omniture

Perkhidmatan Tindakan Tumpahan Kecemasan Global Tahap 3 Disertakan dalam Portfolio Perkhidmatan Polyeco Group

Polyeco Group
2016-07-22 16:09 549

DUBAI, UAE, 22 Julai, 2016 /PRNewswire/ --

Menerusi simpanan peralatan tindak balas tumpahan minyak milik sendiri yang terbesar, termasuk keupayaan bertindak balas dan pengurusan sisa Bahan Beracun Berbahaya (HNS) yang dikendalikan oleh kakitangan yang terlatih serta berpengalaman selain terletak secara strategik di lebih 20 lokasi seluruh dunia, kini Polyeco Group menawarkan perkhidmatan tindakan tumpahan kecemasan Tahap 3 Global pertama yang bersepadu sepenuhnya.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160721/391846 )

Terbina menerusi asas daripada 6 kemudahan serantau yang kesemuanya memiliki simpanan penting di Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah Utara dan Eropah Selatan (termasuk kawasan Mediterranean), Timur Tengah, Timur Jauh, serta jalinan kerjasama di peringkat tempatan dan global, Polyeco Group mampu memenuhi keperluan terhadap perkhidmatan tindak balas dan sisa untuk pelanggan di seluruh pelusuk dunia.

Pendekatan menerusi perkhidmatan Tahap 3 ini yang berasaskan keupayaan serantau dan kerjasama tempatan membolehkan Polyeco Group bertindak balas dengan kadar kefleksibelan yang lebih tinggi bagi menyediakan perkhidmatan di lokasi dengan pantas dan menyeluruh dengan cara yang menjimatkan. Perkhidmatan yang disediakan disokong oleh jaringan global yang terdiri daripada pakar yang diiktiraf, terlatih dan layak untuk menyediakan kepakaran terbaik terhadap tindakan dan pengurusan insiden bagi sebarang iklim dan alam sekitar.

David Cook, Pengarah Teknikal Tindakan Kecemasan, mengulas, "Kami telah menubuhkan pusat-pusat tindakan serantau yang fokus terhadap keperluan pelanggan. Pakej peralatan yang berkontena dan tersuai khusus, serta tenaga kerja pakar sentiasa bersedia untuk berkhidmat pada bila-bila masa sekiranya berlaku suatu insiden."

Kesemua fungsi sokongan insiden yang penting disediakan oleh Polyeco Group, termasuk kakitangan bagi membantu pengurusan arahan berkaitan insiden, penggerak balas di lokasi, simpanan peralatan, kapal tindak balas yang khusus, pengurusan sumber, pemulihan tanah/air dan kebolehan mengeksport atau memproses sisa. Segala perkhidmatan yang disediakan sentiasa disesuaikan mengikut keperluan pelanggan.

CEO Polyeco Group, David Nazha menambah, "Dengan menggabungkan pengalaman luas kakitangan kami dan menilai kejadian tumpahan yang berlaku sebelumnya, Polyeco Group mampu mengenal pasti dan mengatasi masalah biasa yang berlaku dalam operasi tindak balas terhadap tumpahan seraya menyediakan segala keperluan yang diperlukan. Kesimpulan daripada penilaian ini mencetuskan pewujudan yang pertama dan satu-satunya penyedia perkhidmatan Tahap 3 bersepadu sepenuhnya."

Polyeco Group boleh dihubungi sepanjang masa menerusi nombor tindakan kecemasan +44-203-500-7659, atau melalui info@polyecogroup.com.

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi: 

David Nazha, CEO, d.nazha@polyecogroup.com

David Cook, Pengarah Teknikal Tindakan Kecemasan, d.cook@polyecogroup.com,  +971-55-736-4530

Source: Polyeco Group
Keywords: Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities New products/services