudah pastinya memberi keseronokan yang lebih kepada para pemain. Tentera baru pemain yang dijangka akan dimasukkan ke dalam versi Asia akan menambahkan populariti permainan ini. Kami yakin bahawa Torchlight ll tidak akan menghampakan kami dalam membuktikan nilai pasaran yang cemerlang.

SUMBER :  Beijing Perfect World Co., Ltd.

Source: Beijing Perfect World Network Technology Co., Ltd.
Keywords: Banking/Financial Service Entertainment Gambling/Casinos Internet Technology New products/services