omniture

Procahaya+ Bunyi Shanghai, Pesta Industri Peneraju Antarabangsa Asia, Bakal Diadakan Pada 26-29 Oktober 2016

Berpindah lokasi ke dewan N1, N2 dan N3 Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai
INTEX Shanghai Co., Ltd.
2016-07-11 09:12 552

SHANGHAI, 11 Julai 2016 /PRNewswire/ -- Rangkaian menyeluruh produk pro audio, cahaya, pentas dan hiburan daripada lebih 500 jenama dan syarikat terkemuka industri akan dipamerkan di Procahaya + Bunyi Shanghai 2016, akan diadakan pada 26-29 Oktober di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai.

Penyertaan jenama terkemuka dunia industri

Menggunakan ruang pameran seluas 38,000 meter persegi, Procahaya + Bunyi 2016 mengalu-alukan jenama bertaraf dunia dan Cina peneraju industri termasuk:

AIKA, Aiweidy, AKG, Alctron, Audiocenter, Audio-technica, Behringer, beyerdynamic, Big Dipper, BLG, CPL, csyes, dBTechnologies, deliya, Desam Audio, DGX, DJPOWER, DPA, ETC, FDB, Fidek, FS Audio, Global Truss, HARMAN, Hi-Ltte, HMAUDIO, Hotion, Hotwood , ICAN, ISK, JBL, JES, JOLLY, Kaifat, KV2 Audio, LITELEES, JTS, Maxo, Midas, NEXO, nightsun, Qituo, Robert Juliat, SAE, Sennheiser, Soundking, Srexact, SSA, Superlux, Takstar, TASSO, TONOCH, Tonwel, TW Aduio, Vello, Viasho, YAMAHA, YELLOWRIVER, YME, ZSOUND dan ZYlight.

Zon rakaman & produksi rekaan baharu

Zon Rakaman dan Produksi baharu juga akan dibentuk bagi memenuhi permintaan tinggi produk berkenaan dalam pasaran.  Dengan perubahan konsep dan lokasi, peserta akan meraih lebih banyak peluang perniagaan, jaringan dan pembelajaran.

Platform kerjasama yang menyeluruh

Banyak acara sampingan penuh yang bakal diadakan serentak dengan pameran bagi menyediakan rakan industri dengan idea perniagaan dan peluang membina jaringan yang hebat.  Beberapa acara program yang diberi penarafan tinggi termasuk Persembahan Vision X Network Production, Forum Teknologi Rakaman, Kursus Latihan VPLT, dan Arena Bunyi Konsert.

Bagi syarikat yang mencari peluang untuk mengembangkan perniagaan mereka dan mendapatkan maklumat pasaran Asia, Procahaya + Bunyi Shanghai merupakan pilihan yang terbaik.  Kami menantikan penyertaan anda di Shanghai pada Oktober ini.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman sesawang rasmi kami: http://www.prolightsound.com

HUBUNGI:
Vicky Fu
+86-21-6295-3191
fuhaiqiang@intex-sh.com

Latar Belakang Procahaya + Bunyi Shanghai

Dianjurkan oleh INTEX Shanghai Co., Ltd, Procahaya + Bunyi Shanghai akan diadakan di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai (2345 Longyang Road) dari 26-29 Oktober 2016.  Pameran ini meliputi sistem & peralatan AV, teknologi & peralatan audio, teknologi rakaman dan produksi, teknologi & peralatan pencahayaan professional, sistem bersepadu AV, kesan khas, laser, paparan LED, teknologi pentas & sistem kekuda, peralatan penyiaran dan sistem persidangan.

Source: INTEX Shanghai Co., Ltd.
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Entertainment Trade show news