omniture

KEYMILE Perkenal Kad Keselamatan Baharu, Dibangunkan daripada Peringkat Awal untuk Komunikasi Misi Kritikal yang Mencabar

KEYMILE
2016-06-17 15:23 673

HANNOVER, Jerman, 17 Jun 2016 /PRNewswire/ --

Penyelesaian keselamatan KEYMILE meninggikan standard penyediaan keselamatan penyulitan data dan sistem yang utama secara serentak, di samping menjamin tahap ketersediaan yang tinggi bagi komunikasi kritikal yang ketat dan keperluan terhadap ketepatan masa

KEYMILE, penyedia penyelesaian terkemuka bagi komunikasi misi kritikal, melancarkan kad penyulitan baharu SECU1, untuk platform akses dan penghantaran XMC20 yang menyediakan pelbagai perkhidmatan. Penyelesaian ini adalah unik dalam menyediakan teknologi penyulitan yang amat selamat dan menyeluruh untuk rangkaian misi kritikal, di samping terus mengekalkan tahap ketersediaan data yang amat tinggi yang diperlukan oleh infrastruktur tersebut. Penyulitan tercanggih ini adalah berasaskan kekunci yang dihasilkan oleh penjana nombor rawak kuantum menerusi perkakasan bagi menyediakan jaminan tertinggi.

 Penyelesaian baharu daripada KEYMILE ini disasarkan untuk rangkaian misi kritikal milik utiliti tenaga, saluran paip gas dan minyak, syarikat-syarikat kereta api dan pihak berkuasa seperti polis, kawalan trafik udara serta pertahanan. Teknologi penyulitan yang digunakan memainkan peranan penting dalam menjamin tahap keselamatan. Kekunci penyulitan juga dihasilkan oleh penjana nombor rawak kuantum (QRNG) yang memanfaatkan keadaan foton kuantum rawak yang sebenar, bagi memastikan ia dapat menjana nombor yang benar-benar rawak dan unik.

Platform akses dan penghantaran XMC20 daripada KEYMILE yang hibrid dan menyediakan pelbagai perkhidmatan membolehkan syarikat-syarikat dan pihak berkuasa mengendalikan rangkaian berasaskan SDH/PDH dan paket secara selamat menerusi satu nod rangkaian. Platform XMC20 lebih menyerlah hasil daripada kaedah pengendalian tanpa kipasnya dan cukup ideal untuk keadaan persekitaran yang sukar. Apabila digabungkan dengan penyelesaian baharu ini, ia dapat menawarkan kaedah penyulitan andal, yang tidak memberi kesan terhadap tahap ketersediaan rangkaian misi kritikal yang unggul. Penghasilan kekunci secara berpusat dan teragih menjamin pengagihan kekunci yang boleh dipercayai dan dilindungi. Tiada satu titik kegagalan yang wujud dan kesemua nod boleh berkomunikasi dengan selamat antara satu sama lain. Pendekatan Penyulitan Kekal KEYMILE ini dapat mengelakkan pembentukan rangkaian yang terpisah.

Penyelesaian KEYMILE dapat mengekodkan data hujung-ke-hujung dalam rangkaian penghantaran MPLS-TP berasaskan paket. Kesemua trafik rangkaian dikodkan secara natif di dalam kad pada lapisan 2. Hasil daripada kesannya yang rendah terhadap prestasi rangkaian, penyelesaian ini dapat memenuhi salah satu daripada permintaan penting dalam sistem misi kritikal, iaitu tahap ketersediaan data.

Kad penyulitan ini menggunakan FPGA yang boleh diprogramkan, seraya dapat mencapai tahap kefleksibelan tertinggi semasa beroperasi. Penyelesaian ini dapat disesuaikan dengan mudah mengikut sebarang perubahan pada masa depan. Justeru itu, ia juga merupakan satu pelaburan penting bagi tempoh jangka panjang.

Pengendali rangkaian misi kritikal dapat mengintegrasikan kad tersebut dengan mudah dan menjimatkan kos ke dalam rangkaian masing-masing. Kad tersebut dimasukkan ke dalam slot yang tersedia pada subrack dan dihubungkan kepada papan utama. Sebarang penstrukturan semula pada rangkaian atau perubahan pada bahagian peralatan terminal lain tidak perlu dibuat. Pada papan tersebut, kad yang dimasukkan itu direka agar tidak berfungsi. Setiap kad mempunyai dua unit penyulitan bebas, termasuk bekalan kuasa dan penjana nombor rawak kuantum berasaskan perkakasan. Selain itu, kad tersebut terpelihara daripada sebarang gangguan.

KEYMILE melaksanakan konsep keselamatan untuk kad penyulitan yang boleh diperiksa pada bila-bila masa dan mampu memenuhi keperluan yang tinggi dari segi integriti, kerahsiaan dan pengesahan data. Kad ini dibangunkan oleh anggota keselamatan di Jerman dan Switzerland, serta dihasilkan di Jerman. Dengan itu, KEYMILE dapat menyediakan penyelesaian kemasukan bebas, atau dengan kata lain, penyelesaian tanpa opsyen akses yang disembunyikan. KEYMILE membolehkan kos sumber diperiksa ketika diminta. Selain itu, syarikat tersebut juga kini sedang dinilai mengikut standard ISO 27001.

Kad penyulitan keselamatan baharu ini akan disediakan pada suku ketiga tahun ini.

Maklumat perhubungan media:
KEYMILE GmbH
Marion Bauman
marion.baumann@keymile.com

PR-COM GmbH
Hanna Greve
hanna.greve@pr-com.de
+49-89-599-977-56

Source: KEYMILE
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Telecommunications New products/services