omniture

Khazanah Penuh Kesenian -- THOMAS SABO Perkenalkan Koleksi Musim Luruh/Sejuk 2016 Baharu

THOMAS SABO GmbH & Co.KG
2016-07-08 07:08 760

LAUF AN DER PEGNITZ, Jerman, 8 Julai 2016 /PRNewswire/ -- Gabungan kilauan halus dengan ketepatan, saat yang menyentuh hati dan simbol cinta abadi – Koleksi Perak Tulen Musim Luruh/Sejuk THOMAS SABO 2016 telah diilhamkan oleh mesej 'Bersatu' yang universal.  Penafsiran yang penuh gaya wanita bagi pepatah ini termasuk perhiasan paling menonjol pada musim ini yang dihiasi berlian bersegi-segi.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160705/386081 )

Pengarah Kreatif Susanne Kölbli berkata tentang ilham: "Barangan kemas perhiasan mewakili perasaan manusia yang paling intim: kasih sayang, kegembiraan peribadi dan saat-saat istimewa dalam hidup yang dapat dizahirkan dalam bentuk barang kemas, yang amat diharapkan untuk sentiasa dekat dengan diri kita."

Barisan barangan yang memukau menarik perhatian: buat pertama kali, barangan kemas ikonik THOMAS SABO memperoleh peningkatan berlian istimewa di bawah rangkaian jenama Glam & Soul Diamonds, menjadikannya simbol kasih sayang yang amat bernilai.  Mewakili kecantikan wanita, rangkaian Triangle Diamonds baharu menyatukan kehebatan moden dengan karisma yang unik.

Bermula dari musim baharu dan seterusnya, barisan Love Bridge yang boleh diukir akan diluaskan lagi dengan menyenaraikan barisan cincin Love Bands dan barisan loket Love Coins yang simbolik.

Permata berimpak tinggi: Barisan Nile Treasures yang diilhamkan oleh budaya begitu meyakinkan dengan simbol perlindungan dari Mesir yang menampilkan rekaan abstrak.  Siri Prana dengan seni timur jauh dan corak paisley tradisi melengkapi koleksi barang kemas yang baharu ini.

@THOMASSABO #TogetherWith

Muat turun imej resolusi tinggi: http://images.thomassabo.com/www/2/2016/07/THOMAS-SABO_STERLING-SILVER-AW16_IMAGES.zip

Latar Belakang THOMAS SABO
THOMAS SABO merupakan syarikat peneraju dunia bagi barangan kemas, jam tangan dan kecantikan, mereka, menjual dan mengedar produk gaya hidup wanita dan lelaki.  Syarikat ini beroperasi dengan hampir 300 kedainya sendiri di kesemua lima benua dan berkolaborasi global dengan kira-kira 2,800 rakan kongsi dagangan.

Hubungan Berita
Felizia Kindermann I Ketua Pegawai Perhubungan Antarabangsa & Korporat
Tel: +49-912-397-150-0
Mel: press@thomassabo.com  
http://www.thomassabo.com   

Source: THOMAS SABO GmbH & Co.KG
Keywords: Fashion Jewelry Precious Metals Retail New products/services