omniture

Pantos Logistics dan eBay Korea Tawar Khidmat Penghantaran Global 'ePantos'

Pantos Logistics
2013-02-27 07:56 182

SEOUL, Korea Selatan, 27 Februari 2013 /PRNewswire/- Perjanjian pengendalian bersama antara syarikat logistik yang memiliki 164 rangkaian perniagaan di seluruh dunia, Pantos Logistics dan eBay Korea membolehkan konsep baharu perkhidmatan penghantaran ke seluruh dunia, ePantos dilaksanakan.

Khidmat penghantaran baharu ini dijangka memberikan kelebihan kepada perniagaan yang dijalankan dalam eBay kerana tempoh penghantaran yang lebih singkat dan perbelanjaan yang lebih rendah dapat dinikmati.

Caj pengangkutan sehingga 50% lebih rendah berbanding perkidmatan Express Mail Service (EMS) juga merupakan antara keistimewaan ePantos. Perkhidmatan ePantos dijangka memberikan manfaat kepada perniagaan barangan bersaiz kecil yang dijual dalam kuantiti yang banyak seperti pakaian, kasut, aksesori, dan perkakasan rumah bersaiz kecil.

Kini perkhidmatan ePantos merangkumi 11 negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, dan Australia. Namun, perkhidmatan ePantos akan diperluas ke lebih banyak negara di dunia pada masa akan datang. Selain itu, ePantos mengguna pakai sistem pengesanan barangan yang baik.

Mengulas tentang perkhidmatan baharu ini, seorang pegawai Pantos Logistics menyatakan khidmat penghantaran antarabangsa merupakan jalan terbaik kepada perniagaan berskala kecil selari dengan dunia e-dagang yang sedang berkembang pesat sekarang. Hal ini membolehkan mereka meneroka perniagaan di pasaran luar negara yang sememangnya lebih luas. ''Kami akan memberi tumpuan terhadap perkara ini dan melakukan sebaik mungkin untuk meningkatkan persaingan perkhidmatan e-dagang dengan menyediakan perkhidmatan logistik yang berkualiti tinggi,'' kata pegawai tersebut.

HUBUNGI: H.J. JUNG, hj.jung@pantos.com, 82-2-3771-2358; C.M. DOH, changmin.doh@pantos.com, 82-2-3771-2466

SUMBER  Pantos Logistics

Source: Pantos Logistics
Related Links:
Keywords: Electronic Commerce Transportation Joint ventures