omniture

Pertembungan Gaya Hidup dan Inovasi - THOMAS SABO Perkenal Koleksi Jam Tangan Musim Luruh/Sejuk 2016

THOMAS SABO GmbH & Co.KG
2016-07-11 08:44 609

LAUF AN DER PEGNITZ, Jerman, 11 Julai 2016 /PRNewswire/ -- THOMAS SABO memperkenalkan Koleksi Jam Tangan baharu, menggabungkan rekaan estatik bergaya dan unik: menonjolkan rekaan baharu bagi lelaki dan wanita dalam rangkaian Spirit yang mengagumkan dengan konsep warna sofistikated gelang keluli tahan karat.  Dengan rona kehitaman, jam tangan Karma baharu,  jam tangan wanita yang elegan, memberi penghormatan kepada lingua rekaan unik THOMAS SABO.

Jam tangan Spirit merupakan penafsiran semula tali jam tangan klasik rekaan tekstil berbelang – dengan gelang rantai keluli tahan karat Milanaise yang menampilkan belang berwarna baharu di THOMAS SABO. Palet warna rangkaian belang yang disadur ion bermula dewngan warna hitam, biru hinggalah ros berseri dan kuning keemasan.  Rekaan wanita yang lain termasuk muka jam berwarna biru diraja, merah tua atau hijau, manakala gelang rantai monokrom emas memperlihatkan tumpuan tambahan yang memberikan gaya berwarna warni yang menjadi perhatian.  Rekaan anggun dalam gaya hitam kusam dan jarum penunjuk ros berwarna emas menyerlahkan lagi rangkaian jam tangan ini.

Kod rekaan ikonik adalah tanda dagangan THOMAS SABO dan jam tangan Karma dengan kraun bersaiz besar yang diilhamkan oleh paten filigri arabes THOMAS SABO merupakan ekspresi hebat kesenian ini.  Jam tangan Masculine Rebel Icon dengan tali hitam kusam gaya pelumba dan tengkorak bergaya pada permukaan jam melengkapkan koleksi jam baharu ini.

Jam tangan THOMAS SABO – alami detik-detik istimewa nan indah.

Muat turun imej resolusi tinggi: http://images.thomassabo.com/www/2/2016/07/THOMAS-SABO_WATCHES-AW16_IMAGES.zip

Latar Belakang THOMAS SABO
THOMAS SABO merupakan salah satu syarikat peneraju global barangan kemas, jam tangan dan kecantikan, mereka, menjual dan mengedarkan produk gaya hidup wanita dan lelaki.  Syarikat ini beroperasi di hampir 300 kedainya sendiri di seluruh lima benua dan berkolaborasi di peringkat global dengan 2,800 rakan kongsi dagangan.

Hubungan Berita
Felizia Kindermann I Ketua Pegawai Perhubungan Antarabangsa & Korporat

Tel: +49912397150-0
Mel: press@thomassabo.com  
http://www.thomassabo.com

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160705/386121

Source: THOMAS SABO GmbH & Co.KG
Keywords: Fashion Jewelry Mining/Metals Precious Metals Retail New products/services