HeForShe IMPACT University Champions melancarkan laporan Kesamarataan Universiti buat julung kali berkaitan kesaksamaan gender dalam dunia akademik
NEW YORK, 21 Julai, 2016 /PRNewswire/ --
ACARA: |
Sebagai sebahagian daripada prakarsa HeForShe IMPACT10x10x10, Phumzile Mlambo-Ngcuka, Penolong Setiausaha Agung dan Pengarah Eksekutif UN Women, Irina Bokova, Ketua Pengarah UNESCO dan Emma Watson, Pelakon British dan Duta Besar Muhibah Global UN Women akan turut serta bersama sepuluh Presiden daripada beberapa buah universiti terkemuka di dunia (Georgetown University, Hong Kong University, University of Leicester, Nagoya University, Oxford University, University of São Paulo, Sciences Po, Stony Brook University, University of Waterloo dan University of the Witwatersrand) dalam satu sidang akhbar bagi melancarkan Laporan Kesamarataan Universiti HeForShe IMPACT 10x10x10 buat julung kalinya.. Sidang akhbar ini akan diadakan di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Bandar Raya New York sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 20 September 2016 bermula jam 11:00 pagi hingga 11:45 pagi. |
PIHAK YANG TERLIBAT: |
Emma Watson, Pelakon British dan Duta Besar Muhibah Global UN Women |
Phumzile Mlambo-Ngcuka, Penolong Setiausaha Agung dan Pengarah Eksekutif UN Women |
|
Irina Bokova, Ketua Pengarah UNESCO |
|
TEMPAT: |
S-237, Bilik Sidang Akhbar, Sekretariat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, New York |
TARIKH: |
Selasa, 20 September 2016: 11:00 pagi – 11:45 pagi |
Bagi pihak media yang membuat liputan di Sekretariat PBB di New York, akreditasi media PBB diperlukan. Maklumat lanjut di: http://www.un.org/en/media/accreditation/
Kami juga berharap anda membuat RSVP ke HeForShe@unwomen.org sebelum 3 Ogos 2016
Sertai perbincangan tersebut: Ikuti @HeForShe melalui Twitter dan kongsikan mesej anda menerusi #HeForShe #IMPACT10x10x10 #ParityReport
Latar Belakang UN Women
UN Women ialah sebuah entiti PBB khusus memperjuangkan kesaksamaan gender dan pemerkasaan wanita. Sebagai sebuah badan dunia yang memperjuangkan hak-hak wanita dan kanak-kanak perempuan, UN Women ditubuhkan untuk menggiatkan usaha bagi memenuhi keperluan mereka di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.unwomen.org.
Latar Belakang UN Women HeForShe
Diwujudkan oleh UN Women, gerakan solidariti HeForShe terhadap kesaksamaan gender menyediakan pendekatan yang sistematik dan platform khusus bagi membolehkan golongan lelaki dan kanak-kanak lelaki terlibat dan menjadi agen perubahan demi merealisasikan aspirasi kesaksamaan gender. HeForShe mengajak golongan lelaki dan kanak-kanak lelaki untuk turut serta dalam usaha yang dibuat oleh gerakan wanita sebagai rakan setara, bagi merangka dan mencapai wawasan yang dikongsi bersama berkaitan kesaksamaan gender yang akan membawa manfaat kepada seluruh manusia sejagat. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.heforshe.org/