omniture

Acision Lancar Penciptaan Nilai Dengan Porfolio Baru Perkhidmatan Global

Acision
2013-02-28 11:25 239

- Acision sokong pelanggan dengan mengembangkan lagi ekosistem pesanan mesej mudah alih, serta mewujudkan nilai perkhidmatan dengan kepakaran dalam perkhidmatan Pelaksanaan, Sokongan dan Profesional

- Acision laksanakan MMSC maya pertama, meneraju hala tuju penyampaian perkhidmatan masa hadapan

BARCELONA, Sepanyol, 28 Februari 2013 /PRNewswire/ -- Sebagai peneraju global dalam bidang pesanan mudah alih dan pakar dalam melaksanakan penyelesaian pesanan kepada pelanggan selama lebih 20 tahun, Acision kini mengumumkan pelancaran portfolio baru mereka: Portfolio Perkhidmatan Global. Ianya direka selari dengan perubahan dinamik yang dialami oleh sistem pesanan mudah alih serta landskap perkhidmatan penyampaian. Porfolio tersebut lebih menumpukan kepada "Penciptaan Nilai" dengan menyediakan produk dan perkhidmatan yang menyokong para pelanggan menerusi kitaran hayat pesanan secara keseluruhan – dari peringkat awal fasa rekaan hingga ke pengurusan akhir hayat dan penghijrahan kepada teknologi generasi masa depan.  Dengan struktur yang baru yang dibentuk merentasi pasukan Pelaksanaan, Perkhidmatan dan Sokongan Pr     ofesional Acision menyediakan para pelanggannya dengan rangkaian perkhidmatan bagi rangkaian hari ini, esok dan masa depan.

"Sepanjang beberapa tahun yang lalu, ekosistem yang dinamik dalam pesanan mudah alih telah berubah secara mendadak, dengan jumlah yang melebihi daripada yang sepatutnya, serta perkhidmatan pesanan mesej rangkaian social telah menembusi pasaran industri, di mana secara tidak langsung ianya telah mengambil alih kedua-dua bahagian ini; iaitu minda dan pasaran. Para penyelidik juga meramalkan bahawa hasil perkhidmatan pemesejan melalui telefon bimbit mampu meningkat kepada $195.9juta menjelang tahun 2016, dengan trafik perkhidmatan mesej yang meluas adalah dijangkakan mampu menggandakan nilainya dalam tempoh tiga tahun akan datang," kata Rob Bellis, EVP Global Services, Acision.  "Untuk kekal dalam dunia yang berorientasikan perkhidmatan pantas ini merupakan satu cabaran bagi semua pemain industry, dan untuk terus hidup bererti memegang satu peranan unik, yang mambawa maksud menyediakan perkhidmatan dan penyelesaian mendahului pesaing lain, yang boleh dilaksanakan dengan cekap dan berkesan, menyenggara dan mengurus, dan mendapat keuntungan dengan mendapatkan maklumat tentang aliran trafik dan prestasi pasaran.  Dengan legasi kami dalam bidan pesanan, Acision kini mempunyai portfolio perkhidmatan yang membantu pelanggan dalam hal-hal sedemikian – memberikan perkhidmatan bernilai tinggi dan pantas ke dalam pasaran."

Portfolio Perkhidmatan Global Acision merentasi perkhidmatan Pelaksanaan, Sokongan dan Profesional disesuaikan bagi mencipta nilai dan penggunaan platform Acision yang dilaksanakan ke atas rangkaian pelanggan atau di atas awan dengan lebih baik. Pendekatan Acision ini dapat memastikan perkhidmatan yang terbaik dalam kelasnya pada kos yang lebih rendah dan dapat memaksimumkan pulangan untuk pelanggan. Dalam masa yang sama mendorong mereka melalui peralihan daripada perkhidmatan dalam rangkaian kepada IP dan model penyampaian awan. Bagi semua peringkat kitaran hayatnya, Acision menawarkan nilai kompetitif berasaskan perkhidmatan, modular pakej perkhidmatan serta Perkhidmatan Profesional premium yang disampaikan oleh pakar-pakar Perkhidmatan Global Acision.

