omniture

Christian Leicher Kini Presiden dan CEO Rohde & Schwarz

Rohde & Schwarz
2016-07-05 14:18 836

MUNICH, 5 Julai 2016 /PRNewswire/ --

Berkuat kuasa 1 Julai 2016, Christian Leicher dan Peter Riedel akan mengepalai Rohde & Schwarz. Leicher, Presiden baharu dan Ketua Pegawai Eksekutif, telah menjadi ahli Lembaga Eksekutif sejak 2005. Dengan pelantikan beliau sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, seorang rakan pengurusan kini akan mengambil alih tampuk pentadbiran Rohde & Schwarz. Riedel kekal sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Operasi. Beliau cemerlang berkhidmat untuk Rohde & Schwarz selama 25 tahun dan telah menyertai Lembaga Eksekutif sejak dua tahun lalu. Manfred Fleischmann, yang telah menyandang kerusi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif selama enam tahun, kini bersara. Beliau telah menyumbang kepada kejayaan syarikat ini dengan penuh azam selama lebih tiga dekad.

Rohde & Schwarz

Syarikat elektronik Rohde & Scharz menawarkan penyelesaian inovatif dalam lapangan seperti yang berikut: ujian dan pengukuran, penyiaran dan media, keselamatan siber, komunikasi selamat, pengawasan radio dan radiodudukan. Ditubuhkan lebih 80 tahun yang lalu, syarikat bebas ini memiliki rangkaian jualan dan perkhidmatan yang luas serta berada di lebih 70 buah negara. Syarikat elektronik ini adalah antara peneraju pasaran global dalam lapangan yang mereka ceburi. Pada 30 Jun 2015, Rohde & Schwarz menggajikan kira-kira 9900 kakitangan. Syarikat ini mencatatkan perolehan bersih sebanyak EUR 1.83 bilion pada tahun fiskal 2014/2015 (Julai hingga Jun). Syarikat itu beribu pejabat di Munich, Jerman, dan memiliki hab serantau yang kukuh di Asia dan A.S. R&S® ialah tanda dagang berdaftar Rohde & Schwarz GmbH & Co. KG.

Hubungi:

Monika Roth
Telefon: +49-89-4129-12232
Emel: press@rohde-schwarz.com

Sumber: Rohde & Schwarz

Source: Rohde & Schwarz
Keywords: Broadcast Technology Computer/Electronics Radio Telecommunications Personnel announcements