- Kampus baharu akan menjadi hab sains hayat utama buat Merck dengan makmal canggih untuk kolaborasi pelanggan
- Bangunan seluas 280,000 kaki persegi yang mendapat pengesahan LEED ini akan menyediakan ruang kerja dan makmal yang fleksibel
DARMSTADT, Jerman, 19 Julai 2016 /PRNewswire/ -- Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi utama, hari ini mengumumkan rancangannya untuk membina sebuah kampus baharu di Burlington, Massachusetts yang akan menjadi hab utama perniagaan sains hayat Merck di Amerika Utara. Kemudahan seluas 280,000 kaki persegi itu akan menempatkan makmal kolaborasi pelanggan dan pusat latihan, selain ruang pejabat.
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160714/389762
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160714/389763
"Kampus Merck yang baharu dan lebih luas ini memberikan kami hab sains hayat pelbagai fungsi yang unik di Amerika Syarikat—sebuah kampus yang menyediakan persekitaran kerja yang mampan dan kolaboratif buat kakitangan dan pelanggan kami," kata Udit Batra, Ahli Lembaga Eksekutif Merck dan Ketua Pegawai Eksekutif Life Science. "Kami memiliki sejarah yang lama di Massachusetts dan sebagai peneraju global dalam bidang sains hayat, kami komited untuk mengukuhkan pengaruh kami di salah sebuah hab sains dan teknologi paling penting di dunia ini."
Kampus tersebut akan bertindak sebagai destinasi pelanggan global terunggul yang menyediakan khidmat pelanggan dan pusat panggilan serta Pusat Kolaborasi M Lab™, ruang canggih dan dikongsi untuk tujuan penerokaan yang membolehkan saintis dan jurutera syarikat bergabung tenaga dengan pelanggan bagi membantu menangani cabaran dalam sains hayat yang paling mencabar. Pusat Kolaborasi M Lab™ akan menjadi salah satu daripada sembilan pusat kolaborasi di dunia yang dibangunkan khusus untuk tujuan kerjasama, yang menyediakan latihan praktikal, ujikaji pelanggan dan penyelesaian masalah penggunaan dalam persekitaran bukan GMP. Lokasi-lokasi lain melibatkan Brazil, China, Perancis, India, Singapura dan juga Korea Selatan. Pusat Kolaborasi M Lab™ baharu dan dipertingkat yang terletak di Burlington, Massachusetts ini akan menggantikan M Lab™ yang terkenal di kemudahan milik syarikat di Billerica, Massachusetts.
"Hampir sedekad, Merck telah mewujudkan pengaruh yang besar di Massachusetts dan kami amat berbesar hati dapat menyokong usaha perluasan mereka di Burlington menerusi Program Infrastruktur MassWorks," kata Gabenor Massachusetts Charlie Baker. "Hubungan antara sektor awam dan swasta yang sekian lama terjalin adalah penting untuk pertumbuhan ekonomi kami, dan kampus Merck memperlihatkan pelaburan penting serta keyakinan terhadap masa depan yang kami kongsikan sebagai sebuah pusat sains hayat global."
Seramai 850 kakitangan sepenuh masa sains hayat Merck yang berpangkalan di Billerica akan ditempatkan di kampus baharu setelah proses pembinaan selesai pada separuh kedua tahun 2017.
Bangunan bernilai $115 juta (€104 juta) itu akan diiktiraf oleh LEED. Sistem pengkadaran LEED (Kepimpinan dalam Tenaga dan Reka Bentuk Persekitaran) merupakan sistem verifikasi pihak ketiga yang paling banyak digunakan berhubung pembinaan hijau, yang memberi pengesahan kepada bangunan yang menggalakkan kemampanan, pemuliharaan sumber dan kesihatan penduduk.
Bangunan setinggi lima tingkat dengan satu penyewa yang terletak berhampiran Route 3 dan Route 128 di Burlington dibina oleh The Gutierrez Company. Projek tersebut turut menyediakan peluang untuk meluaskan kawasan tambahan yang berukuran 70,000 kaki persegi. Merck memajak hartanah tersebut.
Merck akan mengekalkan hab sains hayat Amerika Utara yang lain di St. Louis, Missouri.
Semua siaran berita Merck diedarkan melalui emel dan turut tersedia di laman sesawang Merck serentak. Sila layari www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar dalam talian, menukar pilihan atau menghentikan langganan perkhidmatan ini.
Latar Belakang Merck
Merck ialah sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka dalam bidang penjagaan kesihatan, sains hayat dan juga bahan prestasi. Kira-kira 50,000 kakitangannya berusaha untuk terus memajukan teknologi yang dapat menambah baik serta mempertingkat kualiti kehidupan – bermula dengan terapi biofarmaseutikal bagi merawat kanser atau sklerosis berbilang, sistem yang canggih untuk tujuan penyelidikan saintifik dan pengeluaran, kepada kristal cecair untuk telefon pintar dan juga televisyen LCD. Pada tahun 2015, hasil jualan Merck mencecah € 12.85 bilion di 66 buah negara.
Ditubuhkan pada tahun 1668, Merck ialah syarikat farmaseutikal dan bahan kimia yang paling lama bertapak di dunia. Keluarga pengasasnya kekal sebagai pemilik majoriti syarikat korporat senaraian awam itu. Syarikat tersebut memegang hak global nama dan jenama Merck. Ini tidak termasuk Amerika Syarikat dan Kanada, di mana syarikat tersebut beroperasi sebagai EMD Serono, MilliporeSigma dan EMD Performance Materials.