omniture

Pameran Kesenian "We're All Smurfs!" @ Harbour City

Harbour City
2016-07-18 07:16 1153

HONG KONG, 18 Julai 2016 /PRNewswire/ --

Kami semua Smurf! Sempena musim panas ini, Smurfs akan memulakan satu Jelajah Kesenian Asia bagi menyatakan pegangan mereka tentang keharmonian tanpa sempadan. Lokasi pertama yang disinggahi ialah Harbour City di Hong Kong!

 

Kunjungi Perkampungan "We're All Smurfs" yang luas dan bermain permainan interaktif teknologi AR di dalam rumah cendawan!
Kunjungi Perkampungan "We're All Smurfs" yang luas dan bermain permainan interaktif teknologi AR di dalam rumah cendawan!

 

Karya seni istimewa Peyo dipamerkan di Gallery. Jualan Amal Dalam Talian Global UNICEF x figura putih suci Smurf
Karya seni istimewa Peyo dipamerkan di Gallery. Jualan Amal Dalam Talian Global UNICEF x figura putih suci Smurf

 

Hidangan Istimewa Smurfs diperkenalkan oleh pelbagai restoran
Hidangan Istimewa Smurfs diperkenalkan oleh pelbagai restoran

 

Majlis pembukaan dirasmikan oleh penyanyi dan bintang filem terkenal, En. Aaron Kwok.
Majlis pembukaan dirasmikan oleh penyanyi dan bintang filem terkenal, En. Aaron Kwok.

Bermula pada 13 Julai hingga 21 Ogos 2016, hasil transformasi ramuan magis rahsia Papa Smurf, Perkarangan Ocean Terminal di Harbour City akan menjadi sebuah perkampungan "We're All Smurfs!" yang luas. Selain itu, sebuah pameran yang memaparkan 36 karya seni asal Peyo yang istimewa akan diperkenalkan buat pertama kalinya. Lebih-lebih lagi, Smurf gergasi setinggi 4 meter akan terapung di udara menyambut kami, berserta paparan lapan sketsa komik klasik The Smurfs. Peminat Smurf boleh mengumpul figura Smurf Hong Kong Edisi Istimewa dan premium dari seluruh dunia. Kanak-kanak juga boleh menyertai sekolah musim panas The Smurfs bagi mempelajari pelbagai kemahiran dan mendapat pelbagai lencana Smurf yang diiktiraf. Selain itu, Harbour City akan menawarkan hidangan, pencuci mulut dan minuman bertemakan "We're All Smurfs!" bagi memastikan orang ramai dapat menikmati pengalaman kulinari gaya Smurf. Sementara itu, The Smurfs sekali lagi akan bekerjasama dengan UNICEF selepas jalinan kerjasama yang dibuat pada tahun 2008. Bermula pada 13 Julai hingga 21 Ogos 2016, Smurfs akan melancarkan Jualan Amalan Dalam Talian Global UNICEF x Figura Smurf "Yes I Smurf!".

Majlis perasmian pameran tersebut diadakan pada 13 Julai 2016. Nicholas Tytgat, cucu Peyo, pencipta Smurfs, terbang dari Belgium bagi menghadiri majlis ini. Harbour City turut mengundang penyanyi dan pelakon filem terkenal En. Aaron Kwok sebagai tetamu majlis perasmian ini.

Muat turun lebih banyak gambar melalui: https://www.dropbox.com/sh/tzevei9s57f03ru/AABvVY1BgdH2K78rVmNqCzOaa?dl=0

1. Selamat Datang ke Perkampungan "We're All Smurfs" yang Luas

Papa Smurf akan menggunakan ramuan magis rahsianya bagi mengubah Perkarangan Ocean Terminal di Harbour City menjadi perkampungan "We're All Smurfs" yang luas agar setiap pengunjung dapat memasuki dunia The Smurfs. Sebanyak 35 Smurfs setinggi 1-meter hidup bahagia di kampung tersebut. Pengunjung juga boleh memasuki rumah cendawan gergasi setinggi 6 meter, yang membolehkan mereka bermain permainan interaktif bersama Smurfs yang lain menggunakan teknologi AR.

