omniture

Cliantha Research Bekerjasama dengan Acceliant untuk Percubaan Klinikalnya

Acceliant
2013-02-27 10:00 204

BANGALORE, India, 27 Februari 2013 /PRNewswire/ -- Acceliant, penyedia teknologi global untuk penyelesaian pengurusan data percubaan klinikal yang inovatif, hari ini mengumumkan Cliantha Research, sebuah Organisasi Kontrak Kajian global yang terulung, telah memilih eClinical Suite keluaran Acceliant untuk keperluan pengurusan data percubaan klinikal mereka. Sistem bersepadu e-PRO/EDC Acceliant menawarkan penyelesaian yang terbaik dengan membolehkan kesemua data kajian sedia untuk dicapai, sekaligus menjimatkan kos integrasi.

Bercakap mengenai perkongsian itu, Hitesh Chauhan, Pengarah Bersekutu Biometrik di Cliantha Research, berkata, "Kami menilai dan memilih eClinical Suite Acceliant kerana kami dapati ia sangat mesra pengguna dan lebih baik daripada beberapa produk lain. Selain merupakan platform dengan ciri-ciri terbaik dalam kelasnya, eClinical Suite Acceliant telah direka dari segi sistem dan proses untuk memacu kecekapan, merendahkan kos dan mempercepatkan kajian percubaan klinikal."

Mengulas perkara tersebut, Ven Thangaraj, Ketua Pegawai Teknologi Acceliant, berkata, "Industri Sains Hayat sedang melalui perubahan yang dramatik dan tekanan untuk membuat inovasi sambil mengekalkan kos yang terkawal. Acceliant merupakan salah satu daripada hanya beberapa platform EDC-ePRO berintegrasi dengan aliran kerja yang inovatif dan mobiliti terbina dalam yang membolehkan pengurusan data dari mana jua, pada bila-bila masa."

Santhosh S. Nagaraj, Ketua Pemasaran Acceliant di India, mengulas, "Kami berbangga kerana dapat bersekutu dengan Cliantha Research dan membantu mereka dalam kajian klinikal mereka. Pembezaan yang kami bawa sebagai platform kukuh yang mempercepatkan percubaan melalui pengurusan data yang cekap adalah faktor yang membantu kami terpilih. Kami berharap akan memperoleh kejayaan dalam hubungan jangka panjang dan pertumbuhan yang berterusan di India."

Acceliant juga berbesar hati mengumumkan penyertaannya di Konvensyen BioPharma Asia 2013,, salah satu perjumpaan industri biofarmaseutikal tahunan terbesar di Asia. Konvensyen itu akan diadakan di Singapura dari 18 hingga 21 Mac. Acceliant akan berada di Gerai #D24 dan akan mempamerkan eCliniclal Suite yang komprehensif, berinteraksi dengan pakar global, dan meneroka lebih banyak peluang perkongsian.

Mengenai Cliantha Research

Cliantha Research, syarikat Sains Hayat yang ulung, merupakan Organisasi Kontrak Kajian global yang menyediakan perkhidmatan penuh, dengan tawaran bersepadau dalam perkhidmatan Klinikal, Bioanalitikal, Dermatologi, Biometrik, Patologi dan Formulasi. Syarikat ini mempunyai kedudukan di AS, Canada, Mexico dan India. Fasiliti Cliantha Research telah diaudit oleh AGES (agensi kawal selia Austria), ANSM (agensi kawal selia Perancis), AEMPS (agensi kawal selia Sepanyol), USFDA, MCC (agensi kawal selia Afrika Selatan), WHO dan syarikat-syarikat antarabangsa. Makmal Rujukan Pusat di Cliantha telah mendapat akreditasi oleh Kolej Pakar Patologi Amerika (CAP). Cliantha Research telah mengendalikan dan melaksanakan lebih 5000 kajian dan telah menganalisa lebih 1.5 juta sampel dengan jayanya.

Mengenai Acceliant

Acceliant merupakan divisyen teknologi industri perubatan Trianz, sebuah syarikat perkhidmatan dan penyelesaian teknologi global. Sebagai perintis dalam industri EDC, Acceliant telah menyediakan penyelesaian dalam sektor pengurusan percubaan klinikal sejak 1999. Syarikat ini memenuhi keperluan industri  farmaseutikal, bioteknologi, peranti perubatan, CRO, dan kajian ubatan yang bukan berasaskan keuntungan. Acceliant telah membantu mempermudahkan pengurusan data klinikal dalam beratus-ratus percubaan di seluruh dunia yang merangkumi berdozen-dozen bidang terapeutik untuk syarikat gergasi global dan juga syarikat kesihatan berinovasi yang baru membangun.

Prashant Bhavaraju
Ketua Pegawai Pemasaran Acceliant
info@acceliant.com
+1-408-387-5899

 

 

Source: Acceliant
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries Contracts Trade show news