"Dengan sebuah pasukan pakar yang menyeluruh meliputi semua bidang teknologi pesanan dan kefahaman dalam kitaran hayat pelanggan, Acision menitikberatkan kehendak dan keperluan pelanggan serta membolehkan mereka untuk memberi perhatian yang lebih baik terhadap perniagaan utama mereka. Dengan Portfolio Perkhidmatan Global kami yang baru, kami dapat membantu pelanggan kami dalam mencapai perkhidmatan yang stabil, tersedia, cekap pengurusan, berkesinambungan, perkhidmatan pembungkusan dan penghantaran yang pantas suatu perkhidmatan baru. Kejayaan yang dicapai adalah berdasarkan penyediaan perkhidmatan yang tidak ternilai dan Acision membantu pelanggan kami untuk mencapai matlamat ini," sambung Bellis.

Satu contoh terbaru kebolehan Acision yang cemerlang dalam pelaksanaan, pengurusan, dan penyelenggaraan infrastruktur perisian MMS yang pertama dalam rangkaian hidup. Hal ini bukan sahaja dapat meningkatkan penjimatan kos dan pulangan yang pantas bagi pelaburan (ROI) kepada pelanggan yang terlibat, malah dalam masa yang sama pelaburan untuk perkakasan, masa pelaksanaan dan ruang rak dapat dikurangkan, sambil menjamin kualiti yang tinggi yang diharapkan oleh pengguna. MMSC maya Acision adalah peneraju penghantaran pesanan multimedia dengan membolehkan peruntukan automatik untuk pengguna kali pertama, melaksanakan adaptasi media untuk dipadankan dengan keupayaan telefon, dan menyediakan saling kendali MSSC yang terbukti bagi membolehkan penyampaian pesanan kepada rangkaian pengendali yang lain.

"Kejayaan ini  menjadi bukti kepada pasukan Perkhidmatan Global kami serta kestabilan platform MMSC kami, di mana ia merupakan perkhidmatan termaju di pasaran. Sebagai sebahagian daripada pertukaran kepada platform maya dengan hanya perisian-sahaja, kami dapat melihat kemajuan yang sangat baik dalam menggerakkan penyampaian pesanan pada tahap yang seterusnya. Kami juga telah bersedia untuk membantu pelanggan kami dalam peralihan ini. Saya merasa sangat bangga untuk menjadi sebahagian pengalaman MMSC 'yang pertama' di Acision dan 'yang pertama' di peringkat global," Bellis membuat kesimpulan.

Perkhidmatan Global Acision: Mencipta Nilai

Perlaksanaan: Acision menawarkan Perkhidmatan Perlaksanaan berasaskan nilai untuk menyampaikan produk dan penyelesaian Acision dalam rangkaian pelanggan dan melalui awan. Pilihan pelaksanaan datang dalam pakej penyelesaian pemasangan dan konfigurasi berbentuk standard dan modul dipertingkat bagi untuk memenuhi permintaan khusus pelanggan di seluruh perkhidmatan perpindahan dan integrasi sistem.

Sokongan: Acision menawarkan Perkhidmatan Sokongan berasaskan nilai yang menyediakan operasi dan penyelenggaraan berterusan kepada penyelesaian Acision untuk pelanggan. Ianya disediakan  sebagai tawaran pelbagai peringkat di seluruh Perkhidmatan Sokongan Acision, Perkhidmatan Penyelesaian Sokongan Dipertingkat, dan Perkhidmatan Sokongan Proaktif., menyediakan modul asas hingga modul dipertingkat, bergantung kepada kehendak pelanggan.

Perkhidmatan Profesional: Katalog Perkhidmatan Profesional Acision menawarkan pelbagai perkhidmatan berasaskan nilai untuk membantu pelanggan dalam kitar hayat pesanan termasuklah Perkhidmatan Rekaan, Perkhidmatan Berpakej dan Perkhidmatan Atas Permintaan dihantar melalui Awan, Konsultasi serta Pelangganan dan Peningkatan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Portfolio Perkhidmatan Global Acision dan pendekatan mengenai penciptaan nilai dengan lebih jelas, sila lawati Acision di Kongres Dunia Mudah Alih, di Dewan 6, 6C20.   

NOTA KEPADA EDITOR

Mengenai Acision

Sebagai pemimpin global dalam pesanan mudah alih, Acision menghubungkan dunia dengan menjanakan perkhidmatan pesanan tidak berkelim, yang memperkayakan pengalaman komunikasi mudah alih dan mewujudkan peluang-peluang baru bagi pendokong dan perniagaan di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, layari Acision di http://www.acision.com

Source: Acision
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Mobile Entertainment Telecommunications Wireless Communications New products/services