omniture

Deccan Odyssey Perkenalkan Tawaran Teman Seperjalanan

Deccan Odyssey
2016-07-12 11:31 670

MUMBAI, 12 Julai 2016 /PRNewswire/ -- Deccan Odyssey, kereta api mewah yang meraih anugerah, dikendalikan oleh Cox & Kings, rakan kongsi penyumberan luar bagi Maharashtra Tourism Development Corporation (MTDC), di India, mengumumkan satu Tawaran Teman Seperjalanan yang eksklusif bagi jadual perjalanan baharu bermula pada Oktober 2016 ini. Anda kini boleh menempah kabin dan mendapatkan diskaun sebanyak 25% bagi teman perjalanan anda.

Deccan Odyssey bakal memulakan perjalanan uniknya bermula pada Oktober 2016 ini. Tawaran ini adalah tertakluk kepada tempahan yang dibuat bermula pada 16 Jun hingga 31 Ogos 2016. Tawaran istimewa ini disediakan secara ekslusif untuk NRI, pemegang kad OCI, warga India/warga Asing (termasuk Teluk & Timur Jauh). Kereta api ini telah diubah suai bagi memperlihatkan keperluan penumpang generasi baharu yang sentiasa berubah.

Selain daripada diskaun untuk teman seperjalanan, setiap pasangan berpeluang menikmati sesi spa yang menenangkan selama 30 minit secara percuma di 'Ayush', iaitu sebuah spa yang serba mewah. Banyak lagi yang turut ditawarkan; penumpang juga boleh memanjakan diri dengan minuman wain/bir percuma di bar dengan stok yang lengkap ketika menaiki kereta api Deccan Odyssey.

Kereta api ini berjaya menjadi tumpuan menerusi perkhidmatannya yang berkualiti tertinggi berserta kemudahan bertaraf dunia. Perjalanan yang disediakan menawarkan sekilas pemandangan India Yang Menakjubkan menerusi hentian di destinasi yang mempunyai kepentingan sejarah dan pelbagai nilai kebudayaan. Setiap perjalanan dengan menaiki Deccan Odyssey ialah satu penerokaan terhadap kepelbagaian India dan penemuan tradisi yang tak lapuk dek zaman.

Klik di sini bagi mengetahui lebih lanjut tentang butiran lawatan perjalanan selama lapan hari tujuh malam.

Aturcara Lawatan:

  • Maharashtra Yang Mengagumkan 
  • Khazanah Tersimpan Gujarat 
  • Odyssey India
  • Persinggahan India 
  • Permata Deccan 
  • Jejak Liar Maharashtra

Sebarang maklumat lanjut layari laman sesawang kami di http://www.thedeccanodyssey.com dan untuk membuat tempahan sila emelkan kepada kami melalui trains@deccanodyssey.in

Latar Belakang Deccan Odyssey  

Deccan Odyssey ialah salah satu kereta api mewah paling diminati di India. Kereta api ini memiliki 21 gerabak, 12 daripadanya merupakan gerabak penumpang yang boleh memuatkan 8 individu setiap gerabak (10 Kereta penumpang/mewah, 4 coupe setiap gerabak – 2 Suit Presiden, 2 coupe setiap gerabak), 1 Kereta Persidangan/Hiburan, 2 Kereta Menjamu Selera, 2 Kereta Penjana dengan Ruang Simpanan Bagasi, 2 Kereta Kakitangan, 1 Kereta Spa, 1 Kereta Bar. Muatan keretapi ini adalah untuk 88 orang penumpang.

Pada tahun 2015, Deccan Odyssey berjaya meraih pelbagai anugerah dan antaranya ialah Anugerah Pelancongan Dunia bagi kategori kereta api mewah utama di Asia dan Anugerah Pelancongan India bagi kategori kereta api mewah Terbaik di India.

Sebarang maklumat lanjut hubungi: thomasct@coxandkings.com

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160711/813035

Source: Deccan Odyssey
Keywords: Leisure/Travel/Hotels Railroads and Intermodal Transportation Transportation Travel New products/services