omniture

Hard Rock Hotels Mengembalikan Irama Muzik ke Music Row yang Ikonik di Bandar Raya New York

Hard Rock International
2016-07-02 10:00 755

Hard Rock Hotel New York bakal Pecah Tanah Tahun ini

ORLANDO, Florida, julai 2, 2016 /PRNewswire/ -- Kini berada di 70 buah negara, Hard Rock International, pemilik salah satu jenama hospitaliti paling diiktiraf di dunia, dengan bangganya mengumumkan penubuhan Hard Rock Hotel New York. Dengan pembukaan dijadualkan pada penghujung Musim Panas 2019, Hard Rock Hotel New York, bangunan baharu yang menempatkan 445 buah bilik, akan didirikan di 48th street antara 7th Ave. dan Avenue of the Americas. Kawasan tersebut, sebelum ini dikenali sebagai Music Row, merupakan kawasan tumpuan muzikal dan lokasi sehenti legenda rock seperti Jimi Hendrix, Eric Clapton dan Stones, serta beberapa artis terkenal. Hard Rock Hotel New York yang bakal dibangunkan ini akan membawa kehidupan baharu untuk Music Row dan menawan kembali warisan lokasi yang bersejarah ini.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160627/383758
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160517/368695LOGO

"Kami berasa bangga dan tidak sabar-sabar untuk membawakan pengalaman Hard Rock Hotels ke Bandar Raya New York, destinasi yang memiliki semangat dan tenaga berterusan, yang amat serasi dengan jenama kami," kata Hamish Dodds, ketua pegawai eksekutif Hard Rock International. "Dengan Hard Rock Hotel New York yang merupakan projek pembinaan yang serba baharu ini, kami mampu membangunkan sebuah hotel yang menyediakan kemudahan dan program tersuai yang akan membawakan satu-satunya pengalaman muzik khusus untuk Bandar Raya New York."

Dengan membawakan pengalaman hotel yang dicipta kembali dan berfokuskan muzik ke Bandar Raya New York, Hard Rock Hotel yang bakal dibangunkan ini akan memberi penghormatan kepada warisan muzik dan budaya Bandar Raya tersebut menerusi acara muzik secara langsung dan juga elemen rekaan hasil inspirasi para artis. Dengan kedudukan Hard Rock International selaku kurator bagi koleksi kenangan muzik terbesar dan paling berharga di dunia, reka bentuk hotel tersebut akan menampilkan barangan pameran seakan muzium, yang menghiasi dindingnya. Barang kenangan untuk hotel tersebut akan dipilih dengan teliti dengan fokus terhadap artis-artis kontemporari yang bertapak di New York, serta para pemuzik ikonik dan detik-detik penting dalam sejarah yang mencorakkan warisan muzik yang tiada tandingan di bandar raya tersebut.

"Times Square sinonim dengan muzik dan budaya pop, bermula dengan Broadway hingga Brill Building, daripada kelab secara langsung dan kedai alat muzik di 48th Street, Music Row. Selama beberapa dekad perubahan di Times Square, lokasi ini sentiasa menumpukan muzik; lokasi yang membolehkan penduduk tempatan, pengunjung dan selebriti muzik bergaul ketika mereka membeli belah instrumen terkini dan muzik beberapa jam sebelum konsert gig secara langsung mereka. Pendek kata, tiada hotel lain yang benar-benar sempurna kedudukannya; kemunculan Hard Rock Hotel New York yang pastinya merupakan muzik, bukan sahaja buat santapan halwa telinga kita, bahkan buat para peminat muzik di seluruh dunia," kata Tim Hopkins, presiden Times Square Alliance.

Selain pengalaman muzikal di setiap sudut, Hard Rock Hotel New York akan turut menyediakan lobi tetamu yang menarik, lengkap dengan restoran serta ruang rehat khas, selain bar di lobi. Kawasan oasis atas bumbung di Hard Rock Hotel New York juga tidak lagi lama bakal menjadi tumpuan utama di kawasan ini, memandangkan tetamu akan berjemur atau berdansa sepanjang malam sambil menikmati pandangan mengagumkan termasuk cahaya lampu Times Square yang terang serta suasana meriah yang meliputi Rockefeller Center yang ikonik. Program-program yang disediakan di atas bumbung juga melibatkan aktiviti siang dan malam, bermula dengan sesi bersama artis dan set DJ, serta acara-acara yang akan menjemput beberapa artis serta selebriti yang paling berpengaruh. Dengan aktiviti riadah dan hiburan yang sentiasa berterusan, rancangan pembangunan Hard Rock Hotel New York juga melibatkan kedai minuman beralkohol bawah tanah yang bergaya serta mewah. Kedai minuman yang penuh gaya itu akan menampilkan intipati cabang kebudayaan muzik di Bandar Raya New York serta mampu menarik penduduk tempatan dan juga pelancong.

