omniture

Perintis Perlindungan Aplikasi Mudah Alih, V-Key, Lantik Dua Eksekutif Tertinggi, Richard Trovato dan Matt Rose

V-Key Inc.
2013-02-26 15:18 233

SAN FRANCISCO, 26 Februari 2013 /PRNewswire/ --

Eksekutif dengan rekod prestasi yang terbukti cemerlang seperti Richard Trovato dan Matt Rose menjadi kunci utama kejayaan di saat V-Key bersiap sedia menghadapi perkembangan pesat pada 2013.


V-Key Inc., perintis dan pencipta perlindungan dan perisikan pencerobohan aplikasi mudah alih hari ini mengumumkan Richard Trovato dan Matt Rose telah menyertai Syarikat ini, masing-masing sebagai Naib Presiden Kanan Jualan dan Naib Presiden Penyelesaian Mudah Alih.  Pelantikan baru Trovato dan Rose tepat pada waktu V-Key mendapat perhatian di Persidangan RSA di San Francisco pada minggu ini (February 26-March 1) dan memulakan pertumbuhan pesat bagi tahun 2013.

"Membariskan eksekutif peringkat tertinggi yang berorientasikan hasil seperti Richard dan Matt akan membantu kami dalam memenuhi permintaan dunia dalam menyediakan keselamatan peranti mudah alih yang lebih baik," kata Benjamin Mah, Ketua Pegawai Eksekutif V-Key.  "Kedua-dua mereka membawa bersama-sama gedung pengalaman dan visi strategik kepada pasukan kepimpinan kami.  Rekod prestasi mereka yang telah terbukti dalam pasaran keselamatan mudah alih termaju ini akan memberi nilai di saat syarikat ini bergerak ke arah perlaksanaan matlamatnya."

Trovato membawa masuk pengalaman beliau selama dua dekad dalam bidang perisian ke dalam V-Key.  Sebelum menyertai V-Key, Trovato adalah Naib Presiden Operasi Lapangan Seluruh Dunia bagi Fortify Software dan merupakan penyumbang terbesar bagi kejayaan dan pertumbuhan syarikat tersebut sejak dari penubuhannya sehinggalah menjadi peneraju pasaran keselamatan aplikasi.  Beliau mengetuai pasukan jualan dalam banyak syarikat baru yang kemudiannya dibeli oleh nama besar industri seperti Hewlett-Packard atau menawarkan Saham Terbitan Awam Baru (IPO).

"Saya yakin bahawa saya menyertai sebuah syarikat yang mempunyai pasukan yang hebat, serta teknologi inovatif dan pasaran seluruh dunia sangat memerlukan penyelesaian keselamatannya yang unik," kata Trovato.

Rose membawa bersamanya 14 tahun pengalaman dalam memastikan aplikasi organisasi-organisasi selamat.  Beliau memegang teraju kepimpinan teknikal dalam syarikat-syarikat yang pesat berkembang, Fortify Software, Plumtree Software dan Highground Software yang kesemuanya berjaya diperoleh oleh peneraju industri seperti Hewlett-Packard, BEA dan Sun Microsystems.

"Memastikan keselamatan aplikasi kepada syarikat-syarikat adalah asas kerjaya saya.  Apabila saya mengetahui pendekatan V-Key dalam keselamatan aplikasi mudah alih, saya tahu bahawa inilah tempat saya," ujar Rose.  "Saya amat berbesar hati menjadi sebahagian daripada syarikat yang hebat ini."

V-Key menumpukan kepada penyelesaian kajian ancaman, perlindungan dan perisikan aplikasi mudah alih.  V-Key mengkaji ancaman mudah alih yang terkini dan memberikan perlindungan awal dalam menangani lanskap ancaman aplikasi mudah alih yang berkembang, dikuasakan dengan perisian tengah  keselamatan mudah alih V-OS yang menanti kelulusan paten dan produk suit V-Guard.  Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.v-key.com.

Hubungi:

Robin Trovato
+1-617-543-8600
robin.trovato@v-key.com

SUMBER:  V-Key Inc.

Source: V-Key Inc.
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Wireless Communications Personnel announcements