omniture

Kajian Baru Acision Menunjukkan Bahawa Pemilik Telefon Pintar di UK adalah "Komunikator Eklektik" dengan 76% Menggunakan Kepelbagaian Perkhidmatan Pesanan Masa Kini

Acision
2013-02-28 22:16 260

- IM adalah perkhidmatan pilihan bagi ramai orang, SMS merupakan perkhidmatan yang terjamin bagi semua orang, penggunaan pelbagai jenis perkhidmatan pesanan merupakan satu amalan biasa.

- SMS adalah perkhidmatan keperluan, 76% menyatakan kebergantungan mereka kepada perkhidmatan ini.

- 78% berminat dalam perkhidmatan pengendali seperti 'joyn™', yang dapat menghapuskan fragmentasi pesanan

- Acision menggalakkan para pengendali bertindak segera dengan menawarkan perkhidmatan yang unik dalam pasaran yang sedang berkembang luas supaya kekal relevan

BARCELONA, Sepanyol, 28 February 2013 /PRNewswire/ -- Beberapa tahun kebelakangan ini kita telah melihat pelbagai perlakuan, jangkaan dan persepsi secara keseluruhan pengguna mengenai perkembangan perkhidmatan pesanan, kini pengguna mudah alih sedang mencari dan meneroka pengalaman yang lebih diperkaya untuk berkomunikasi dan berhubung. Evolusi ini telah disokong oleh hasil kajian terbaru Acision mengenai pesanan mudah alih, yang jelas menunjukkan bahawa pengguna memilih untuk menggunakan pelbagai rangkaian perkhidmatan untuk berkonumikasi. Dilancarkan pada hari ini, peneraju global pesanan ini mendedahkan bahawa 80% daripada pengguna telefon pintar di UK kini menggunakan perkhidmatan Over-the-Top (OTT) atau Instant Messaging (IM), 76% daripada mereka menggunakan kedua-dua perkhidmatan pesanan SMS dan OTT/IM bersama. Hal ini menunjukkan bahawa warga "komunikator eklektik" ini terdiri daripada 76% pemilik telefon pintar yang menggunakan pelbagai perkhidmatan pesanan secara serentak pada setiap hari, manakala 40% menggunakannya sepanjang masa.

Dalam edisi kedua bagi kajian tahunan Acision, yang menganalisa tingkah laku pesanan dan keperluan-keperluan bagi pengguna telefon pintar di UK, juga telah mengesahkan bahawa pesanan teks masih menjadi perkhidmatan pesanan terunggul, dengan 96% menggunakan SMS pada masa kini. Malah, kebergantungan kepada perkhidmatan SMS adalah sangat tinggi, dengan 76% menyatakan yang mereka tidak boleh hidup tanpa SMS, dan 41% pula menyatakan yang mereka akan hilang arah tanpanya. Walaupun SMS sangat jelas diperlukan oleh majoriti pengguna mudah alih, aplikasi IM/OTT semakin mendapat sambutan, menghasilkan 61% trafik pesanan mendahului beberapa aplikasi yang lain. Dengan lebih daripada separuh responden kaji selidik menyatakan mereka tidak keberatan untuk menggunakan pelbagai perkhidmatan pesanan, kerana mereka mewakili komuniti masing-masing setelah mereka mendaftar, 60% juga mengatakan mereka tidak boleh melakukan apa-apapun tanpa pesanan OTT/IM.

Oleh itu, mengapa pengguna telefon pintar menggunakan pelbagai aplikasi pesanan dan apa lagi yang boleh dilakukan untuk memastikan pengguna menjadi pengguna setia kepada satu perkhidmatan? Kajian Acision menunjukkan bahawa pengguna mempunyai gabungan keperluan yang melibatkan kos, ciri-ciri yang diperkaya serta kualiti perkhidmatan; dengan jaminan tambahan yang mereka dapat berhubung dengan sesiapa sahaja, pada bila-bila masa. Hari ini, tiada sebarang perkhidmatan pun di pasaran yang mampu menyediakan perkhidmatan sebegitu, jadi penggunaan perkhidmatan SMS dan OTT/IM serentak merupakan cara yang terbaik untuk merangkumi semua asas tersebut.

