MINNEAPOLIS, 11 Julai 2016 /PRNewswire/ -- Maklumat berikut disiarkan oleh firma undang-undang Gustafson Gluek PLLC; Cotchett, Pitre & McCarthy, LLP; Lockridge Grindal Nauen P.L.L.P.; dan Lovell Stewart Halebian Jacobson LLP.
Jika seseorang individu atau syarikat menggunakan perkhidmatan penghantar barangan tertentu, mereka mungkin layak menerima bayaran tunai yang agar besar daripada Penyelesaian tindakan kelas. Penyelesaian tersebut telah dicapai bersama dua Defendan terakhir. Sebelum ini, Penyelesaian telah dicapai bersama 29 Defendan. Senarai penuh kesemua Defendan disediakan di laman sesawang penyelesaian tersebut: www.FreightForwardCase.com.
Penyelesaian ini melibatkan tuntutan mahkamah yang mendakwa beberapa syarikat penghantar barangan bersetuju untuk meletakkan harga bagi perkhidmatan penghantar barangan mereka di seluruh dunia, termasuk laluan di A.S. dan antara A.S. dan China, Hong Kong, Jepun, Taiwan, India, Jerman, U.K. dan beberapa kawasan di Eropah. Defendan Penyelesaian tersebut menafikan mereka melakukan kesalahan.
Perkhidmatan Penghantar Barangan menyediakan pengangkutan atau perkhidmatan logistik bagi penghantaran yang melibatkan organisasi atau pengangkutan barangan melalui udara dan laut, yang mungkin termasuk perkhidmatan kereta api dan lori sampingan, di peringkat antarabangsa dan tempatan, selain aktiviti-aktiviti berkaitan seperti pelepasan kastam, pergudangan dan perkhidmatan di darat.
Ahli Kelas termasuk dalam satu atau lebih bagi Penyelesaian ini sekiranya mereka: (1) Mendapatkan Perkhidmatan Penghantar Barangan secara terus; (2) daripada mana-mana Defendan, anak syarikat atau rakan sekutu; (3) bermula pada 1 Januari 2001 hingga 4 Januari 2011; (4) di A.S.; atau di luar A.S. bagi penghantaran di dalam, ke, atau dari A.S.
DHL dan Hellmann akan menubuhkan Dana Penyelesaian berjumlah $53,550,000. Jumlah faedah setiap pembeli akan ditentukan oleh Pelan Peruntukan, yang disiarkan di www.FreightForwardCase.com.
Maklumat Penting
Mahkamah akan mengadakan perbicaraan pada 4 November 2016 bagi mempertimbangkan sama ada untuk meluluskan (1) Penyelesaian tersebut, (2) pemintaan tambahan fi peguam sehingga 33% daripada Dana Penyelesaian, berserta faedah dan bayaran pampasan untuk perbelanjaan litigasi; dan (3) permintaan ganjaran perkhidmatan Wakil Kelas tidak melebihi $75,000 setiap seorang.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Penyelesaian ini dan hak-hak Ahli Kelas, sila layari www.FreightForwardCase.com, hubungi talian 1-877-276-7340 (A.S. & Kanada) atau 1-503-520-4400 (Antarabangsa), atau alamatkan kepada: Freight Forwarders Claims Administrator, P.O. Box 3747, Portland, ATAU, 97208-3747.