omniture

Omnicom Media Group Mendahului Senarai Pemenang Piala Media Lion

Omnicom Media Group
2016-06-25 01:43 537

Gabungan Kemenangan OMD dan PHD Berjumlah 15 Piala Lion

OMD Merupakan Agensi Paling Banyak Menerima Anugerah bagi Kategori tersebut 

CANNES, Perancis, 25 Jun 2016 /PRNewswire/ -- Buat kali keempat dalam tempoh lima tahun, Omnicom Media Group (OMG), divisyen perkhidmatan media Omnicom Group Inc. (NYSE: OMC), mendahului senarai pemenang bagi syarikat induk agensi media sempena Festival Kreativiti Cannes, dengan agensi OMD dan PHDnya berjaya membawa pulang sejumlah 15 Piala Media Lion.

OMD merupakan rangkaian agensi paling banyak meraih anugerah bagi kategori tersebut, yang berjumlah 11 Piala Media Lion, iaitu satu piala emas, tiga piala perak dan enam piala gangsa; OMD juga merupakan rakan penting bagi pemenang Grand Prix dalam kategori PR, Keberkesanan Kreatif dan Mudah Alih. PHD merangkul satu piala emas, satu piala perak dan dua piala gangsa Media Lion.

Gabungan prestasi antara OMD dan PHD melonjakkan kedudukan Omnicom Media Group dalam senarai teratas kategori tersebut, memenangi lebih dua kali ganda Piala Media Lion berbanding syarikat induk media kedua yang paling banyak menerima anugerah.

Kejayaan OMD Merentasi Dunia dan Kategori
11 Piala Media Lion yang diraih oleh OMD dianugerahkan hasil usaha yang ditunjukkan merentasi spektrum kategori pelanggan yang luas, termasuk automotif, CPG, perkhidmatan kewangan, media, runcit, barangan sukan, serta teknologi dan dikemukakan oleh agensi-agensi OMD di seluruh dunia. Agensi, pelanggan dan kempen yang berjaya termasuk:

  • PIALA EMAS LION
    • OMD Republik Dominican – kempen "Ending the Silence" untuk La Sirena
  • PIALA PERAK LION
    • OMD UK -  kempen "Humans" untuk Channel 4 (2)
    • OMD Republik Dominican – kempen "Ending the Silence" untuk La Sirena
  • PIALA GANGSA LION
    • OMD Itali – "Business Booster" untuk Renault
    • OMD Sweden – kempen "Slow Down GPS" untuk IF Insurance
    • OMD UAE – kempen "Champions Huack"  untuk Go Sport
    • OMD UAE – "I Can Teach You Too" untuk Dubai Cares
    • OMD UK –  kempen "Hunted" untuk Channel 4
    • OMD UK – "Campaign to Combat Loneliness" untuk John Lewis 
    • OMD AS – "Intel Winter Games" untuk Intel

Kemenangan Unggul oleh Agensi PHD APAC
Tiga daripada empat kemenangan PHD diraih oleh agensi-agensi APAC, termasuk Piala Emas Media Lion dirangkul oleh PHD New Zealand bagi kempen DB Breweries "Brewtroleum"; Piala Gangsa dimenangi oleh PHD Australia bagi kempen " Smart Girls – Equal Future" oleh Kumpulan Perbankan Australia dan New Zealand; manakala Piala Gangsa dimenangi oleh PHD India bagi kempen "Lo Kar Lo Bat" oleh Unilever Hindustan. PHD UK membawa pulang Piala Perak Lion Media bagi kempen "Sharing the Gift of Reading at Christmas" untuk Sainsbury.

"Kemenangan dari segi skala dan skop Omnicom Media Group sempena Festival Cannes tahun ini membuktikan tumpuan berterusan terhadap kecemerlangan, inovasi dan bakat sentiasa membuahkan hasil," kata Daryl Simm, Ketua Pegawai Eksekutif Omnicom Media Group Worldwide, "bukan sahaja dari segi pengiktirafan oleh industri, malah paling utama, mampu mendorong pertumbuhan perniagaan pelanggan kami."

Latar Belakang Omnicom Media Group
Omnicom Media Group (OMG) ialah satu divisyen perkhidmatan media Omnicom Group Inc. (NYSE: OMC), sebuah syarikat pengiklanan, pemasaran dan komunikasi korporat yang terkemuka di dunia, yang menyediakan perkhidmatan untuk lebih 5,000 pelanggan di lebih 100 buah negara. Omnicom Media Group melibatkan rangkaian perkhidmatan penuh OMD, PHD dan Hearts &Science; platform data dan analitik global Annalect; platform pembelian berprogram global Accuen; agensi pemasaran prestasi global Resolution Media; selain beberapa buah syarikat yang pakar dalam komunikasi media.

Source: Omnicom Media Group
Related Stocks:
NYSE:OMC
Keywords: Advertising Awards