omniture

Hetero Lancar Produk Biosimilar 'Bevacizumab' untuk Rawatan Barah Kolorektal Metastatik (mCRC) Menggunakan Jenama 'Cizumab(TM)'

Hetero
2016-06-28 16:51 726

HYDERABAD, India, 28 Jun 2016 /PRNewswire/ -- Hetero, salah satu syarikat terkemuka dalam bidang farmaseutikal generik di India, hari ini mengumumkan pelancaran Biosimilar 'Bevacizumab' di India untuk rawatan barah kolorektal metastatik (mCRC) di bawah jenama 'Cizumab™'.

Produk itu telah diluluskan oleh pihak berkuasa Pengawal Utama Ubatan India (DCGI) dan telah disarankan sebagai rawatan awal untuk mCRC. Produk itu akan dipasarkan kepada pesakit dalam bentuk bebuli berdos tunggal dengan dua kekuatan, 100 mg dan 400 mg. Ia akan dipasar dan diedarkan oleh Hetero Healthcare Limited, sebuah kumpulan syarikat Hetero.

Memberi komen tentang pelancaran produk tersebut, Dr. BPS Reddy, Ketua Pengarah Urusan, Hetero Group of Companies berkata, "Ia merupakan satu perjalanan yang menarik buat kami di Biologics. Bevacizumab yang dijual oleh Hetero adalah produk ketiga dalam portfolio produk biologi mereka, selepas Darbepoetin alfa dan Rituximab. Kami percaya bahawa Cizumab™ akan menjadi pilihan rawatan yang menjimatkan kos bagi pesakit di India."

Produk itu akan dikilangkan di kemudahan biologi tercanggih syarikat itu yang terletak di Hyderabad, India.

Latar Belakang Hetero:

Hetero adalah sebuah syarikat di India yang menerajui bidang farmaseutikal generik dan merupakan salah satu pengeluar terbesar di dunia bagi produk dadah antiretroviral yang digunakan dalam rawatan HIV/AIDS. Memiliki lebih 20 tahun kepakaran dalam industri farmaseutikal, bidang operasi strategik Hetero adalah seperti API, rumusan lengkap dan biosimilar. Hetero juga menawarkan perkhidmatan farmaseutikal tersuai kepada rakan mereka di seluruh dunia. Syarikat itu terkenal dengan kekuatan mereka dalam Penyelidikan & Pembangunan, pengeluaran dan pengkomersialan pelbagai jenis produk.

Hetero memiliki lebih 25 buah kemudahan pengeluaran canggih yang terletak di seluruh dunia. Kebanyakkan kemudahan kami telah diaudit dan diperakui oleh berbagai-bagai badan pengawalan seperti US-FDA, EU, TGA – Australia, MCC-Afrika Selatan dan lain-lain. Portfolio kami mengandungi lebih 200 produk yang meliputi produk terapeutik utama seperti HIV/AIDS, onkologi, kardiovaskular, neurologi, hepatitis, dan lain-lain.

Hetero memiliki kehadiran yang kukuh di lebih 120 negara dan memberi fokus terhadap penghasilan ubat yang mampu milik dan mudah diakses oleh pesakit di seluruh dunia.

Perhubungan Media:
A Jeyasingh Balakrishnan
Komunikasi Korporat
Hetero
Mudah alih: +91-9989626541/ +91-9833836185
Emel: jeyasingh.b@heterodrugs.com

Sumber: Hetero

Source: Hetero
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals FDA Approval New products/services