Dengan bukti kebergantungan yang tinggi pada perkhidmatan SMS sebagai satu-satunya perkhidmatan sejagat yang berfungsi dengan serta-merta merentasi semua telefon pada bila-bila masa, responden menyatakan kebolehpercayaan (36%) dan capaian (34%) sebagai kualiti utama perkhidmatan yang menjadi sebab sms menjadi pilihan. Walau bagaimanapun, sebab-sebab penggunaan OTT/IM merangkumi kelajuan (53%) dan kos (47%). Tambahan pula, lebih daripada 1/3 daripadanya berpuas hati dengan fungsi-fungsi yang dapat dikaitkan dengan IM, termasuklah pemberitahuan 'dihantar/diterima' (39%), melihat jawapan sedang ditulis (34%) serta dapat berkongsi kandungan yang kaya maklumat, seperti video dan gambar (29%).

JF Sullivan, Pegawai Eksekutif Pemasaran di Acision, mengulas: "Kami melihat satu trend di mana pengguna hari ini menulis pesanan menggunakan beberapa platform yang berbeza dan melalui pelbagai peranti. Ini membuktikan bahawa pengguna mahu sesuatu 'tambahan' - sebuah gabungan capaian sejagat kebolehpercayaan sepenuhnya dan ciri-ciri yang diperkaya - yang pada masa kini hanya boleh dipenuhi dengan menggunakan pelbagai perkhidmatan serentak. "Skizofrenia" pesanan menunjukkan pengguna beralih daripada satu perkhidmatan kepada yang lain, bergantung kepada peralihan trend dan penggunaan kenalan, menyebabkan pecahan pasaran. Walaupun teks telah bertakhta selama lebih 20 tahun, perbezaan antara penggunaan perkhidmatan sudah hampir setara. Walau bagaimanapun, ketika pasaran berkembang pesat, terdapat peluang yang besar yang masih belum diterokai bagi pengendali untuk melancarkan platform pesanan bersatu yang menggabungkan semua keperluan pengguna dan merebut takhta pasaran pesanan."

Sejak pelancaran itu pengguna jenama GSMA bagi rangkaian Rich Communications Suite standards (RCS-e, RCS5), 'joyn ™', langkah penting telah dibuat oleh peserta industri untuk membawa satu perkhidmatan pesanan yang lebih kukuh yang menangani semua keperluan ini di pasaran. Walaupun ia semakin mendapat perhatian dan pelaburan pengendali di seluruh dunia, hanya 6% daripada pengguna yang ditinjau di UK pernah mendengar inisiatif 'joyn ™'. Walau bagaimanapun, apabila perkhidmatan tersebut diterangkan kepada mereka, 78% berkata mereka akan cuba 'joyn ™' jika harganya berpatutan, dengan hanya 5% mengatakan mereka tidak akan menggunakannya sama sekali.

Untuk memahami peluang pengendali untuk menawarkan fungsi-fungsi  yang pelbagai sebagai sebahagian daripada pesanan diperkaya mereka atau RCS, perkhidmatan 'joyn™', Acision bertanya mengenai tarikan fungsi-fungsi berikut. Apabila diperkenalkan kepada perkhidmatan yang boleh mencapai sesiapa sahaja di mana-mana aplikasi, 64% menyatakan bahawa ia menarik. 62% juga menyatakan perkhidmatan di mana mereka menerima pesanan pada semua peranti pintar mereka, yang boleh mengikuti mereka ketika mereka berpindah dari satu peranti yang lain juga merupakan sesuatu yang bernilai. Keberbalikan kepada SMS, yang menjamin penghantaran segera pesanan melalui SMS apabila aplikasi lain tidak boleh digunakan kerana ketiadaan sambungan jalur lebar juga disifatkan sebagai sangat menarik 59% responden. Selain itu, pengguna menyatakan bahawa perkhidmatan yang mencapai semua orang daripada satu aplikasi (58%), serta menyediakan laluan perbualan tunggal (52%) daripada semua aplikasi dalam satu pandangan tunggal akan menjadi satu perkhidmatan yang menarik sekiranya ada. "Keperluan kepada keberbalikan SMS menunjukkan bahawa pengguna mahu meneruskan interaksi apabila berada di luar talian atau untuk mencapai pengguna yang bukan sebahagian daripada komuniti mereka. Untuk ini, keupayaan unik SMS dan MMS yang saling beroperasi hanya boleh ditawarkan oleh pengendali mudah alih dan ia boleh dijadikan senjata ampuh perkhidmatan mereka, "kata Sullivan.

Oleh kerana majoriti pelanggan mudah alih di UK masih bergantung kepada SMS, Acision juga mempersoalkan minat kepada pesanan yang diperkaya, yang meningkatkan pengalaman tradisional SMS yang seiring dengan pengalaman pengguna OTT. Fungsi-fungsi tersebut sangat menarik, termasuk pemberitahuan penerimaan SMS (59%), keupayaan untuk menyenarai hitam atau putih hubungan (58%), untuk melihat kehadiran kenalan (43%), dan pemajuan SMS (39%). Ini menunjukkan peluang yang jelas untuk meningkatkan pengalaman pengguna SMS dan membawa ciri-ciri yang banyak kepada pengguna bukan IM, terutama pemilik telefon bimbit asas.

