omniture

Mahindra Comviva Pertaruhkan Analitik Data Besar

Memperkenalkan Suit MobiLytixTM bagi Mendorong Pengalaman Pengguna yang Hebat serta Pertumbuhan Hasil Pengendali Telekomunikasi
Mahindra Comviva
2016-07-05 12:00 710

NEW DELHI, 5 Julai 2016 /PRNewswire/ -- Mahindra Comviva, peneraju global penyedia penyelesaian mobiliti, mengumumkan pelancaran Suit MobiLytixTM, penyelesaian analitik mudah alih dipacu data besar yang mampu menghasilkan maklumat pelanggan yang boleh dilaksana. Ia mengumpulkan data penggunaan pelanggan daripada pelbagai titik sentuh, yang menyediakan pengalaman pelanggan yang lebih luas dan hebat, di samping menggalakkan pertumbuhan hasil buat pengendali telekomunikasi.

Suit MobiLytixTM ialah proposisi perniagaan yang komprehensif, bagi memenuhi keperluan perniagaan untuk penyedia perkhidmatan. Ia akan membantu mereka meningkatkan pengalaman pelanggan. Sokongan utamanya ialah enjin analitikal yang bertujuan untuk memahami pelbagai kejadian dalam kitar hayat pelanggan dan membantu menyediakan strategi bagi memaksimumkan nilai seumur hidup pelanggan. Ia juga membantu ketua-ketua pegawai pemasaran dan pemasar menganalisis pola menjana pulangan yang tersembunyi dan merangka strategi produk serta pertumbuhan yang sesuai. Selain itu, pelaksanaan promosi pemasaran yang mengikut konteks dengan ciri diperibadikan yang lancar, pada masa sebenar dan berbilang saluran turut menjamin tempoh pemasaran yang lebih pantas dan membantu pengendali meraih peluang pendapatan tambahan.

Berucap tentang pelancaran tersebut, Manoranjan 'Mao' Mohapatra, Ketua Pegawai Eksekutif, Mahindra Comviva berkata, "Di seluruh dunia, pengendali semakin bimbang tentang pengekalan pelanggan. Mereka juga cuba untuk menjana keuntungan daripada pelanggan sedia ada menerusi perkhidmatan jualan tambahan silang dan menaik. Menerusi Suit MobiLytixTM, kami berharap dapat menyediakan pengkhususan perniagaan baharu buat pelanggan dan menyalurkan pengurusan nilai, didorong oleh analitik dan maklumat yang boleh dilaksana. Menerusi rangkaian produk MobiLytixTM, kami menjangka akan menjadi pengusaha penting dalam salah satu segmen paling pantas berkembang dalam industri mobiliti ini."

Suit MobiLytixTM Mahindra Comviva membolehkan pengendali memperoleh maklumat yang boleh dilaksana pada masa sebenar dengan peningkatan penggunaan sekitar 5 peratus. Selain itu, pengendali telekomunikasi dapat melihat peningkatan ketara respons dan kadar capaian. Suit ini mempunyai berbilang modul, terdiri daripada Pengurusan Kempen, Winback, Ramalan Pulangan Pelanggan, Pemberitahuan Interaktif, Tawaran Terbaik Seterusnya, Penyelesaian Kesetiaan Pelanggan & Peniaga, IRIS (Pendapatan Tambahan melalui Peningkatan Jualan) dan Penjagaan Digital. Suit MobiLytixTM merupakan penyelesaian yang amat boleh diskala, yang mampu menyokong 20,000 transaksi setiap saat dalam satu pengaturan, di samping mampu melaksanakan lebih 600 kempen serentak.

Menerusi lebih 15 tahun kepakaran dalam industri dan pemahaman yang tinggi dalam ekosistem telekomunikasi serta tingkah laku pelanggan, Mahindra Comviva menyediakan penyelesaian kepada 110 operator rangkaian mudah alih di lebih 90 buah negara.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Sundeep Mehta
PR & Komunikasi Korporat Global
Mahindra Comviva
Hubungi: +91-124-481-9000
Emel: pr@mahindracomviva.com

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160704/813032
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20130626/625127

Source: Mahindra Comviva
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services New products/services