SAO PAULO, 17 Jun 2016 /PRNewswire/ -- Pada tahun 2011, Aberje - Brazilian Association for Business Communication melancarkan bahan terbitan global pertama berkaitan Komunikasi Korporat Brazil, BRpr magazine. Lima tahun kemudian, projek tersebut telah dirombak dan kini dikenali sebagai surat berita BRpr.
Surat berita tersebut menghebahkan usaha-usaha yang berkaitan dengan bidang komunikasi yang dilaksanakan di Brazil, dan pada masa yang sama memberikan ruang dialog dan pendedahan antarabangsa untuk para penulis. BRpr ialah satu usaha oleh sektor komunikasi perniagaan Brazil bagi menyumbang kepada komuniti korporat antarabangsa.
BRpr #2, yang dilancarkan pada bulan Mei, menyediakan wawancara eksklusif bersama Roger Bolton, presiden Persatuan Arthur W. Page, iaitu salah satu persatuan komunikasi paling berprestij di dunia. Beliau membincangkan tentang projek terkini yang dibangunkan oleh persatuan tersebut, The New CCO Report, satu kajian tentang peranan dan kemahiran baharu yang amat diperlukan oleh para eksekutif bidang komunikasi.
Surat berita tersebut turut mengetengahkan perjanjian yang dimeterai antara Aberje dan agensi global PR Newswire, yang akan menggalakkan penyuaraan pandangan daripada sektor komunikasi perniagaan Brazil, serta mendedahkan tentang amalan terbaik dan juga inovasi industri yang dilakukan oleh mereka kepada khalayak global. Edisi tersebut juga turut melaporkan berita tentang syarikat-syarikat bersekutu Aberje, Ernst & Young dan Burson-Marsteller.
Edisi #3 dijangka akan disiarkan pada akhir Jun ini.
Untuk melanggan surat berita BRpr, sila klik di sini.
Latar Belakang Aberje – Aberje Brazilian Association for Business Communication merupakan pusat rujukan utama negara bagi pengeluaran dan penyebaran ilmu pengetahuan serta amalan berkaitan Komunikasi. Aberje diasaskan pada 8 Oktober 1967, dan merupakan sebuah pertubuhan bukan untung yang profesional dan saintifik, bermatlamat untuk mengukuhkan komunikasi perniagaan dan meningkatkan peranan golongan profesional. Tunjang utamanya melibatkan Sokongan, Kandungan, Pendidikan dan juga Kerjaya. Pertubuhan ini mempunyai seramai lebih 500 anggota (syarikat dan golongan profesional) yang melaksanakan aktiviti Komunikasi Korporat dan Organisasi atau menyumbang secara langsung atau tidak langsung ke arah matlamat ini. Aberje beroperasi di seluruh dunia menerusi projek-projek usaha sama dan pertukaran dengan negara-negara seperti AS, Kanada, UK, Perancis, Sepanyol, Portugal, Jerman, Itali, India, Mexico, Argentina, Chile, Colombia dan Peru, serta memainkan peranan sebagai Kumpulan Pemikir untuk Komunikasi Korporat Brazil.
Maklumat untuk dihubungi:
Tato Carbonaro
Hal Ehwal Awam dan Perhubungan Antarabangsa
+55 11 5627-9090 – samb. 824
tatocarbonaro@aberje.com.br