omniture

Hubungan Perniagaan Antara Nano Care AG/ Easyglas GmbH dan Nanopool GmbH Ditamatkan

Easyglas GmbH
2016-07-25 14:05 530

REMICH, Luxembourg, 25 Julai, 2016 /PRNewswire/ --

Syarikat-syarikat Nano Care AG dan Easyglas GmbH yang pernah menjalin hubungan perniagaan yang erat dengan syarikat Nanopool GmbH sejak tahun 2002/2005, serta pernah membekalkan syarikat ini dengan produk-produk nanoteknologi, menamatkan hubungan perniagaan ini pada tahun 2015.

Sejak itu, syarikat Nanopool, yang turut mengambil alih Bühler Division pada tahun 2015, tidak lagi menerima bekalan produk-produk nanoteknologi daripada syarikat-syarikat Nano Care AG dan Easyglas GmbH. Atas sebab itu, kepakaran dan sokongan teknikal daripada syarikat-syarikat yang dinyatakan di atas tidak lagi disediakan untuk Nanopool.

Dengan itu, syarikat Nano Care AG turut menamatkan perjanjian sampingan pada tahun 2015 terhadap kontrak talian-telefon-kecemasan sedia ada, kerana formulasi dan lembaran data yang disimpan di pusat racun bagi produk-produk syarikat Nanopool yang dinyatakan di dalamnya tidak lagi dapat digunakan. Oleh itu, syarikat Nano Care tidak lagi memikul sebarang tanggungjawab.

Sementara itu, produk akhir nanoteknologi yang terbukti dan sedia digunakan, yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat Nano Care AG dan Easyglas GmbH sejak 15 tahun lalu, akan dijual di peringkat antarabangsa iaitu di 61 buah negara.

Bernhard Sonntag
Telefon: +352-266-606-31

Sumber: Easyglas GmbH

Source: Easyglas GmbH
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Nanotechnology