2. Pameran Perdana Dunia karya seni asal di "The Smurfs House of Stories"   

Bagi "The Smurfs House of Stories" yang diadakan di Gallery by the Harbour, kita akan memberi penghormatan buat Peyo, seorang penglipurlara genius, dan mendedahkan pelbagai aspek daripada kehidupan dan bakat beliau yang cukup luar biasa. Studio Peyo akan diwujudkan semula sempena retrospektif penting ini, bagi memperlihatkan karya seni asal Peyo yang cukup istimewa, yang dipamerkan kepada dunia secara terbuka, buat pertama kali seumpamanya.

3. Pameran Model Kreatif "The Smurfs", Artis Tempatan Mencipta Semula Lapan Sketsa Komik  

Harbour City mengundang dua artis miniatur tempatan yang terkenal, Tony Lai dan Maggie Chan bagi mencipta model berdasarkan unsur-unsur penting daripada lapan sketsa komik 1:1 The Smurfs dan dipaparkan di kawasan koridor Aras Bawah, Gateway Arcade, yang membawa kita menelusuri satu laluan yang menyatukan dunia komik dan alam realiti.

4. Gedung Timbul "The Smurfs Rarities Collection"   

Gedung Timbul "The Smurfs Rarities Collection" akan dibuka di bahagian Atrium I, Gateway Arcade, dengan Smurf gergasi setinggi 4 meter terbang di udara bagi menyambut tetamu. Beberapa barangan koleksi edisi terhad, dibuat khusus untuk jelajah Hong Kong ini akan disediakan di gedung timbul semasa pameran tersebut. Ini termasuk figura Smurf Keluli Hitam 316L dan figura ukiran kayu Smurf, selain figura Smurfette memakai gaun merah, putih dan biru dalam gaya Hong Kong dan juga figura Smurf Kung-Fu

5. Hidangan Istimewa The Smurfs

Sempena Pameran Kesenian "We're All Smurfs", Harbour City turut bekerjasama dengan sejumlah besar restoran yang terdapat dalam pusat membeli belah kami (termasuk add@Prince, Cafe Marco, Dan Ryan's Chicago Grill, Han Bing Korean Dessert Café , Homie Cookies, LE CAFÉ de Joël Robuchon, niji bistro dan Three on Canton) bagi menyediakan beberapa Hidangan Istimewa Smurfs dengan penuh bangganya. Menerusi Set Minum Petang Fantasi Smurfs, minuman istimewa, pencuci mulut dan makarun, peminat Smurf pastinya amat gembira dan seronok menikmati sensasi rasa dan pandangan secara serentak.

6. Sekolah Musim Panas The Smurfs 

Setiap Smurf memiliki ciri-ciri dan bakat tersendiri. Harbour City akan membuka Sekolah Musim Panas The Smurfs di bahagian Atrium, Aras Bawah Ocean Terminal dan mengajar kanak-kanak tentang pelbagai kemahiran, termasuk berkebun, melukis, persembahan magis, dll. Selain itu, kanak-kanak akan mendapat lencana bagi setiap kemahiran dan menghadiri majlis graduasi bagi menjadi salah satu daripada Smurfs!  

* Semua hasil kutipan daripada pameran kesenian "We're All Smurfs" akan disumbangkan kepada UNICEF Hong Kong.

Acara Kemuncak Global – Jualan Amal Global UNICEF x Figura Smurf

Bagi meraikan pameran Hong Kong di Harbour City, The Smurfs dengan sukacitanya mengundang anda untuk menebarkan kasih sayang dan perhatian ke segenap pelosok dunia. The Smurfs sekali lagi akan bekerjasama dengan UNICEF setelah jalinan kerjasama yang dibuat pada tahun 2008. Kali ini, Smurfs akan melancarkan Jualan Amal Global UNICEF x Figura Smurf "Yes I Smurf!" bermula pada 13 Julai hingga 21 Ogos 2016, yang membolehkan orang ramai membuat prapesanan Figura secara dalam talian dengan harga US$60 melalui http://www.weareallsmurfs.com dan aktiviti kutipan dana akan dimulakan sekiranya jumlah prapesanan Figura mencecah 5,000. Kesemua hasil kutipan daripada jualan Figura tersebut, setelah ditolak kosnya, akan disumbangkan kepada UNICEF (Belgium) bagi membantu kanak-kanak yang hidup dalam kemiskinan.

Pertanyaan Pelanggan: (852) 2118 8666
Laman Sesawang: www.harbourcity.com.hk

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160714/8521604544-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160714/8521604544-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160714/8521604544-c
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20140721/8521404095LOGO

Source: Harbour City
Keywords: Art Entertainment Leisure/Travel/Hotels Travel Licensing/marketing agreements