omniture

Young Living Mengumumkan Ketua Pegawai Kewangan Baharu

Young Living Essential Oils, LC
2016-07-02 23:45 717

- Janay Standifird dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan Young Living, menggantikan Kevin Pace yang bakal bersara, bagi memantau segmen kewangan dan sumber manusia global untuk syarikat yang bernilai berbilion-bilion dolar itu-

LEHI, Utah, 2 Julai 2016 /PRNewswire/ -- Young Living Essential Oils, LC, sebuah syarikat minyak pati terbesar di dunia, hari ini mengumumkan Janay Standifird dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan baharu. Setelah membuat pencarian di seluruh negara, Standifird dipilih oleh Lembaga Pengarah Young Living bagi menggantikan Kevin Pace yang bakal bersara pada 15 Julai.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160630/385576

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160118/323110LOGO

"Janay lebih menyerlah dalam kalangan golongan profesional paling berpengalaman dan memberi inspirasi kepada semua, khususnya golongan wanita dalam sektor tenaga kerja bagi mencapai impian mereka," kata Mary Young, Ketua Pegawai Eksekutif Young Living. "Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Kevin atas usahanya yang gigih terhadap kakitangan kami dan juga syarikat dan kami berbesar hati kerana seorang ahli profesional yang berkaliber seperti Janay bakal mengambil alih bahagian kewangan syarikat ini."

Standifird menyertai Young Living pada tahun 2012 sebagai pengawal dan terkini, beliau memegang jawatan sebagai Naib Presiden Kanan, Pengawal dan Kewangan Global, bagi memantau semua aspek perakaunan global syarikat. Beliau memiliki pengalaman selama hampir 20 tahun dalam bidang perniagaan dan kemahiran untuk Young Living, dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam industri jualan langsung. Pengetahuan beliau tentang sistem kewangan global serta kawalan dalaman, strategi perniagaan global, pembangunan pasukan bertaraf dunia dan pengurangan risiko akan terus menjadi aset penting untuk syarikat.

Selain kecekapannya beliau dari segi teknikal dan perniagaan, Standifird merupakan mentor yang dicari-cari dan gemar bekerjasama bersama individu dan secara berpasukan. Beliau merupakan seorang pemimpin yang mengambilkira semua perspektif sebelum membuat sebarang keputusan perniagaan yang amat penting. "Janay ialah seorang pemimpin yang memberi inspirasi dan hanya mahukan kecemerlangan daripada dirinya dan juga pasukannya," kata Jared Turner, Ketua Pegawai Operasi Young Living. "Saya berbesar hati kerana dapat melibatkan beliau dalam pasukan eksekutif dan berharap kelebihan dan sifat kepimpinan beliau akan dicurahkan untuk peranan beliau ini."

Pace juga menyertai Young Living pada tahun 2012 dan selama lebih empat tahun, beliau membantu membimbing syarikat meraih pencapaian kewangan baharu. Selain jabatan Kewangan, beliau turut memantau jabatan sumber manusia. Sebagai ahli penting dalam pasukan eksekutif, beliau terus memberikan bimbingan kewangan yang strategik serta kepimpinan yang penting untuk syarikat.

"Janay ialah salah seorang ahli profesional yang paling berbakat dan berdedikasi yang pernah saya bekerjasama sepanjang 38 tahun pengalaman dalam bidang perniagaan," kata Pace. "Beliau ialah seorang ahli profesional yang pakar dan bersedia membawa Young Living mencapai kemajuan yang seterusnya. Saya berbangga untuk menyerahkan amanah Ketua Pegawai Kewangan ini kepada Janay ketika saya mengorak langkah baharu dalam hidup saya."

Latar Belakang Young Living Essential Oils
Young Living Essential Oils, LC, merupakan peneraju dunia bagi minyak pati yang melalui proses Seed to Seal® yang ketat bagi menghasilkan produk minyak pati tulen buat setiap individu, keluarga, dan gaya hidup. Proses ini memastikan semua produk adalah tulen, bebas daripada bahan kimia sintetik dan asli. Komitmen ini bermula daripada kepimpinan syarikat selama 20 tahun terhadap bumi serta para penduduknya. Untuk maklumat lanjut, lawati YoungLiving.com.

Wakil Media: 
Jamie Kaneko
Pengurus Kanan Perhubungan Awam
801.221.7128
jkaneko@youngliving.com

Source: Young Living Essential Oils, LC
Keywords: Health Care/Hospital Supplementary Medicine Personnel announcements