TSX.V (NEX Board): GBN.H
SASKATOON, Saskatchewan, 23 Julai, 2016 /PRNewswire/ -- Cadangan Akta Kebankrapan dan Insolvensi oleh Golden Band Resources Inc. ("Golden Band") kepada pemiutangnya ("Cadangan") diluluskan oleh pemiutang pada 22 Julai 2016.
Tertakluk kepada kelulusan oleh pihak mahkamah, Cadangan tersebut menyatakan:
a) |
Procon Resources Inc. atau penamanya ("Procon") memperoleh saham Golden Band daripada transaksi tawaran ("Bidaan Kredit Hasrat Tersembunyi"); dan |
b) |
kesemua saham sedia ada dan kepentingan ekuiti dalam Golden Band ("Kepentingan Ekuiti Sedia Ada") akan ditarik balik, dibatalkan dan dipadamkan manakala kepentingan ekuiti baharu dalam Golden Band akan diberikan kepada Procon. |
Harga belian oleh Procon mengikut Bidaan Kredit Hasrat Tersembunyi (Stalking Horse Credit Bid) adalah bersamaan obligasi Golden Band terhadap Procon mengikut Perjanjian Kredit (kira-kira $19.6 juta, serta fi profesional dan kos), kesemua obligasi yang terhutang oleh Golden Band menurut Lembaran Terma DIP dan mana-mana obligasi Golden Band tertunggak sebelum tarikh tutup yang diberi keutamaan bagi Obligasi DIP. Tarikh tutup dijangka pada 12 Ogos 2016.
Memandangkan jualan dan prosedur permintaan pelaburan gagal memberikan bidaan yang sesuai bagi amaun melebihi Bidaan Kredit Hasrat Tersembunyi, Bidaan Kredit Hasrat Tersembunyi Procon telah dikemukakan kepada pihak Mahkamah agar diluluskan sebagai tawaran terbaik yang ada.
Segala butiran tentang perbicaraan tersebut ("Perbicaraan") yang akan diluluskan oleh Mahkamah Queen's Bench For Saskatchewan terhadap Cadangan itu adalah seperti berikut:
Tempat: |
Bangunan Mahkamah, 520 Spadina Crescent East, Saskatoon, Saskatchewan, Kanada. |
Tarikh & Masa : |
Jumaat, 12 Ogos 2016 jam 10:00 pagi Waktu Hari Siang Pergunungan. |
Akses Dalam Talian Bagi Mendapatkan Bahan untuk Didengari : |
Yang ikhlas,
Golden Band Resources Inc.,
"Paul Saxton"
Paul Saxton, CEO
Perhatian Berkaitan Maklumat dan Kenyataan Jangkaan
Siaran media ini termasuk beberapa kenyataan atau maklumat jangkaan. Kesemua kenyataan selain kenyataan berkaitan fakta sejarah yang terdapat dalam siaran ini, termasuk, tanpa sebarang had, kenyataan berkaitan potensi penstrukturan semula dan pembiayaan rancangan, objektif atau jangkaan Golden Band Resources Inc. (Syarikat) adalah kenyataan jangkaan yang melibatkan pelbagai risiko dan ketidakpastian. Tiada sebarang jaminan bahawa kenyataan tersebut terbukti tepat dan keputusan sebenar serta peristiwa masa depan mungkin berbeza dengan ketara berbanding yang dijangkakan dalam kenyataan tersebut. Faktor-faktor penting yang menyebabkan keputusan sebenar berbeza dengan ketara berbanding rancangan atau jangkaan Syarikat termasuk risiko berkaitan kegagalan mendapatkan cadangan penstrukturan semula yang boleh diterima oleh pihak Syarikat, keperluan kelulusan oleh pengawalseliaan atau pemegang saham, perubahan pengawalseliaan, ketepatan masa kelulusan oleh kerajaan atau pengawalseliaan, dan lain-lain risiko yang diperincikan dalam kenyataan ini serta pemfailan yang dibuat dari masa ke masa oleh Syarikat. Syarikat melakukan segala usaha yang wajar untuk mengemas kini maklumat korporatnya mengikut masa yang ditetapkan.
Sama ada TSX Venture Exchange mahupun Penyedia Perkhidmatan Peraturan (seperti mana istilah ini ditakrifkan dalam dasar TSX Venture Exchange) bertanggungjawab terhadap kesesuaian atau ketetapan siaran media ini.
Sebarang Maklumat Lanjut: Perhubungan Pelabur: 604-682-6852, E-mel: info@goldenbandresources.com, www.goldenbandresources.com; The Bowra Group, Pemegang Amanah: Kristin Gray: 780-809-1224, E-mel: kgray@bowragroup.com