Agar sejajar dengan tradisi Hard Rock, Hotel tersebut akan menyediakan kemudahan dan program eksklusif hanya daripada jenama tersebut, termasuk Rock Spa yang menyegarkan, menampilkan menu spa Rhythm & Motion yang revolusioner, menyediakan kaedah urutan dan rawatan gaya Sweden yang moden, berserta alunan muzik. Para tetamu akan turut menikmati pengalaman muzik langsung menerusi program kemudahan muzik Sound of Your Stay® yang terkenal, yang turut menyediakan khidmat sewa gitar Fender dan peralatan DJ untuk dihantar ke bilik bagi sesi bermain alat muzik yang spontan. Selain itu, tetamu dapat mengunjungi kemudahan senaman Body Rock dan Rock Shop yang membolehkan tetamu membeli barangan klasik daripada jenama tersebut.

Hard Rock Hotel New York akan datang ini bakal dibangunkan dengan kerjasama Extell Development Company yang berpangkalan di New York.

"Strategi pengembangan Hotel & Casino Hard Rock memerlukan pemaju yang dinamik dan berpengetahuan, seperti Gary Barnett dan syarikat Extell, dan kami berharap projek tersebut akan berkembang menerusi kepakaran mereka," kata Marco Roca, naib presiden eksekutif, pembangunan hotel global di Hard Rock International. "Pembukaan Hard Rock Hotel New York berserta projek-projek hartanah yang telah siap di Berlin dan Dubai, selain beberapa projek yang akan diumumkan kelak di beberapa bandar pintu masuk utama yang lain, memperlihatkan kejayaan hebat yang dicapai oleh jenama tersebut dan terus mengukuhkan kedudukannya sebagai himpunan hotel global."

Diiktiraf di seluruh dunia sebagai jenama hiburan dan gaya hidup bertaraf dunia, Hard Rock Hotels & Casinos menawarkan reka bentuk bergaya dan kontemporari, perkhidmatan yang tiada tandingan dan elemen yang menyatukan kesemuanya, iaitu muzik. Portfolio Hotel & Casino semasa milik Hard Rock terletak di destinasi peranginan yang paling menarik di dunia, selain bandar-bandar pintu masuk utama. Hard Rock Hotels memenuhi keperluan pengembara kosmopolitan dan moden masa kini yang semakin berubah dan tersendiri, yang menginginkan ketenangan daripada pengalaman bersifat tradisional dan boleh diramal, sama ada untuk pelancongan perniagaan mahupun santai.

Melalui penghargaan terhadap muzik dan suasana yang imaginatif, Hard Rock Hotels & Casinos menyediakan produk untuk pelbagai aspek kehidupan, termasuk kerjaya, permainan dan kehendak peribadi. Untuk maklumat lanjut atau bagi membuat tempahan penginapan di mana-mana cawangan Hard Rock Hotels & Casinos, sila layari www.hardrockhotels.com.

Latar Belakang Hard Rock International
Menerusi lokasinya yang berada di 70 buah negara, termasuk 165 kafe, 23 hotel dan 11 kasino, Hard Rock International (HRI) ialah sebuah syarikat yang paling diiktiraf di seluruh dunia. Bermula dengan gitar Eric Clapton, Hard Rock memiliki koleksi kenangan muzik paling hebat di dunia, yang dipamerkan di setiap lokasinya di seluruh dunia. Hard Rock turut dikenali dengan koleksi fesyen dan barangan berkaitan muzik, lokasi persembahan Hard Rock Live dan juga laman sesawang yang merangkul anugerah. HRI memiliki tanda dagang global untuk kesemua jenama Hard Rock. Syarikat tersebut memiliki, mengendalikan dan memfrancaiskan Kafe di bandar-bandar ikonik termasuk London, New York, San Francisco, Sydney dan Dubai. HRI juga memiliki, melesenkan dan/atau mengurus hartanah hotel/kasino yang berada di seluruh dunia. Destinasinya melibatkan dua hartanah Hotel dan Kasino milik syarikat yang paling berjaya di Tampa dan juga Hollywood, Fl., kedua-duanya dimiliki dan dikendalikan oleh syarikat induk HRI, The Seminole Tribe of Florida, selain lokasi-lokasi lain yang menarik termasuk Bali, Chicago, Cancun, Ibiza, Las Vegas, Macau serta San Diego. Lokasi-lokasi Hard Rock Cafe yang akan datang melibatkan Reykjavik, Shanghai, Baku serta San Juan. Projek-projek baharu Hard Rock Hotel pula termasuk projek di Abu Dhabi, Atlanta, Berlin, Dubai, Itapema, London, Los Cabos, Bandar Raya New York, Tenerife, dan juga Shenzhen, Dalian serta Haikou di China. Untuk maklumat lanjut tentang Hard Rock International, layari www.hardrock.com.  

Untuk Maklumat Media Tambahan:    
Kerry Anne Watson/Daniella DelaOsa
The Zimmerman Agency • +1.850.668.2222
hardrock-pr@zimmerman.com

Source: Hard Rock International
Related Links:
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Music Travel Corporate Expansion