"Pengendali mempunyai kuasa untuk meningkatkan dan memperkayakan pesanan tradisional dan memperbaiki persepsi kelajuan dengan memperkenalkan pemberitahuan dan kehadiran, membuat perkongsian kandungan lebih menarik dengan kerjasama MMS, serta menyediakan lebih kawalan hubungan dengan penyenaraian hitam dan putih. Hal ini digabungkan dengan perkhidmatan segera pengesanan berasaskan RCS, bermakna pengusaha boleh mewujudkan ekosistem baru di mana semua pengguna, sama ada pada telefon biasa atau telefon pintar, mendapatkan pengalaman yang banyak di mana-mana sahaja serta memecahkan tembok perpecahan dan membolehkan pengewangan perkhidmatan dengan model komersial yang baru. Respon yang positif kepada joyn ™ dan funsi dipelbagaikan, adalah petanda baik bahawa pengguna telefon pintar mahu perkhidmatan tunggal pada kos yang betul, yang menyediakan capaian, kebolehpercayaan, dan kepelbagaian. Jika pengendali bertindak sekarang, mereka boleh mengukir pengalaman khusus perkhidmatan yang meningkatkan kepuasan pengguna dan kesetiaan semasa mengetuai revolusi IP pesanan," Sullivan menyimpulkan.

Nota kepada editor

Kajian Acision

Dilaksanakan oleh Vanson Bourne pada Januari 2013, kajian ini adalah kajian komprehensif kedua bagi Acision pada landskap pesanan mudah alih. Ia adalah berdasarkan temu bual dengan 1000 pemilik peranti telefon pintar di UK.

Acision Broadband Khidmat Pesanan Centre (BMSC):

Pusat Pesanan Jalur Lebar Acision (BMSC) adalah satu platform pesanan yang menggabungkan keupayaan pesanan semasa dengan teknologi masa depan, untuk menyediakan perkhidmatan komunikasi yang telus sepenuhnya melalui laluan yang dinaik taraf. Beroperasi merentasi semua rangkaian dari 2G ke LTE, BMSC Acision menyediakan set lengkap perkhidmatan pesanan, termasuk SMS, MMS, mel suara dan perkhidmatan  Rich Communication Suite (RCS) GSMA seperti pesanan segera, perbualan berkumpulan, pemindahan fail dan perkongsian video.

Sebagai nilai tambah yang unik kepada pengendali, BMSC Acision telah melepasi piawaian RCS dengan membolehkan pengalaman pengguna yang konsisten merentasi semua perkhidmatan pesanan:

  • faedah pihak ketiga dan perusahaan dari perkhidmatan pesanan yang lebih baik menggunakan keupayaan RCS sebagai tambahan kepada perkhidmatan SMS / MMS yang popular pada hari ini.
  • Nilai tambah perkhidmatan peribadi (auto jawap, salin, aju, kawalan ibu bapa) yang digunakan di seluruh SMS, MMS dan RCS.
  • jalinan kerja tidak berkelium kepada masyarakat pesanan dan rangkaian sosial mudah alih dan internet.

Untuk maklumat lanjut mengenai BMSC Acision klik di sini.

Mengenai Vanson Bourne

Vanson Bourne, seorang pakar perundingan menerajui penyelidikan, menjalankan kajian pengguna dalam konteks teknologi. Syarikat tersebut mewawancara pembuat keputusan kanan daripada pelbagai fungsi, merentasi pelbagai jenis industri, dalam organisasi dari yang terkecil kepada yang terbesar, dalam pasaran di seluruh dunia. Pelanggan Vanson Bourne terdiri daripada pelbagai peringkat dari usahawan baru sehingga syarikat-syarikat terkenal yang memerlukan bimbingan pakar, menyampaikan analisa yang kukuh dan berwibawa berasaskan penyelidikan dan kajian.

Mengenai Acision

Sebagai pemimpin global dalam pesanan mudah alih, Acision menghubungkan dunia dengan menjanakan perkhidmatan pesanan tidak berkelim, yang memperkayakan pengalaman komunikasi mudah alih dan mewujudkan peluang-peluang baru bagi pendokong dan perniagaan di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, layari Acision di http://www.acision.com

Source: Acision
Related Links:
Keywords: Mobile Entertainment Telecommunications Wireless Communications Survey, Polls & Research