omniture

The Land of Legends Kini Dibuka

Rixos Hotels
2016-07-25 15:00 604

ISTANBUL dan ANTALYA, Turki, 25 Julai, 2016 /PRNewswire/ --

Taman riadah dan hiburan terbesar Turki, The Land of Legends Theme Park, mengalu-alukan tetamu berkunjung ke lokasi tumpuan pelancongan Turki, Antalya bermula pada 1 Julai.

Taman riadah dan hiburan paling menarik Turki, The Land of Legends Theme Park, diwujudkan dan dibangunkan hasil usaha sama Rixos Hotels, Emaar Properties PJSC dan Dragone Productions. Taman ini menyediakan perjalanan seumur hidup untuk kanak-kanak, anak-anak muda dan golongan dewasa, iaitu suatu pengalaman yang penuh pengembaraan dan keseronokan, menerusi interpretasi baharu bagi dunia hiburan. Terletak di Belek, Antalya sebagai lambang hiburan, taman ini membawakan konsep serba baharu kepada Turki menerusi seni binanya yang mengagumkan, selain rekaan pentas dan seni visual yang menarik oleh Franco Dragone, dikenali sebagai seorang genius di dunia bagi dunia khalayan dan fantasi.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/players/uk/7888251-rixos-land-of-legends-opened-gates/

The Land of Legends Theme Park menyediakan pengalaman percutian yang sukar dilupakan, termasuk perarakan bot muzikal pertama dunia, serta "Kingdom", iaitu alam untuk kanak-kanak, yang merupakan hotel pertama Turki yang direka khusus untuk kanak-kanak. Alami Water World, Tower of Legends dan juga Water Coaster. Jangan ketinggalan untuk mengalami sendiri panggung wayang 5D yang hebat, yang turut membenarkan tetamu memasukinya dengan pakaian renang mereka.

Hidupkan Legenda anda di sini!

The Land of Legends Theme Park menawarkan setiap pengunjung dengan tujuh hingga tujuh puluh suasana yang menakjubkan dalam dunia magis yang setakat ini masih belum diterokai. Setiap individu berpeluang mencipta dan menghidupkan legenda mereka sendiri dalam dunia yang amat mempesonakan ini.

The Land of Legends menyediakan dunia penuh warna warni berserta persembahan air dan cahaya, selain memberikan pengalaman seumur hidup yang unik dalam dunia air paling besar dan paling menarik di Eropah, yang diwujudkan untuk pelbagai kumpulan usia. Terdapat juga perjalanan dengan bot serta safari di dalam air yang menyeronokkan bagi mendapatkan pengalaman yang hebat serta detik-detik yang tidak dapat dilupakan untuk seisi keluarga.

Di The Land of Legends Theme Park ini, anda boleh mengalami cabaran air dalam kolam ombak serta gelombang besar setinggi 2 meter yang terhasil daripada letusan gunung berapi kolam ombak tersebut. Ketika mengamati pemandangan letusan gunung berapi ini, ia turut menjadi lokasi menarik untuk berjemur di atas pasir putih.

"Kingdom", hotel pertama Turki direka khusus untuk kanak-kanak

"Kingdom", iaitu alam untuk kanak-kanak, merupakan hotel pertama Turki yang direka khusus untuk kanak-kanak, menggambarkan kisah dongeng yang menjadi sumber inspirasi bagi kesemua persembahan yang diadakan di taman tersebut. Ia menghasilkan semula detik-detik dalam kehidupan harian menjadi kisah dongeng yang menghiburkan serta menarik buat kanak-kanak dan mereka yang masih memiliki sifat kanak-kanak.

http://www.rixosworld.com
Kadriye Mahallesi
+90-(242)-320-00-00
marketing@rixos.com

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160721/391776 )

Video: http://www.multivu.com/players/uk/7888251-rixos-land-of-legends-opened-gates/

Source: Rixos Hotels
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services