Maxthon berikan tahap prestasi dan keselamatan tertinggi untuk penyemak imbas awan merentasi platform
BARCELONA, 27 Februari 2013 /PRNewswire/ -- Maxthon, sebuah syarikat perisian global yang terkemuka melancarkan Penyemak Imbas Awan Maxthon yang memberikan pengalaman menyemak imbas web tak berkelim dan pengalaman perkongsian di semua peranti dan platform. Maxthon adalah satu-satunya penyemak imbas merentasi platform, berprestasi tinggi dan selamat untuk semua titik sentuh Internet termasuklah peranti mudah alih, tablet, komputer riba dan komputer meja.
"Penyemak Imbas Awan Maxthon dicipta untuk menepati dunia kini yang berbilang peranti dengan memberikan pengalaman menyemak imbas yang tekal, berprestasi tinggi dan selamat di semua peranti dan platform," kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Maxthon, Jeff Chen. "Dengan mencipta penyemak imbas yang boleh dibawa ke mana-mana, Maxthon membolehkan pengguna memulakan sesi menyemak imbas di telefon mereka, disambung di tablet mereka dan melengkapkan pengalaman di komputer riba atau komputer meja mereka – semuanya dilakukan tanpa tertinggal sebarang langkah."
Tersedia di Windows, Mac, Android dan iOS, Penyemak Imbas Awan Maxthon didatangkan lengkap dengan ciri-ciri unik termasuk:
Merupakan perintis dalam industri ini, Maxthon adalah penyemak imbas pertama yang menawarkan penyegerakan awan dan kini dengan kelajuan tertinggi, memberikan sokongan paling menyeluruh HTML5 mana-mana penyemak imbas komputer meja dan ciri-ciri bina dalam yang lain. Ia termasuklah keupayaan untuk bertukar di antara dua enjin yang membolehkan pengguna mengakses halaman yang dioptimumkan oleh kedua-duanya.
"Lebih 70% daripada 3 juta orang yang memasang versi beta Penyemak Imbas Awan Maxthon menggunakannya setiap hari untuk menyegerakkan tab, sejarah dan muat turun mereka dari peranti ke peranti," kata Karl Mattson, Naib Presiden Maxthon International. "Jumlah yang ditunjukkan dalam program pratonton dua bulan kami memberikan gambaran yang jelas tentang permintaan pengguna untuk mendapatkan pengalaman menyemak imbas yang mudah dan merentasi platform. Di Maxthon, kami telah membangunkan penyemak imbas berprestasi tinggi yang menumpukan terhadap keselamatan dan kelajuan serta mudah untuk dimuat turun ke mana-mana peranti."
Privasi pengguna menjadi nilai teras Maxthon sejak tertubuhnya syarikat ini. Maxthon adalah antara syarikat yang terawal menawarkan semakan imbas peribadi, ciri proksi yang selamat dan baru-baru ini, pelaksanaan yang proaktif dan paling maju 'Jangan Jejak.' Maxthon tersedia untuk dimuat turun di www.maxthon.com.
Mengenai Maxthon Ltd.
Diasaskan pada tahun 2005, Maxthon Ltd merupakan syarikat perisaian global terkemuka yang membangunkan penyemak imbas web terkini. Ia sering mendahului penyemak imbas popular yang lain. Komited untuk menghasilkan inovasi yang berpiawaian tinggi, penyemak imbas awan Maxthon menyediakan tahap prestasi dan keselamatan tertinggi dalam penyemak imbas merentasi platform pada hari ini. Ia juga menyokong pelbagai jenis peranti, daripada peranti mudah alih sehinggalah komputer meja. Penyemak imbas Maxthon menyokong 39 bahasa dan digunakan setiap bulan oleh lebih daripada 100 juta orang di 140 negara di seluruh dunia. Maxthon mempunyai pejabat di San Francisco, Hong Kong dan Beijing. Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau untuk memuat turun Penyemak Imbas Maxthon, sila lawati www.maxthon.com.
Hubungi:
Burson-Marsteller bagi Maxthon
Lowell Eschen
Lowell.Eschen@BM.com
212.614.4081
SUMBER Maxthon