omniture

QuickOption: Aplikasi Kewangan Yang Menguasai Internet Sepantas Kilat

QuickOption
2016-07-21 15:37 615

DUBLIN, 21 Julai, 2016 /PRNewswire/ --

Sebuah aplikasi kewangan baharu mula menguasai industri kewangan, memperbaharui pengalaman para pedagang moden masa kini. Kenali aplikasi QuickOption: diciptakan bagi memenuhi keperluan pedagang opsyen binari agar dapat menjalankan aktiviti perdagangan mereka tanpa berlengah-lengah, tepat pada masa, dengan ciri-ciri personalisasi penuh dan mengikut turun naik pasaran.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160719/390943LOGO )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160719/390942 )

Dengan berlatarbelakangkan bidang perdagangan, pasukan QuickOption berjaya membangunkan aplikasi revolusioner yang dapat memenuhi setiap keperluan pedagang, bermula daripada perantis kepada pedagang yang berpengalaman. QuickOption ialah sebuah platform yang dikawal selia sepenuhnya, yang membolehkan pengguna berdagang menggunakan teknologi yang inovatif dan canggih. Aplikasi perdagangan mudah alih ini boleh dimuat turun secara PERCUMA, yang membolehkan perdagangan dijalankan di mana-mana, pada bila-bila masa, tanpa batasan.

Aplikasi ini bukan sahaja membolehkan pedagang berdagang dengan mudah di mana-mana sahaja, bahkan ia turut menyediakan instrumen untuk tujuan pendidikan seperti:

  • Tutorial video perdagangan yang eksklusif
  • Isyarat profesional setiap jam
  • Berita dan maklumat terkini berkenaan pasaran
  • Peringatan tentang aset yang boleh disesuaikan
  • Ganjaran TUNAI
  • Bantuan peribadi sepanjang masa
  • & banyak lagi, semuanya di telapak tangan anda.

QuickOption memberi peluang kepada semua individu untuk berdagang dalam pasaran secara serta merta. Jika ini bukan alasan yang kukuh untuk memuat turun aplikasi perdagangan ini, kenali lebih lanjut tentang ikon media sosial yang mempelopori QuickOption dan menyiarkan mengenainya menerusi pelbagai platform media sosial.

Sumber: QuickOption

Source: QuickOption
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce New products/services