omniture

Handheld Melancarkan Peranti Android Tahan Lasak Semua Dalam Satu NAUTIZ X2

Handheld Group
2016-07-12 14:30 712

LIDKÖPING, Sweden, 12 Julai 2016 /PRNewswire/ --

Handheld Group, pengeluar terkemuka bagi komputer mudah alih tahan lasak, hari ini mengumumkan peranti genggam untuk perusahaan, Nautiz X2 yang menyepadukan fungsi pengimbas berkualiti tinggi, kamera dan telefon bimbit, di samping menawarkan faktor bentuk paling kompak dan ergonomik yang terdapat dalam pasaran.

Peranti Nautiz X2 menyediakan komputer mudah alih dengan fungsi semua dalam satu buat pengguna perusahaan, yang mampu mengurus semua tugasan kerja harian, dengan ciri-ciri tahan lasak terbina dalam yang membolehkannya digunakan di mana-mana jua, termasuk di gudang, persekitaran luar yang mencabar dengan kelembapan, debu, suhu yang amat tinggi atau amat rendah serta kemungkinan untuk jatuh.

Bagi melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/players/uk/7832051-handheld-launches-nautiz-x2-rugged-android

Nautiz X2 menyediakan gabungan ciri-ciri serta keupayaan yang paling lengkap dan serba boleh:

  • Kuasa komputer terhasil daripada pemproses quad-teras dan Sistem Pengendalian Lollipop 5.1 Android yang mudah digunakan.
  • Pengimbas berkualiti tinggi dan berkelajuan tinggi yang menawarkan keupayaan 1D atau 2D.
  • Kamera yang disepadukan menawarkan tahap kejelasan 8 megapiksel, berserta autofokus dan denyar.
  • Nautiz X2 menyediakan fungsi telefon Android 4G/LTE.
  • Ia dilengkapi dengan Google GMS, membolehkan pengguna menggunakan Google Maps dan memuat turun aplikasi Play Store.
  • Paparan kapasitif 4.7-inci yang membolehkan pembacaan pada sinaran matahari menawarkan sensitiviti berbilang sentuhan.

Nautiz X2 menawarkan nilai terbaik berbanding peranti genggam yang lain. Namun, ciri yang membezakannya ialah kombinasi antara saiz yang kecil, ringan dan reka bentuk yang bergaya.

"Cabaran dalam mereka bentuk peranti peneraju dalam industri bagi kategori produk tertentu ialah untuk mengimbangi faktor-faktor utama seperti teknologi, reka bentuk, bahan dan kebolehgunaan secara umum, selain sentiasa mengambil kira kosnya," kata Johan Hed, pengarah pengurusan produk Handheld Group. "Kehebatan Nautiz X2 ialah ia mempunyai reka bentuk genggaman yang ketara dan memenuhi ciri-ciri peranti teknologi mewah, dan kami masih mampu menawarkan produk ini pada nilai hebat."

Nautiz X2 ini berukuran 150 mm x 73.5 mm, sedikit dalam yang berukuran 16 mm pada bahagian papan kekunci dan hanya seberat 230 gram. Ia memperoleh penarafan perlindungan kemasukan IP65 daripada debu, pasir dan rendaman air. Ia juga memenuhi piawaian ketenteraan MIL-STD-810G yang ketat bagi ciri ketahanan dan kerintangan keseluruhan terhadap kelembapan, kejutan, gegaran, jatuhan, garam dan suhu melampau. Skrin sentuh peranti ini diperbuat daripada Gorilla Glass bagi meningkatkan ketahanan.

Ketersediaan 

Sebarang pesanan untuk produk Nautiz X2 boleh dibuat serta merta. Pengeluaran penuh dijangka pada bulan Julai.

Pautan berkaitan

Spesifikasi produk NAUTIZ X2 
Gambar media 
Webinar pengenalan produk 
Latar Belakang Handheld Group 
Rangkaian produk Handheld 
Apa itu tahan lasak?

'Tweet' berita ini

Handheld memperkenalkan peranti android tahan lasak semua dalam satu NAUTIZ X2 baharu dengan pengimbas berkualiti tinggi http://www.handheldgroup.com/X2

Latar Belakang Handheld 

Handheld Group ialah pengeluar komputer mudah alih, PDA dan tablet yang tahan lasak. Handheld dan rakan kongsinya di seluruh dunia menyediakan penyelesaian mobiliti yang lengkap untuk syarikat dalam industri seperti geomatik, logistik, perhutanan, pengangkutan awam, utiliti, pembinaan, penyelenggaraan, perlombongan, ketenteraan dan keselamatan. Handheld Group di Sweden memiliki pejabat tempatan di Finland, U.K., Belanda, Itali, Jerman, Switzerland, Australia dan AS. Sebarang maklumat lanjut, sila layari http://www.handheldgroup.com

Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160711/388330

Source: Handheld Group
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services