NEW YORK, 18 Jun 2016 /PRNewswire/ -- Syarikat induk The Wall Street Journal, Dow Jones & Company, Inc. dan News Corp., telah menerima surat saman pada minggu ini dalam suit libel yang difailkan oleh seorang ahli politik berjawatan tinggi, Diosdado Cabello-Rondón, yang mendakwa beliau difitnah dalam artikel bertarikh 18 April yang mengaitkan beliau dengan penyeludupan dadah dan pengubahan wang.
Cabello, naib presiden kerajaan memerintah, United Socialist Party of Venezuela dan penyandang jawatan presiden sementara semasa peristiwa cubaan penggulingan kerajaan pada 2002, merujuk kepada artikel yang bertajuk, "Venezuelan Officials Suspected of Turning Country into Global Cocaine Hub," (Pegawai Venezuala Disyaki Menjadikan Negara Hab Kokain Global), menggunakan sumber maklumat tanpa nama yang menyatakan beliau menjadi "sasaran utama" dalam satu siasatan Jabatan Kehakiman A.S. berkenaan penyeludupan dadah dan penggubahan wang. Suit itu juga menyatakan dakwaan yang mengaitkan beliau dengan satu penyeludupan besar kokain daripada semenanjung Paraguaná, Venezuela adalah tidak benar dan memalukan.
"Pihak defendan tidak memperoleh apa-apa maklumat tentang penglibatan En. Cabello dalam penyeludupan tersebut daripada pihak yang terlibat dalam siasatan rasmi," kata Elio Perez, peguam Cabello.
Selain itu, kata Perez, artikel The Wall Street Journal, dengan tajuk "U.S. probe targets No. 2 official Diosdado Cabello, several others, on suspicion of drug trafficking and money laundering," ( Siasatan AS sasar Naib Presiden Diosdado Cabello, beberapa yang lain, disyaki terlibat dalam penyeludupan dadah dan pengubahan wang) telah mewujudkan "tsunami" cetakan semula dakwaan itu oleh pelbagai penerbitan di A.S. dan antarabangsa.
"En. Cabello adalah seorang ahli politik yang disegani dan seorang peneraju ketenteraan yang telah berjasa pada rakyatnya sejak sekian lama," kata Perez. "Dakwaan penglibatan beliau dalam jenayah serius adalah salah, tidak bertanggungjawab, dan merosakkan imej beliau dalam kerjayanya sebagai seorang pegawai kerajaan."
Saman itu mendakwa bahawa Dow Jones dan News Corp. membuat kenyataan palsu dengan niat jahat, "sedar akan kenyataan itu adalah tidak benar atau mengabaikan sama ada ia benar atau tidak." Ia juga menyatakan bahawa kenyataan tidak benar yamg disengajakan itu tidak mengaitkan peranan rasmi Cabello dalam kerajaan Venezuela dan akan dianggap "sekurang-kurangnya kecuaian. "