omniture

Dapatan Forum Ekonomi Antarabangsa St. Petersburg kali ke-20: Memanfaatkan Realiti Ekonomi Global Baharu

Roscongress Foundation
2016-06-28 21:17 725

ST. PETERSBURG, Rusia, 28 Jun 2016 /PRNewswire/ -- Pada 16-18 Jun, Forum Ekonomi Antarabangsa St. Petersburg kali ke-20 telah diadakan, menghimpunkan lebih 12,000 peserta dari 133 buah negara, termasuk wakil-wakil media serta delegasi daripada sektor perniagaan dan kerajaan. Pada 16 Jun, Timbalan Perdana Menteri Rusia, Ketua Staf Pejabat Eksekutif Presiden, dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur SPIEF Sergei Prikhodko menyampaikan ucapan alu-aluan pada majlis perasmian Forum tersebut. Ketua-ketua negara, pegawai-pegawai kerajaan dan para eksekutif daripada syarikat-syarikat dan organisasi-organisasi antarabangsa yang terkemuka berhimpun di St. Petersburg bagi menyertai salah satu acara perniagaan global utama tahun ini.

Bagi melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/players/uk/7869551-outcomes-20th-spief-2016/

Penasihat Presiden Persekutuan Rusia dan Timbalan Pengerusi serta Setiausaha Eksekutif Jawatankuasa Penganjur SPIEF Anton Kobyakov menekankan kepentingan Forum tersebut. "Salah satu pencapaian penting sempena Forum tahun ini ialah sekali lagi, ia mengesahkan reputasinya selaku salah satu platform global terbesar, paling bereputasi dan amat diperlukan bagi mengadakan perbincangan secara langsung dan telus antara wakil-wakil negara, komuniti perniagaan, ilmuwan dan pakar dari serata dunia tentang cabaran semasa yang dihadapi oleh sektor ekonomi dan kewangan global. Jumlah peserta Forum ini terus bertambah saban tahun, yang menjadi satu lagi bukti peranan berterusan yang dimainkan oleh Rusia sebagai pusat perniagaan dan kewangan global yang penting. Kami amat menghargai minat dan lebih utama, kepercayaan daripada rakan Forum, tetamu dan juga peserta."

Program SPIEF tiada tandingan dari segi skala dan tema yang dibincangkan, menampilkan lebih 300 sesi, taklimat, pengumuman akhbar dan juga perbincangan meja bulat.

Program dalam Forum ini didasari oleh lima tema asas:

  • Mengekalkan Pengembangan Ekonomi
  • Merealisasikan Potensi Ekonomi di Rusia
  • Dinamik Geoekonomi Baharu
  • Memandu arah Revolusi dalam Teknologi
  • Dimensi Manusia

Lebih 600 penceramah dan moderator terlibat dalam perbincangan dan debat sempena Forum tersebut. Tahun ini, Forum ini dihadiri oleh lebih 600 ketua-ketua syarikat Rusia dan kira-kira 300 pegawai eksekutif dari luar negara.

SPIEF turut menyaksikan tahap minat yang tinggi daripada sektor media: 2,651 wakil media (2,156 dari Rusia manakala 495 dari luar negara) daripada 700 organisasi (542 dari Rusia manakala 158 dari luar negara) mendaftar bagi menyertai Forum tersebut. Permohonan bagi mengikuti Forum ini diterima daripada 47 buah negara (selain Rusia).

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160624/383117 )
Video: http://www.multivu.com/players/uk/7869551-outcomes-20th-spief-2016/

Source: Roscongress Foundation
Keywords: Banking/Financial Service