omniture

SUEZ Melancarkan Saliran Bandar AQUADVANCED(R), Penyelesaian Inovatif bagi Mengoptimumkan Prestasi Jaringan Pembentungan dan Air Hujan serta Memelihara Alam Semula Jadi

SUEZ
2016-07-12 10:33 732

SINGAPURA, 12 Julai 2016 /PRNewswire/ -- Berdepan dengan pertambahan penduduk di kawasan bandar, pemanasan global dan perubahan peraturan, usaha mengoptimumkan prestasi jaringan pembentungan dan air hujan menjadi keutamaan pihak berkuasa tempatan. Bagi mengatasi cabaran ini, SUEZ melancarkan Saliran Bandar AQUADVANCED® [1], satu penyelesaian digital yang membolehkan pihak berkuasa memantau jaringan pembentungan dan air hujan pada masa sebenar bagi mengurangkan risiko kejadian banjir serta untuk mengawal kualiti pelepasan air ke alam semula jadi.

MENGOPTIMUMKAN PRESTASI JARINGAN PEMBENTUNGAN DAN AIR HUJAN: CABARAN BUAT PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Proses pembandaran yang kian pesat dan pertambahan permukaan yang tidak telap di kawasan bandar telah mengurangkan penyerapan air hujan secara semula jadi ke dalam tanah sebanyak 15%. Baki 85% air tersebut mengalir di permukaan, mengumpul sisa-sisa yang terendap pada bumbung dan jalan raya (bahan api, logam berat, plastik, dll.). Pihak berkuasa tempatan berhadapan dengan cabaran untuk mengumpulkan air yang tercemar ini ke dalam jaringan pembentungan dan seterusnya merawat air ini di dalam loji rawatan air sisa bagi tujuan mengurangkan risiko kejadian banjir yang serius, kecederaan dalam kalangan manusia dan pemusnahan bahan, serta pencemaran terhadap ekosistem alam semula jadi. Air hujan bertanggungjawab terhadap 50% daripada pencemaran yang mengalir ke dalam sungai dan pantai di kawasan bandar.

SALIRAN BANDAR AQUADVANCED® UNTUK MENGURUS SISTEM PEMBENTUNGAN DAN AIR HUJAN DENGAN LEBIH BAIK, MENGELAKKAN KEJADIAN BANJIR SERTA MEMELIHARA KUALITI SISTEM AIR YANG DITERIMA

Bagi menangani segala cabaran ini, SUEZ melancarkan Saliran Bandar AQUADVANCED®satu penyelesaian digital yang dapat membantu pihak berkuasa tempatan mengurus sistem pembentungan dan air hujan mereka. Instrumen ini menyediakan pilihan penyelesaian yang dapat memenuhi keperluan mereka dengan cara terbaik, bermula dengan pemantauan terhadap alam sekitar (sungai, laut, jaringan pembentungan), kepada ramalan kejadian banjir dan pencemaran alam semula jadi, selain pengurusan secara ramalan dan dinamik terhadap sistem pembentungan yang lengkap.

Saliran Bandar AQUADVANCED® menyediakan maklumat global pada waktu sebenar terhadap seluruh sistem, berdasarkan data yang diperoleh daripada sensor yang dipasang di dalam jaringan dan alam sekitar (sungai, anak sungai, dll.) serta ramalan cuaca jangka pendek. Dengan memusatkan dan menganalisis kesemua data ini, penyelesaian perisian ini dapat meramalkan prestasi hidraulik jaringan tersebut (kapasiti penyimpanan tepu, jumlah yang perlu dirawat, dll.) atau ekosistem semula jadi (risiko pencemaran atau anak sungai yang melimpah). Bagi sistem pembentung tertentu, instrumen ini juga dapat menentukan strategi kawalan terbaik dan memantau kemudahan sistem secara automatik dan pada jarak jauh (kawasan tadahan, stesen pengepaman, dll.).

Saliran Bandar AQUADVANCED® meramalkan risiko air sisa yang tidak dirawat melimpah masuk ke dalam ekosistem semula jadi, memantau kualiti pelepasan air setiap hari dan membantu melindungi alam sekitar. Penggunaan sistem ini dapat mengurangkan jumlah air hujan yang mengalir ke dalam sungai atau laut sehingga 45%.

Dibentangkan sempena Minggu Air Antarabangsa Singapura (10-14 Julai) yang kini sedang berlangsung, Saliran Bandar AQUADVANCED® telah pun diperkenalkan di lapan buah bandar di Eropah, termasuk Bordeaux, gabungan bandar Paris, Marseille dan Barcelona.

Sebagai peneraju bagi pasaran Air Pintar di Eropah, SUEZ melengkapi tawarannya bagi menyokong pihak berkuasa tempatan dalam usaha pengurusan sumber yang mampan menerusi perisian pengurusan ini khusus untuk mengoptimumkan prestasi jaringan pembentungan dan air hujan. Saliran Bandar AQUADVANCED® melengkapi tawaran perisian sedia ada untuk jaringan air minuman, dikenali sebagai Jaringan Air AQUADVANCED®

SUEZ

Kita sedang berada pada fasa permulaan revolusi sumber. Berdepan dengan jumlah penduduk dunia yang semakin bertambah, pembangunan kawasan bandar yang semakin giat dijalankan dan sumber yang semakin berkurangan, keselamatan, pengoptimuman dan pemulihan sumber adalah amat penting untuk masa depan kita. SUEZ (Paris: SEV, Brussels: SEVB) membekalkan 92 juta individu dengan air minuman dan 65 juta penduduk dengan perkhidmatan sanitasi, mengumpul bahan-bahan buangan daripada hampir 34 juta penduduk, memulihkan 16 juta tan sisa buangan setiap tahun selain menjana tenaga tempatan dan boleh diperbaharui sebanyak 5,855 GWh. Bersama 82,530 kakitangan, SUEZ yang berada di kesemua lima buah benua, merupakan penggiat utama dalam usaha pengurusan sumber yang mampan. SUEZ berjaya mengumpul jumlah pendapatan sebanyak of €15.1 bilion pada tahun 2015.

SUEZ DI ASIA

SUEZ telah berada selama lebih 60 tahun di Asia Tenggara dan 40 tahun di China menerusi segmen pengurusan air dan sisa. Bersama 9,500 kakitangan dan lebih 50 usaha sama dengan rakan kongsi tempatan, SUEZ menyokong pihak berkuasa dan industri membangunkan penyelesaian yang inovatif bagi menangani isu perubahan iklim dan usaha pengurusan sumber yang mampan. Syarikat ini membangunkan lebih 420 loji rawatan air dan air kumbahan di Asia, membekalkan air minuman untuk 20 juta individu. Syarikat ini mengendalikan kontrak air PPP pertama China di Macau. Syarikat ini juga merupakan peneraju bagi industri pengurusan sisa di Hong Kong dan berkongsi kepakarannya terhadap pengurusan perkhidmatan alam sekitar untuk 11 taman perindustrian. Pada tahun 2015, SUEZ berjaya mengumpul pendapatan melebihi €1 bilion hasil daripada aktiviti yang dijalankan di Asia.

Maklumat Perhubungan Media:

SUEZ Paris

Catherine des Arcis
Tel: +33 1 58 810 54 23
Emel: catherine.desarcis@suez-env.com

SUEZ Asia

Joey CHIO 
Tel: +853 6681 4700 
Emel: joeychio@sinofrench.com

[1] AQUADVANCED® ialah tanda dagang berdaftar atau tanda dagang yang masih menunggu kelulusan.

Source: SUEZ
Keywords: Computer/Electronics Utilities Water Utilities New products/services Trade show news